Friday, 19 August 2011

Tanda Kertas Peperikasaan Dan Sekolah Agama Rakyat


Hari ini aku sempat tolong tanda kertas Pendidikan Islam Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Senawang, Seremban Darul Khusus.  Almaklumlah, mak aku kan mengajar budak sekolah. Sekarang ni baru habis musim mid year examination, peperikasaan percubaan PMR, peperiksaan percubaan SPM segala. Mesti cikgu-cikgu macam IMANSHAH dengan iKhRaM tengah sibuk tanda kertas yedak?

Masa aku tanda tu, teringat zaman-zaman masa dekat sekolah dulu. Sebab paper ni tanya pasal jawi, ayat hafazan, hukum tajwid. Cerita ni, aku bukan nak kutuk, cuma nak share experience je. Nanti karang tak pasal-pasal ada orang cop aku mulut longkang bin puaka. Haha.

                                        

                    

Mengikut pengalaman aku, kawan-kawan aku yang datang dari Negeri Sembilan memang lemah bab-bab tajwid, jawi dengan fardhu ain. Sebab? Dekat Negeri Sembilan, susah nak cari Sekolah Agama Rakyat yang ajar subjek-subjek tajwid, tafsir, fardhu ain semua itu. Bukanlah takde langsung, tapi, boleh kira dengan jari So, ada sekali tu, masa form 5, ustaz aku masuk kelas, lepas tu suruh semua orang berdiri. Lepas tu, dia tanya soalan pasal tajwid. Kalau betul, baru boleh duduk. Kawan-kawan aku yang menetap dekat Negeri Sembilan memang paling lambat dapat duduk dan paling gelabah bisik-bisik dengan orang sebelah tanya jawapan. (Buat pengetahuan anda yang tak faham kenapa ada budak negeri yang berbeza dalam kelas aku, sebenarnya, aku belajar dekat sekolah asrama. Bukan nak poyo, tapi takut anda tak faham. Hee.) Budak-budak Negeri Sembilan ni, lambat dapat duduk satu hal, tersentap dan disentap satu hal. Sebab, ustaz ni kadang-kadang bila tak dapat jawab, dia perli kita. Dia punya perli, memang sentap hati mak nak!! Haha.
Nasib baik sekarang ada subjek KAFA dekat sekolah kebangsaan. At least,budak sekarang dapat jugak belajar basic Pendidikan Islam dalam kelas tu. Kalau tak, memang budak-budak Negeri Sembilan akan lemah dalam bab-bab basic agama nih.

(Setiap sekolah rakyat mesti ada jual aiskrim Malaysia tu. Haha)






14 comments:

[ faris ] said...

sape ajar time f5 eh? haha

- abdul hadi abdul muti - said...

[faris]

ustaz rusdi. haha

Zaidi Toha said...

owh ye ke SAR x bnyak kat n9?
bru tau

Anonymous said...

lol.. penulis org n9 ke?
mcm xde rupe pon

IMANSHAH said...

wah ang nak jadik cikgu ke

ziraziz said...

teringat zmn kck2 dlu ms blja kat SAR...

- abdul hadi abdul muti - said...

Zaidi Toha

haah. dekat seremban yang besar ni,rasanya ada 2-3 je SAR

- abdul hadi abdul muti - said...

Anonymous

Memanglah, sebab aku orang Perak. Haha

- abdul hadi abdul muti - said...

IMANSHAH

taknaklah. penatlah jadi cikgu. haha

- abdul hadi abdul muti - said...

ziraziz

kenangan dulu-dulu. huhu

H.J said...

garang tol ustaz tu..

- abdul hadi abdul muti - said...

H.J

tapi sebab dia garanglah kitorang dapat A untuk Pendidikan Islam SPM. Haha

dato sri said...

teringat time kanak-kanak dulu..pagi gi sek.keb. ptg gi sek.agama..time pose kat sek.agama bila nk amik wudhu solat asar mesti telan sekali air paip tu sebab haus benor..hehehe..

- abdul hadi abdul muti - said...

dato sri

haha. selalu jugak main air masa amik semayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...