Saturday, 16 July 2011

Peguam Jahat??

Hari ini, entah tiba-tiba je bapak aku beli paper Utusan. Semenjak dua menjak ni, aku memang jarang baca paper. Tapi, pagi tadi, entah macam mana aku terselak paper Utusan itu. Tengok-punya tengok ada satu kolum ni, dia cakap pasal keburukan lawyer. Ada la dia listkan jokes yang selalu orang buat yang berkaitan dengan lawyer ni.

Aku terfikir jugak. Buruk sangat ke pandangan orang dekat orang yang kerja lawyer ni? Maybe la kot, semenjak dua ni, tanggapan public dekat pekerjaan ni memang macam tu kot disebabkan kes Sosilawati Lawiya tu. Tapi percayalah, tak adil untuk judge seorang lawyer yang buat benda tu, lepas tu nak samakan dengan semua lawyer macam tu.
Aku pernah baca satu synopsis cerita Jin Notti. Aku tak tengok pun cerita tu. Sempat baca synopsis aje. Dalam filem tu, dia cerita pasal satu jin ni yang tak reti buat jahat. So, dia dibawa ke Mahkamah Jin untuk dijatuhkan hukuman. Tapi, hakim Mahkamah Jin tu bagi jin baik tu 3 peluang untuk jin baik tu, turun ke Bumi, untuk dia tebus kebaikan dia tu. Maknanya, jin baik tu kena buat jahat, baru dapat pengampunan daripada mahkamah.
Cubaan pertama, jin baik tu dihantar ke Bumi menjadi budak punk tak sedar diri. Cubaan pertama gagal. Cubaan kedua, jin baik tu kena jadi bini kepada ketua gangster. Cubaan kedua turut gagal. So,hakim Mahkamah Jin pun dah pening kepala, sebab jin baik ni memang tak reti buat jahat. So, hakim Mahkamah Jin ni cakap, dia akan hantar jin baik ni dekat manusia yang sejahat-jahat manusia. Nak tau jin baik ni dihantar and jadi ape? Jin baik ni dihantar ke Bumi dan menjadi seorang peguam. What the...


Lagi satu, pasal pandangan keji dekat peguam ni, kenapa peguam suka bela orang salah? Adoi.. Ok lah,yang ni, aku baru baca lepas aku google pasal benda ni. Sebab ramai jugak yang tanya aku soalan tu. So sekarang aku dah ada jawapan yang solid jugak untuk membidas dan menepis dan menjentik dan melenyek pertanyaan itu. Hehe. Jawapan dia macam ni. :

Di antara keistimewaan syariat Islam ialah mengambil berat pada menegakkan keadilan dan memberi kepada setiap orang akan haknya dengan tidak melampaui atau mengurangi batasan. Allah telah menyuruh kita supaya berlaku adil dan membuat kebaikan. Atas sebab keadilanlah maka diutuskan para rasul dan diturunkan kitab-kitab Allah, begitulah tegaknya hukum Allah di dunia dan akhirat.


Islam mewajibkan semua penganutnya supaya membela dirinya atau keluarganya atau maruahnya apabila menempuh kezaliman atau ancaman. Dari itu jika seseorang itu telah dituduh di dalam sesuatu perkara "case" sedang ia percaya dirinya tidak bersalah, hendaklah ia membela dirinya. Kalaulah keadaan tidak membolehkan ia membela dirinya secara peribadi sehingga ia terdesak untuk mendapatkan bantuan guaman, bolehlah ia menempah seorang peguam. Hukum syarak mengenai penempahan peguam demi membela diri atau sebagainya dengan secara hak dan menegakkan keadilan adalah harus.
  1. Tugas sebenar seorang peguam ialah membela hak-hak orang ramai dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang. Ini adalah satu pekerjaan yang mulia dan terhormat di sisi agama Islam. Kerana menegakkan kebenaran dan menolak sebarang bencana dan kezaliman adalah satu daripada prinsip Islam sebagaimana firman Allah swt dalam surah An-Nisaa, ayat 135:
ertinya: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu tegakkan keadan serta menjadi saksi atas kebenaran kerana Allah, meskipun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabatmu. "

Jika si peguam itu berbuat sebaliknya dengan membela yang salah dan batil, ini adalah satu perbuatan yang terkeji di sisi Islam dan berdosa besar. Rasulullah saw pernah menerangkan kedudukannya dengan sabdanya yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda "Barangsiapa menggunakan rayuannya untuk menghalang dari melaksanakan hukum Allah, sesungguhnya ia telah menentang Allah. Dan barangsiapa yang mendakwa hak pada yang batil sedang ia tahu ia tidak berhak sesungguhnya ia dalam kemurkaan Allah sehingga ia kembali kepada yang benar. Dan barangsiapa memburuk-burukkan terhadap seorang mukmin sedang orang yang diburukkan itu tidak bersifat demikian, maka Allah akan menempatkannya di dalam neraka sehingga ia menghentikan apa yang dikatakan itu. Dan barangsiapa yang memihak dalam sesuatu pertelingkahan secara zalim, sesungguhnya ia mendapat kemurkaan dariAllah swt."

Dan ada jugak satu cerita yang aku baca daripada blog ini. Cerita dia pasal Khalifah Ali bin Abi Talib. Khalifah Ali b Abi Talib ni, mendakwa dekat mahkamah, ada seorang pemuda Yahudi dah mencuri jubah dia. Tapi, Khalifah Ali gagal membuktikan pendakwaan tersebut. So, hakim telah melepaskan pemuda Yahudi tu sebab pertuduhan tu gagal untuk dibuktikan dengan kukuh. Sebenarnya, pemuda Yahudi tu memang curi jubah tu. So, lepas perbicaraan tu, pemuda Yahudi tu pergi jumpa dengan Khalifah Ali sebab nak bagi balik jubah tu tapi Khalifah Ali tak menerima jubah tu. Instead of dia terima balik jubah tu, dia sedekahkan dekat pemuda Yahudi tu.

