Showing posts with label SELF IMPROVEMENT. Show all posts
Showing posts with label SELF IMPROVEMENT. Show all posts

Monday, 8 August 2011

18 Syarat-syarat Bersahabat



Antara syarat-syarat bersahabat ialah:

1. Kalau mereka susah, memerlukan bantuan, kenalah kita bantu sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun nasihat dan pandangan kita.
2. Kalau mereka meminta sesuatu, kenalah kita beri. Jika kita tidak mampu, minta maaflah kepadanya.
3. Kenalah ziarah selalu dan lihat-lihatlah apakah yang perlu kita bantu.
4. Sewaktu ke rumahnya, bawalah buah tangan.
5. Berilah hadiah terutama di waktu-waktu yang sesuai seperti mereka mendapat anak, waktu perkahwinan dan sebagainya.
6. Di waktu sakitnya kenalah ziarah dan doakan kesembuhannya.
7. Di waktu mereka mendapat sesuatu yang menggembirakan, hendaklah kita juga lahirkan kegembiraan.
8. Di waktu mereka mendapat sesuatu kesusahan dan kesedihan, hendaklah kita juga melahirkan rasa kesedihan dan kesusahan sama.
9. Kebaikannya selalulah kita puji di belakangnya.
10. Kecacatan dan kekurangan atau keaibannya dan keluarganya, hendaklah kita tutup. Ertinya kita jangan mengumpatnya.
11. Kalau ada orang lain mengumpatnya di hadapan kita, kenalah nasihat orang itu atau kita tinggalkan majlis itu.
12. Kalau dia mengajak kita menemaninya ke mana-mana, kenalah kita menerimanya kecuali kalau ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.
13. Kalau dia menjemput ke majlis, wajib kita menerima jemputannya.
14. Kenalah ziarah serta mengambil perhatian keluarganya selepas matinya.
15. Kenalah ziarah sahabat baiknya. Kalau boleh mengambil perhatian kehidupan keluarga mereka selepas matinya.
16. Selalu mendoakannya di luar pengetahuannya atau bukan di majlisnya.
17. Berilah kemaafan di atas kesalahan terhadap kita.
18. Mintalah maaf kepadanya di atas kesalahan dan kekurangan dan kelemahan diri dalam menunaikan tanggungjawab terhadapnya.
Oleh itu, bersahabat besar ertinya. Kerana itulah Rasulullah SAW memanggil pengikut-pengikutnya dengan perkataan Sahabat. Padahal di dalam bahasa Arab ada perkataan lain yang makna lahirnya agak sama, misalnya zamil atau rafiq. Tetapi erti sahabat lebih mendalam dan mesra.
Erti sahabat, orang yang sentiasa mengiringi kita, sentiasa ada di samping kita atau selalu berdekatan dengan kita. Erti mengiring atau sentiasa di samping atau berdekatan dengan kita itu, bukan erti luaran sahaja. Bukan sekadar lahiriah sahaja tetapi batinnya sekali. Seperti mengiringi dan mendampingi hati kita. Dekat dengan hati kita. Dengan kata yang lain, seseorang sahabat itu sentiasa memerhati dan memikirkan kehidupan lahir sahabatnya seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal, situasi tempat tinggal, sakit pening, susah payah dan pendidikannya.


Sahabat Selamanya - Padi

Sebelum Dan Selepas

BEFORE IFTAAR:

('-')
/].[\
_||_
...
AFTER IFTAAR:


('-')
/( . )\
_||_


Let this not be the case with you.Control is the key to success....

Thursday, 4 August 2011

Kepada Yang Suka Mengeluh Dan Kecoh

Semenjak dua menjak ni, masa bulan puasa, dekat Facebook, berlambak-lambak status yang berbunyi macam ini :

  1. Tengok air kosong pun dah cair
  2. Argh, sedapnya ayam goreng
  3. Budak ni tau la tak puasa, tapi tak payah la makan depan aku
  4. 6 jam puasa yang pertama berjaya diharungi dengan jayanya
  5. Lamanya nak berbuka
  6. Adoh, macam tak larat nak puasa dah


Status-status semua ni tak perlulah. Apa tujuan kita berpuasa? Aku ni bukalah cerdik sangat soal agama, tapi tujuan berpuasa ni budak umur 3 tahun pun dah tau jawab dah. Antara lain, melatih sifat sabar and membuatkan kita insaf dan mengingati orang lain yang berada dalam kesusahan.

