Thursday, 7 July 2011

Jurnal Legal Explorace Camp 2011



Segala yang aku tulis ni, daripada perspektif aku sahaja. So, ini tulisan peribadi yang tidak mewakili mana-mana pihak. Wah, memulakan post dengan disclaimer. Macam post kontroversi la pulak.

Legal Explorace Camp ni dicetuskan ideanya oleh Asmirul, mantan Presiden Student Communty Law Club, UiTM Shah Alam.

(Ni la Asmirul. Boleh tuju lagu??)

Apa yang aku tahu, permulaan untuk Legal Explorace Camp ni berlaku time Sehari Bersama SCLC dekat Taman Orkid, Kuala Lumpur. Aku tak pergi time ni sebab ada urusan kecemasan.masa tu, Asmirul bagi satu projek besar untuk members SCLC yang baru masuk, since, ahli baru selalu merungut sebab tak dapat jadi committee untuk program.

So, dalam ramai-ramai tu, si Freeyn ni yang kena jadi Pengarah Program LEC. Timbalan, Elina. Bendahari, Min, Setiausaha, Sab. Masa ni, aku rasa, Freeyn still tak tau lagi nak wujudkan jawatan Ketua Fasi dengan Timbalan Pengarah 2 aka Ketua AJK.

(Sehari Bersama SCLC Batch 3)


So, lepas Sehari Bersama SCLC, walaupun dihujani kontroversi “cuci kolam”, tapi Freeyn ni memang dah ade gerak untuk buat paperwork semua.

Mase perbincangan awal-awal, kalau tak silap aku, nak buat memang yang sangat-sangat grand. Tak silap aku, nak panggil Yunalis Zarai buat performance. Gitu. Haha. Tapi, tak salah, itu menunjukkan betapa bersemangatnya dan betapa berkomitmennya nak menjayakan Legal Explorace Camp ni.

Mula-mula, aku tak terlibat apa pun untuk LEC ni. Tapi, lepas tu, Freeyn offer aku jadi Ketua Fasilitator. Tapi, aku rasa, aku lagi prefer Timbalan Pengarah 2 aka Ketua AJK kot. Tak tau la kenapa. Aku hanya mampu mengikut kata naluri je masa tu. Haha. Plus, aku rasa, Tokie lagi layak kot nak pegang jawatan Ketua Fasi.

(Tokie:Ketua Fasi, Muhaimin:Bendahari, Adi:Timbalan Pengarah 2, Freeyn:Pengarah Program,Elina:Timbalan Pengarah 1, Sabrina:Setiausaha Program)

Masa mula-mula nak buat proposal, Freeyn cakap, Asmirul banyak cakap proposal banyak salah. Tapi, takde la si Asmirul ni nak maki hamun pulak kan. Haha. Just tegur je la. Proposal ni, kalau korang nak tau, memang penting, sebab dengan proposal ni la, yang akan menentukan sama ada program tu diluluskan atau pun tak.

So, masa proposal dah siap, kena la menghadap Dr Rizal, selaku Timbalan Dekan HEP dan Alumni Fakulti Undang-undang UiTM Shah Alam. Respond, sangat ok. Tapi, pihak kami nak buat 2 program yang menelan belanja yang meletup. RM 52000.

Dah 5 bulan kitorang buat preparation untuk Legal Explorace Camp ni. Bukan senang sepanjang 5 bulan tu. Begitu banyak yang terinfiniti kejadian yang merentap dan merobek dan menceriakan dan menusuk sembilu yang jadi selama kitorang nak menjayakan program ni.

Yang paling aku tak boleh lupa, masa tengah cuak gila sebab tak boleh bayar duit Kem Kursus Induksi dengan Pro Rev. Restoran Khulafak Seksyen 7 lama menjadi saksi, betapa haru birunya kitorang waktu tu.


(Di Khulafa indah ini, pernah menjadi saksi, temasya yang gemilang, suasana meriah, termetri di hatiku kau yang memiliki kehebatannya di malam itu)


Tapi, malam ke berapa entah, aku dengan yang lain2 (ade la dalam 20 orang) buat negotiation, kitorang proceed dengan bajet yang ada. Kem ni penting sebab nak merapatkan jurang antara committee. Sambil tu boleh la nak bermesra mesron sesame committee. Hehe.