So, baik buruk sesuatu pekerjaan itu terletak kepada seseorang individu yang pegang jawatan tu. Kalau kerja cleaner, kerja dia memang mulia sebab dia membersihkan tempat, tapi, pekerjaan itu boleh menjadi satu pekerjaan yang buruk kalau masa dia tengah cuci-cuci and kemas-kemas tu, dia pergi curi LCD projector bila semua orang tak nampak apa yang dia buat. (Kes ni takde kaitan dengan yang hidup atau pun yang mati. Hanya rekaan imaginasi) Tak pun, kalau kerja bidan. Pekerjaan bidan yang mulia tu boleh jadi tak mulia kalau ada bidan tu makan kuaci masa tengah-tengah ada perempuan sakit nak bersalin depan mata dia. So, ini semua terletak pada individu. Apa yang penting, niat kita kena ikhlas and kita kena amanah dengan tugas yang diberikan kepada kita. Dan kita pun kena ingat, kita akan disoal di akhirat tentang setiap perbuatan yang kita buat.
Selain daripada itu(ayat karangan Bahasa Melayu SPM), ramai jugak tanya aku, apesal selalu lawyer cas mahal? Cekik darah betul.
Yang aku tahu, bukan senang tau nak setelkan kes anak guam. Mengikut pengalaman kawan aku, masa dia tolong seorang lawyer ni pasal berebutkan tanah, dia kena ikut peguam dia tu pergi Melakalah, pergi Johor lah, sebab nak selesaikan kes tu dengan cepat. So, kos perjalanan dah berapa ringgit? Makan lagi. Tu kalau melibatkan kes yang ada 2 pihak yang in dispute. Cuba kalau 8 pihak yang involve. Peguam tu mesti kena pergi jumpa untuk consult lapan-lapan pihak. Buatnya lapan-lapan pihak tu duduk jauh, kan payah peguam tu. So, aku rasa, cas guaman tu reasonable untuk selesaikan kes. Sebab duit tu memang digunakan untuk selesaikan kes dengn efisen. Bagi yang kurang berkemampuan, boleh pergi ke Legal Aid Centre. Legal Aid Centre di setiap negeri ada. Kalau nak tau lagi detail, klik kat sini : Legal Aid Centre
Sekarang ni pun ada satu kumpulan lawyer ni, diorang buat consultation free. Nama dia, Sukaguam. Diorang bagi legal consultation percuma dekat restoran Ali Maju. Click Sukaguam for more info.

Lagi satu stigma pasal peguam ni, tak takut kena bunuh ke? Pada aku, apa salahnya mati kalau kita mati tu untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Tak gitu? Haha.
So, for those people yang nak jadi lawyer, teruskanlah cita-cita anda kerana ianya adalah satu pekerjaan yang sangat mulia.

Sumber-sumber:


9 comments:

Zuralimusa said...

Terima kasih adi, sekarang aku akan berupaya untuk membidas semua tohmahan buruh ke atas bakal peguam. =)

- abdul hadi abdul muti - said...

Zuralimusa

hoho.sama-sama

IMANSHAH said...

dulu ai pun nak jadi lawyer

- abdul hadi abdul muti - said...

IMANSHAH

kenapa yu tak jadi lawyer sekarang? tapi yu ni bagus tau jadi cikgu. haha

HARITH ISKANDAR said...

hoho tq sbb berani ubah persepsi kat pegum.aku setuju jugk.cuma nk tmbah sikit bab fee tu Bar Council ade tetapkan fee dlm bbrapa hal.jd nk kate peguam letak fee mahal tu xbenar 100%.mybe dorang xtau yg peguam ni trtakluk kpd Legal Pro.Act & Solisitor Remuneration order.
tp nk kate peguam jahat cikgu pon byk jgak yg jahat.pemimpim dunia pon byk jugak yg jahat.jd mungkin persepsi je tu.so same2 lah kite ubah.mm aku rase aku nk komen kat blog aku lah sikit..so aku nk mintak izin copy paste sikit2 mane yg kat sini..hehe boley ke? :p

- abdul hadi abdul muti - said...

HARITH ISKANDAR

betul tu.. takpe, silakan. benda baik harus disebarkan.

tapi, nak tanya satu, proper ke panggil macam aku kau? rasa macam tak respect pulak sebab saya ni baru nak masuk part 4 BLS. Huhu

nurhamizatulzullraooh said...

Peguam..kalau korang nak tahu itulah cita-cita saya yang di impikan sejak kecil lagi tapi seribu kali sayang apa yang dirancang tak menjadi kenyataan :( Allah yang menentukan yang lain kerana saya diuji dengan kesakitan yang disihir dan gagal menamatkan persekolahan menengah..tapi masih lagi ingin berjaya seperti orang lain juga mungkin bidang yang lain insyaAllah..doakan saya

Razil Tahir said...

lek la hadi...
sume pekerjaan boleh jadi jahat...
huuuuu... T,T

Anonymous said...

penceramah pun, pekerjaan mulia. tapi kalau bagi ceramah tak ada basis dan bias, boleh masuk neraka jugak kan?

kalau pasal charge mahal, hmmmm.
nasi lemak sekarang pun ada yang sampai RM5-RM7. mak cik nasi lemak pun charge mahal. mcm mana lawyer dan anak-anak nak makan kalau tak charge mahal? mungkin salah mak cik nasi lemak. =.='

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...