Dekat siapa-siapa yang asyik mengeluh time puasa tu, ni ada fakta untuk korang.

Berdasarkan statistik Program Makanan Dunia (WFP) mendapati seramai 3.5 juta orang di Kenya, 3.2 juta orang di Habsyah, 2.5 juta orang di Somalia dan lebih 100,000 orang di Dijbouti mengalami masalah kebuluran dan terdesak memerlukan bantuan makanan.

So, kita ni puasa takat paling lama 15 jam pun dah bising. Abih tu, diorang semua ni macam mana? So, tolonglah stop posting status-status korang yang tak tahan puasa tu. Cubalah salami kesengsaraan mereka yang tidak berkemampuan.


Wednesday, 27 July 2011

Couple Islam (Tak Berani Nak Post, Tapi Post Je Lah. Huhu)



Couple couple couple. Zaman sekarang ni, memang dah common sangat couple-couple ni. Kawan-kawan aku sendiri ramai couple. Aku? Hampir. Sebab tu aku macam takut nak post benda ni. Satu, takut kawan-kawan aku kecik hati. Dua, aku sendiri pun kadang-kadang lagi lagha dan jahil dalam agama kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang couple ni. Apa pun, aku just nak kongsi satu cerita ni je. Maybe ada yang dah tahu. Maybe ada yang tak. Hopefully cerita ni tak mensia-siakan korang untk baca post ni. =)

Kisahnya mengenai 3 orang, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamik punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di Radix Fried Chicken (RFC). Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,

dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,

dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,

dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.

Ketahuilah ia adalah hati."


(Hadis riwayat lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Dipetik daripada : IBNUDDIN TM

Tuesday, 26 July 2011

60 Panduan Untuk Mencari Pasangan Daripada Dr Fadzilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.



Sumber: Selangor2u

Tolonglah Aku Sebab Aku Confuse Dah Lama

Kadang-kadang aku keliru dengan benda yang aku tengah study sekarang ni. Cuak pun ada. Cerita dia macam ni.

Bila aku masuk degree,aku ada subjek CTU.CTU ni belajar pasal tamadun, hubungan etnik semua tapi macam in Islamic punya atmosphere jugak la sebab yang mengajar tu mostly ustaz dengan uztazah. So, masa semester 1, ustazah aku ada cakap, kenapa kita selalu nak ikut undang-undang buatan manusia? Walhal Allah dah buat undang-undang yang memang khas untuk manusia. Allah tu kan pencipta manusia, so Dia tau lah macam mana nak mengawal dan menagaturcarakan manusia.

Macam contoh, kalau kita beli rice cooker, dekat rice cooker tu mesti ada manual daripada kilang yang buat rice cooker tu tentang macam mana nak guna and manage rice cooker tu. Sebab apa? Sebab kilang tu yang buat rice cooker tu.

Sama jugak macam manusia. Allah yang menciptakan manusia. Manualnya ialah al-Quran dan hadis. So, kenapa nak teruk-teruk fikir nak buat undang-undang dan peraturan sendiri yang keberkesanannya belum pasti?

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh ustazah aku masa kelas ctu. Dan sejak dari tu, aku mula fikir pasal perkara tu. Kadang-kadang benda tu effect study aku jugak. Nak belajar law ni kan susah. Nak baca banyak and hafal semua. So, masa tengah-tengah baca and tak dapat-dapat ingat lagi nama kes or principles, aku selalu fikir, kenapa aku penat-penat nak hafal, padehal hokum Allah kan ada? Kenapa penat-penat nak belajar hokum manusia? Serius aku tak tipu. Aku rasa benda ni jugak yang kadang-kadang buat aku give up and macam pasrah je jawab test or final. Sebab tu lah kot result aku makin tak memberangsangkan. Kot nye lah. Huhu

Maybe ada budak-budaklaw yang baca marah dekat aku. Mesti ada cakap, “dah tu, apesal ko masuk law?” “apesal ko tak amik syariah je?bahasa arab komunikasi ke? Tasawuf ke?”.

Aku dekat sini just nak luahkan kekliruan je and nak tanya reaksi je. Plus, bukanlah semua benda dalam subjek law tu macam tak kena belajar. Pada aku benda tu pun ilmu jugak. Tapi tu lah, sampai sekarang aku fikir ayat ustazah aku tu.

So, siapa-siapa yang boleh tolong aku, tolonglah, so that aku dah tak was-was and boleh belajar dengan aman dan tenang. Terima kasih..