Selain itu, aku tak boleh lupa masa aku, MIN, FREEYN, INA, TOKIE dengan MAGO (nama dia bukan MARGO) makan burger kongsi kat burger yang sedap dekat Danau tu. Sebab nak jimat punya pasal, kitorang beli 2 burger tapi kongsi-kongsi. Nasib baik MAGO belanja satu lagi burger, plus, Papa INA bawakkan mee yang berasal dari Sabah dengan biskut jenama INA. (INA proud la tew) Hahaha. Waktu ni sweetnye kitorang. Dah la tepi kedai burger je tapi meriah. Sambil disinari cahaya sang rembulan. Haha. Mula-mula kedai tu takde customer, tapi lepas kitorang lepak je kat situ, terus ramai customer datang. Wah, perasan pembawa rezeki. Haha.

Lagi satu, aku paling tak boleh lupa masa makan cucur ayam penyet. Aku masa lepas meeting tu, memang lapar yang teramat. Kalau nak tunggu ayam penyet, macam lama gila. So, aku amik je 5 ketul cucur untuk buat lapik perut dulu. Tapi aku lupe nak bayar. Haha. Nasib baik TOKIE tolong bayarkan, setelah 2 minggu tak berbayar. Thanks TOKIE!!


(Cucur yang menjadi subject matter dalam kes tak bayar cucur. Sedap woh cucur ni. Nyaum!!)

Masa hari kejadian, memang aku tak sangka akhirnya LEC dapat jugak jadi kenyataan. Sebab program ni, memang mula-mula dah nak kena cancel dah. Tapi nasib baik tak cancel. Mane taknya, dah all out giler-giler dah untuk LEC ni, memang mustahil la nak cancel. Kalau tak, tak dapat la nak kenal dengan adik-adik ni ha. Huhu.

Masa first day, nasik lemak yang korang makan tu, mak FREEYN yang sponsor. Sedap weh. Kenyang sampai petang. Huhu. Waktu ni, adik-adik ni dah sampai dah. Tengok balik muke sorang-sorang, memang kene buat betul-betul LEC ni.

(Ketibaan sampai adik-adik dari Hulu Selangor)

Tak tau la nak cerita apa untuk LEC ni, sebab rutin aku, angkat barang, angkat makanan,jaga laptop. Tu je. Sebab kalau nak cerita pengalaman dengan peserta, aku tak rapat sangat pun dengan diorang, since aku banyak handle bab2 teknikal, penginapan, makanan, multimedia, keselamatan, macam tu je.

Haa...cabaran hari pertama. Ya Allah!! Aku memang tawakal and mintak tolong kat Dia je masa tu. Masa malam tu, ada ceramah Dining And Etiquette dekat Audi. Ceramah tu supposedly start pukul 9 malam. So,aku, ZAHIN dengan EPUL set up preparation pukul 8 malam. Mula-mula LCD ada masalah. Lepas tu, air cond pulak tak boleh pasang. Lepas tu, dalam pukul 845, terus, satu audi black out. Dengan GPMS GPMS sekali black out.

Black out lagi sepuluh minit event nak mula. Ah sudah. Encik Hashim ni dah sampai and set up meja semua dah ni. Time tu Prof Rajesh pun dah samapai dekat situ. Gila cuak aku time tu. Aku dah call ABANG DIDI (bukan ADI) masa tu. Dengan ber t shirt merah dan berselipar, ABANG DIDI dengan muka selamba dia tu, pergi repair2 ape yang patut tapi keadaan makin tak terkawal. Selalunya, ABANG DIDI ni macam Ultraman yang datang nak bunuh raksasa yang buat masalah. Sebab, selalunya, kalau panggil ABANG DIDI, semua benda mesti settle. Tapi, nasib beliau tak sama untuk malam tu. ABANG DIDI dah start kena panggil technician UiTM pulak dah untuk fixkan current. Aku memang dah gelabah dah. Aku suruh sape2 yang ade kat Kenanga supaya set up LCD as back up plan, tapi dalam hati, aku nak jugak buat bende tu kat Audi. So, datanglah 3 orang technician UiTM berganding bahu dengan ABANG DIDI membetulkan elektrik kat situ. Memang habis diselongkarnya sampai bilik TNB belakang Audi tu dikoreknye jugak.

Dalam pukul 930, sume dah jadi ok. Peserta-peserta pun dah boleh mula masuk Audi, dengar kelas dining and etika ENCIK HASHIM.

(Encik Hashim tengah bagi ceramah)

(Aaawwwhhh..so sweet..hahaha)


(Sebelum Malam Kebudayaan)

(Semasa Malam Kebudayaan)

Selain tu, masalah kehilangan walkie talkie. Argh!!!!!!!! Mane la walkie talkie tu pergi?? Huk3.. Yang aku ingat, masa last aku pegang walkie talkie tu, masa tu, aku ada kat Babylon, tolong AJK Malkeb susun kerusi, sebab diorang nak asingkan kerusi cokelat dengan kerusi biru. Lepas tu, masa nak angkat kerusi tu, aku letak walkie talkie atas meja. Lepas tu, aku terus pergi Kenanga kejap sebab aku nak ambil laptop ke ape ntah masa tu. So, malam tu, walkie talkie tu memang dah takde dalam tangan aku dah. Sampai la sekarang ni.. Hurm..

