Friday, 18 February 2011

Sesungguhnya

video

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Thursday, 17 February 2011

Tahniah Star Ipoh!!


"Rouse Up"

Berita Selanjutnya

Lantaklah orang dekat luar sana nak cakap ape. Kalau budak TKC mesti bangge dengan TKC, kalau budak SAS mesti bangge dengan SAS, kalau budak STAR, kene la bangge dengan STAR. Kalau budak STAR pon tak bangge dengan alma meter sendiri, sape lagi?

Baru-baru ni, pengumuman Menteri Pendidikan dekat Limbang menyenaraikan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Tahniah!!

Tak kisah la lambat ke, awal ke, janji lepas dapat title SBT ni, jangan tinggal name je. Tapi prestasi sekolah pun kene la mantap. Baru orang respect.

Btw, tahniah kepada semua warga STAR tak kira di mana jua anda berada.

"Once A Starian, Always A Starian"

Tuesday, 15 February 2011

Laporan Lawatan Ke KL Krash Pad 1

Tarikh : 13 Febuari 2010

Tempat: KL Krash Pad, Chow Kit

Masa : 2.00 petang-5.00 petang

Perjalanan dimulakan dengan menaiki public transport. Naik bus pergi KL Sentral, then naik pulak KTM, turun dekat Stesen Bank Negara.



Lepastu, perut memang seriusly lapar giler, lepas tu kene berjalan tengah-tengah panas dari KTM Bank Negara sampai pergi KL Krash Pad.

Sampai-sampai je kat KL Krash Pad, terus disambut oleh Abang Zul. Lepas tu, pergi sembahyang.

Then, program dimulakan dengan tayangan video. Mula-mula havoc jugak la. Lepas tu, keadaan dapat dikawal bila diorang berminat nak tengok video tu. Hehe.

Aktiviti diselangi dengan energizer energizer and game-game yang mencabar mental dan fizikal. Haha.

Lepas tu, sesi perbincangan dalam group.



Lepastu, sesi paling kecoh mecoh!! Sesi kuiz. Tuu dia!! Encik Harris jadi orang yang conduct kuiz tu. Budak-budak kat situ kena tiup belon sampai pecah kalau nak jawab soalan. Tapi, diorang jawab soalan tu memang asyik betul je. Bagus betul. Itu menunjukkan tak sia-sia kitorang datang dekat situ.

Then habis program, semua turun makan dekat bahagian bawah. Semua orang pun happy.

Jutaan terima kasih kepada Abang Zul yang sudi bagi kami buat program dekat situ, Sir Harris dan isteri yang sudi turun padang menemankan kitorang, fasilitator-fasilitator yang bertungkus lumus menjayakan program, adik-adik KL Krash Pad, senior-senior SCLC dan semua orang yang terlibat secara langsung atau pon tidak.


Thursday, 10 February 2011

Lawatan Pertama Legal Teaching Di KL Krash Pad


Ahad ni, adalah lawatan pertama program "Legal Teaching Di KL Krash Pad". Dan aku sebagai Pengarah Program nye. Adohh!! Takut giler!! Mintak-mintak semua berjalan lancar.

Monday, 7 February 2011

Ceita Marhaen



Memasuki satu lagi pengalaman baru dalamhidup aku membuatkan aku lebih mengenali dunia dan isi-isinya.

Pengalaman baru ini banyak menemukan aku kepada manusia-manusia yang pelbagai ragam. Aku pernah berjumpa taylor yang budget diva konon golongan-golongan selebriti je yang nak tempah dekat dia padahal kedai dia tak laku mana.

Aku pernah berjumpa dengan gadis kecil yang sanggup berdiri selama 3 jam hanya untuk mencari RM 30 sehari.

Aku pernah berjumpa dengan gadis kota Shah Alam yang menyayangi adik-adiknya dan juga ingin berjaya dan mendapatkan duit sebelum memasuki universiti.

Aku sudah bertemu dengan lelaki salesman broadband celcom yang sudah penat mempromosi broadband celcom dengan komisen yang menghampakan.

Aku juga berjumpa dengan bekas pelajar akauntan UiTM yang mengagumi penampilan luaran seseorang yang sekarang menguruskan restoran di komples PKNS.

Aku juga berjumpa dengan bekas mat rempit Pantai Dalam yang punyai keazaman untuk megubah nasib keluarga yang berjaya memandu BMW 5 Series kini.

Aku juga telah bertemu dengan bekas pelajar UTP yang bekerja sebagai doktor si HUKM yang menolak pekerjaan di Abu Dhabi.

Apa yang boleh disimpulkan, pengalaman baru ini mengajar aku lebih memahami dan menyelami dunia yang fana ini. Bukan semua orang bernasib baik. Lebih malang lagi, jika dia sendiri tidak mahu mengubah nasib sendiri.