Saturday, 16 July 2011

Peguam Jahat??

Hari ini, entah tiba-tiba je bapak aku beli paper Utusan. Semenjak dua menjak ni, aku memang jarang baca paper. Tapi, pagi tadi, entah macam mana aku terselak paper Utusan itu. Tengok-punya tengok ada satu kolum ni, dia cakap pasal keburukan lawyer. Ada la dia listkan jokes yang selalu orang buat yang berkaitan dengan lawyer ni.

Aku terfikir jugak. Buruk sangat ke pandangan orang dekat orang yang kerja lawyer ni? Maybe la kot, semenjak dua ni, tanggapan public dekat pekerjaan ni memang macam tu kot disebabkan kes Sosilawati Lawiya tu. Tapi percayalah, tak adil untuk judge seorang lawyer yang buat benda tu, lepas tu nak samakan dengan semua lawyer macam tu.
Aku pernah baca satu synopsis cerita Jin Notti. Aku tak tengok pun cerita tu. Sempat baca synopsis aje. Dalam filem tu, dia cerita pasal satu jin ni yang tak reti buat jahat. So, dia dibawa ke Mahkamah Jin untuk dijatuhkan hukuman. Tapi, hakim Mahkamah Jin tu bagi jin baik tu 3 peluang untuk jin baik tu, turun ke Bumi, untuk dia tebus kebaikan dia tu. Maknanya, jin baik tu kena buat jahat, baru dapat pengampunan daripada mahkamah.
Cubaan pertama, jin baik tu dihantar ke Bumi menjadi budak punk tak sedar diri. Cubaan pertama gagal. Cubaan kedua, jin baik tu kena jadi bini kepada ketua gangster. Cubaan kedua turut gagal. So,hakim Mahkamah Jin pun dah pening kepala, sebab jin baik ni memang tak reti buat jahat. So, hakim Mahkamah Jin ni cakap, dia akan hantar jin baik ni dekat manusia yang sejahat-jahat manusia. Nak tau jin baik ni dihantar and jadi ape? Jin baik ni dihantar ke Bumi dan menjadi seorang peguam. What the...


Lagi satu, pasal pandangan keji dekat peguam ni, kenapa peguam suka bela orang salah? Adoi.. Ok lah,yang ni, aku baru baca lepas aku google pasal benda ni. Sebab ramai jugak yang tanya aku soalan tu. So sekarang aku dah ada jawapan yang solid jugak untuk membidas dan menepis dan menjentik dan melenyek pertanyaan itu. Hehe. Jawapan dia macam ni. :

Di antara keistimewaan syariat Islam ialah mengambil berat pada menegakkan keadilan dan memberi kepada setiap orang akan haknya dengan tidak melampaui atau mengurangi batasan. Allah telah menyuruh kita supaya berlaku adil dan membuat kebaikan. Atas sebab keadilanlah maka diutuskan para rasul dan diturunkan kitab-kitab Allah, begitulah tegaknya hukum Allah di dunia dan akhirat.


Islam mewajibkan semua penganutnya supaya membela dirinya atau keluarganya atau maruahnya apabila menempuh kezaliman atau ancaman. Dari itu jika seseorang itu telah dituduh di dalam sesuatu perkara "case" sedang ia percaya dirinya tidak bersalah, hendaklah ia membela dirinya. Kalaulah keadaan tidak membolehkan ia membela dirinya secara peribadi sehingga ia terdesak untuk mendapatkan bantuan guaman, bolehlah ia menempah seorang peguam. Hukum syarak mengenai penempahan peguam demi membela diri atau sebagainya dengan secara hak dan menegakkan keadilan adalah harus.
  1. Tugas sebenar seorang peguam ialah membela hak-hak orang ramai dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang. Ini adalah satu pekerjaan yang mulia dan terhormat di sisi agama Islam. Kerana menegakkan kebenaran dan menolak sebarang bencana dan kezaliman adalah satu daripada prinsip Islam sebagaimana firman Allah swt dalam surah An-Nisaa, ayat 135:
ertinya: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu tegakkan keadan serta menjadi saksi atas kebenaran kerana Allah, meskipun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabatmu. "

