Tuesday, 9 August 2011

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

*Entry ni langsung takde kaitan nak raya. Huhu*

Tadi masa sebelum berbuka, sempat tengok Upin & Ipin dekat TV9. Episod Tersentuh Hati. Alah-alah comel nye cerita ni. Lepas tu, yang best, baru aku tau macam mana orang dulu-dulu buat tepung. Sebab dalam cerita dia tadi, Opah dia nak buat putu kacang.

Nak buat putu kacang ni, kena kisar kacang hijau, bagi dia jadi tepung. So, Opah dia guna lesung pengisar tepung untuk buat tepung tu. Opah dia kata, orang dulu-dulu buat tepung pakai lesung pengisar tepung. Klasik sangat!!
Aku yang duduk kampung pun tak tau benda ni weh. Haha. Tapi, lesung nak tumbuk padi and and nak tumbuk kerisik aku tau dan aku pernah guna. Dulu, masa kecik-kecik kalau mak aku nak buat kerisik, akulah yang tukang tumbuk kelapa tu jadi kerisik. Tak pun, mak aku selalu suruh aku tumbuk kacang tanah masa nak dekat raya untuk buat kuah kacang nasi himpit. Haih, kenangan lalu mengusik jiwa.

6 comments:

IMANSHAH said...

huhu sempat merasa tau semua tu

- abdul hadi abdul muti - said...

IMANSHAH

mesti rindu zaman tu kan?

Odah + One = OdahOne said...

wah! kuih ni mmg best...klasik...tapi skrg kalo braya kt umh org dah ssh nk jumpa kuih ni...mybe dh nak pupus...byk kuih moden2 jek...dulu atok OdahOne hantar kat kedai kisar jek kacang tu...xpnh tgk lg pengisar tepung tradisional cmtu...mmg sentimental value

- abdul hadi abdul muti - said...

Odah + One = OdahOne

klasik kan? urm, tak tau pulak boleh hantar kedai buat tepung. thank you for sharing!!

senah silat said...

senah suka watak kak ros dlm upin ipin..senah sampai hari ni pon tolong mak masak biskot n lauk raya:P

- abdul hadi abdul muti - said...

senah silat

samalah kita. tapi kuih tradisional jugak yang best. huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...