Yang pasti, duit bukanlah terjemahan kepada dunia kehidupan sebenar.

Wednesday, 2 February 2011

Tolong Jangan Penyekkan Aku!!



Kalau anda rasa gambar di atas mengambarkan suasana kesesakan KTM, hari ni, aku dah rase lagi sesak dari tu.

Kalau nak diikutkan, tak tau macam mane nak cakap macam mane disastrous nye mase aku naik KTM tadi.

Okayh, macam biase, dari Seremban nak ke Shah Alam, aku akan naik KTM. Aku bukan tak nak naik bas, tapi macam cuak je naik bas. Almaklumlah, sekarang ni bas-bas banyak accident..

Daripade Seremban, aku dah mule kene berdiri dah. Itu normallah. Sebagai lelaki yang gentle, kene la berlagak macho dengan memberikan tempat duduk kepada insan yang lebih memerlukan. Tak gitew? Ahaks!!

Sampai je KTM dekat Bangi, kesardinan KTM tu memang dah tahap melampau yang teramat sangat!! Aku dah la duduk kat tepi pintu. So, memang manusia-manusia tu main himpit je aku. Macam nasi yang kene himpit dengan lesung batu untuk jadikan nasi tu nasi impit. Arggg!!! Memang mase tu dah tak kisah dah langgar mane-mane bahagian sensitif. Aku sabar je lah. Nasib baik teruna aku masih lagi dapat dipertahankan. Wahaha.

Masa dalam on the way nak meneruskan perjalanan ke KL Sentral, macam-macam drama kesakan aku tengok. Ade seorang lelaki ni tak habis-habis marah-marah. Mula-mula dia marah sebab orang ramai main redah je masuk KTM. Yang tu patutlah, sebab kena la bagi orang yang nak keluar jalan dulu. Lepas tu dia memekak-mekak dalam tu. Tolonglah!! Orang lain boleh sabar dengan dia mungkin sebab dia bawak baby masa tu. Kalau tak memang dah keluar kat BuletinUtama, berita pasal seorang lelaki dibelasah sampai mati oleh penumpang KTM di dalam koc.

Sebenarnya scene dia mula macam ni. Masa sampai dekat Kajang, lelaki tu naik KTM. Lepas tu ada nenek ni nak jugak naik KTM. Lepas tu ade jugak satu family ni berhimpit-himpit nak naik jugak. Dalam berhimpit-himpit tu ade la keluar dialog-dialog macam ni :

"Tak pa. Tak pa. Nenek takpa!! Jangan kasar-kasar, ada budak ni ha!!!", kata nenek tu dalam loghat jawa. Nudak tu merujuk kepada baby lelaki yang suke nak maki hamun tu dengan budak family yang join sama menyesakkan gerabak tu.

"Ke belakang sikit lagi!! Belakang lagi!!!, yang ni dialog orang yang tak dapat masuk koc. Lepas tu dibalas oleh perempuan-perempuan muda yang tak tahan disardinkan kaw kaw dalam koc.
"Nak belakang ape nye!!! Dah tak boleh belakang dah!!!AAAArghh!!!!!Haaa"
Lepas tu, orang yang dekat luar try nak masuk jugak. Lepas tu pintu tak boleh nak tutup. Mase tu aku memang dah pasrah dah dipenyek-penyek oleh penumpang lain. Lepas tu, penumpang yang dah ada kat dalam gerabak tu maki maki orang yang degil yang nak masuk jugak even koc memang dah takde ruang dah. Last-last kene halau orang yang try nak masuk jugak tu.

Lepas tu, KTM pun berjalan, mase berjalan tu, memang macam tengok cerita Khurafat. Kejap-kejap ade orang menjerit-jerit. Kejap-kejap dengar orang gelak-gelak. Sebab KTM tu kan tak stabil sangat masa dia bergerak. Tu yang dengar macam-macam tu sebab masing-masing tak boleh nak balance kan badan.

Aku dah tak larat dah. Dengan lelaki yang suka maki hamun tu maki-maki dalam koc, dengan oksigen yang memang dah tahap kritikal, sampai je stesen Bandar Tasik Selatan, aku nekad nak keluar. Nak keluar pun seksa yang amat!!!!

Patutnya aku stop kat KL Sentral, tapi sebab dah macam cerita 2012 dalam koc KTM tu, aku naik LRT dari Bandar Tasik Selatan sampai Pasar Seni. Lepas tu naik bas U80. Hah!! Sampai pun Shah Alam..

Wahaha. Itulah dia pengalaman... Walaupun aku tension giler tadi, tapi bila pikir balik, nak tergelak kuat-kuat pun ada.

Tapi, dalam hati, ada jugak terdetik. "Kan best kalau aku ada kereta sendiri." Huu..

Papepun, nasib aku lagi baik daripada nasib kawan-kawan aku kat Mesir. Semoga diorang selamat hendaknya.. Amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...