Jika si peguam itu berbuat sebaliknya dengan membela yang salah dan batil, ini adalah satu perbuatan yang terkeji di sisi Islam dan berdosa besar. Rasulullah saw pernah menerangkan kedudukannya dengan sabdanya yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda "Barangsiapa menggunakan rayuannya untuk menghalang dari melaksanakan hukum Allah, sesungguhnya ia telah menentang Allah. Dan barangsiapa yang mendakwa hak pada yang batil sedang ia tahu ia tidak berhak sesungguhnya ia dalam kemurkaan Allah sehingga ia kembali kepada yang benar. Dan barangsiapa memburuk-burukkan terhadap seorang mukmin sedang orang yang diburukkan itu tidak bersifat demikian, maka Allah akan menempatkannya di dalam neraka sehingga ia menghentikan apa yang dikatakan itu. Dan barangsiapa yang memihak dalam sesuatu pertelingkahan secara zalim, sesungguhnya ia mendapat kemurkaan dariAllah swt."

Dan ada jugak satu cerita yang aku baca daripada blog ini. Cerita dia pasal Khalifah Ali bin Abi Talib. Khalifah Ali b Abi Talib ni, mendakwa dekat mahkamah, ada seorang pemuda Yahudi dah mencuri jubah dia. Tapi, Khalifah Ali gagal membuktikan pendakwaan tersebut. So, hakim telah melepaskan pemuda Yahudi tu sebab pertuduhan tu gagal untuk dibuktikan dengan kukuh. Sebenarnya, pemuda Yahudi tu memang curi jubah tu. So, lepas perbicaraan tu, pemuda Yahudi tu pergi jumpa dengan Khalifah Ali sebab nak bagi balik jubah tu tapi Khalifah Ali tak menerima jubah tu. Instead of dia terima balik jubah tu, dia sedekahkan dekat pemuda Yahudi tu.

So, baik buruk sesuatu pekerjaan itu terletak kepada seseorang individu yang pegang jawatan tu. Kalau kerja cleaner, kerja dia memang mulia sebab dia membersihkan tempat, tapi, pekerjaan itu boleh menjadi satu pekerjaan yang buruk kalau masa dia tengah cuci-cuci and kemas-kemas tu, dia pergi curi LCD projector bila semua orang tak nampak apa yang dia buat. (Kes ni takde kaitan dengan yang hidup atau pun yang mati. Hanya rekaan imaginasi) Tak pun, kalau kerja bidan. Pekerjaan bidan yang mulia tu boleh jadi tak mulia kalau ada bidan tu makan kuaci masa tengah-tengah ada perempuan sakit nak bersalin depan mata dia. So, ini semua terletak pada individu. Apa yang penting, niat kita kena ikhlas and kita kena amanah dengan tugas yang diberikan kepada kita. Dan kita pun kena ingat, kita akan disoal di akhirat tentang setiap perbuatan yang kita buat.
Selain daripada itu(ayat karangan Bahasa Melayu SPM), ramai jugak tanya aku, apesal selalu lawyer cas mahal? Cekik darah betul.
Yang aku tahu, bukan senang tau nak setelkan kes anak guam. Mengikut pengalaman kawan aku, masa dia tolong seorang lawyer ni pasal berebutkan tanah, dia kena ikut peguam dia tu pergi Melakalah, pergi Johor lah, sebab nak selesaikan kes tu dengan cepat. So, kos perjalanan dah berapa ringgit? Makan lagi. Tu kalau melibatkan kes yang ada 2 pihak yang in dispute. Cuba kalau 8 pihak yang involve. Peguam tu mesti kena pergi jumpa untuk consult lapan-lapan pihak. Buatnya lapan-lapan pihak tu duduk jauh, kan payah peguam tu. So, aku rasa, cas guaman tu reasonable untuk selesaikan kes. Sebab duit tu memang digunakan untuk selesaikan kes dengn efisen. Bagi yang kurang berkemampuan, boleh pergi ke Legal Aid Centre. Legal Aid Centre di setiap negeri ada. Kalau nak tau lagi detail, klik kat sini : Legal Aid Centre
Sekarang ni pun ada satu kumpulan lawyer ni, diorang buat consultation free. Nama dia, Sukaguam. Diorang bagi legal consultation percuma dekat restoran Ali Maju. Click Sukaguam for more info.

Lagi satu stigma pasal peguam ni, tak takut kena bunuh ke? Pada aku, apa salahnya mati kalau kita mati tu untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Tak gitu? Haha.
So, for those people yang nak jadi lawyer, teruskanlah cita-cita anda kerana ianya adalah satu pekerjaan yang sangat mulia.

Sumber-sumber:


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...