(Forum Buang Bayi, Salah Siapa?)





(Abang Sellie!!!!Helmi, kelas kau nok malam ni!!)

Haa..aku nak cerita pasal kembar. Hahaha. Kelakar pulak bila ada kitorang ada kembar dengan adik-adik ni. Aku pun ade. Tapi bukan kembar muka, tapi kembar suara. Wahaha. Kembar aku tu, nama dia Akmal, budak SMK Serendah. Mula-mula aku pun tak caya, tapi bila dengar balik suara dia, memang macam suara aku pun. Huhu






Di kesempatan ni, aku nak ucapkan puluh jutaan terima kasih kat committee yang menjayakan LEC dengan gemilangnya, dekat pihak YATIM yang banyak support event ni, to MR HARIS yang menjadi advisor untuk LEC, to our respected SCLC Advisor, PROF RAJESH yang memantau program ni, dekat PUAN NADZ yang sudi sign borang pendahuluan duit program, dekat HIRUANI HASLINA ENTERPRISE yang served makanan sepanjang 3 hari program berlangsung, dekat ABANG DIDI dan ENCIK AMIR yang tolong dari segi teknikal, dekat CIKGU-CIKGU PENGIRING, especially cikgu-cikgu pengiring perempuan dari Hulu Selangor yang memang ramah masa berborak dekat bus stop time nak tunggu budak-budak ni balik, dekat ABANG BOB yang bawak bas, pergi hantar and balik dari Klang ke Shah Alam, dekat MR NAGABA, yang bawak bas dari Hulu Selangor ke Shah Alam, dekat PENGHUNI-PENGHUNI RUMAH PANGSAPURI BLOK 1 TAMAN SERI RASAU (aku tak ingat nombor rumah korang berapa), yang sedia menumpangkan tempat berteduh dekat aku, dekat BEKAS-BEKAS EXCO SCLC yang turun padang, dekat SPONSOR-SPONSOR yang sponsor LEC, dekat PENCERAMAH-PENCERAMAH yang bagi ceramah, dekak KAK IEKA, KAK DAYAH, PUAN MISKIAH, KAK ROKIBAH, KAK IZZAH yang banyak tolong untuk bajet dan paperwork, hurm, sape lagi eah?? Tu je kot. Kalau ada yang terlupa, mintak maaf la yer.

Dekat adik-adik LEC yang berkampung dekat FAKULTI UNDANGUNDANG UITM, KOLEJ KENANGA DAN KOLEJ PERINDU, ingat, abang-abang dengan kakak-kakak LEC buat program ni sebab nak bantu adik-adik bina masa depan. Sekarang ni, adik-adik dah patut ada plan nak sambung kursus apa lepas habis SPM. Besides, tak ada apa-apa pun yang kami harapkan dari adik-adik selain adik-adik belajar elok-elok, dapat good result, and sambung belajar and boleh bantu kehidupan sendiri dan balas jasa keluarga adik-adik. Abang tengok, adik-adik memang bersemangat. Lepas tu, yang mana mula-mula macam segan nak cakap kat depan orang ramai, tapi lepas 3 hari kem, terus non stop, nak bercakap je kerjanya. Bagus la, itu menunjukkan yang kalian dah Berjaya membina keyakinan diri and secara tak langsung, adik-adik dapat mencungkil dan gali-dan gali soft skill korang . Benda-benda macam tu, penting zaman sekarang ni sebab kalau nak depend 100 percent kat keputusan akademik, susah hidup sebab kalau interview biasiswa and interview kerja, dia akan tengok tahap soft skill sekali.

(Muka lepas hantar adik-adik balik naik bas)


(Gambar-gambar bahagia waktu post mortem)

8 comments:

Ateera said...

Tahniah korang!

NuR FaTiN said...

argh tensennye x dpt join korang.. hukhuk sedeeeh... besnye koraaang... uwaaa ='(

Unknown said...

Dr. rizal yg ngajar criminal tu ke dulu..ooo dh jadik dekan ke..?iccc
if salah org sorry yer..

- abdul hadi abdul muti - said...

HARITH ISKANDAR

eh,betullah dia.huhu.tapi dia bukan dekan, tapi timbalan dekan hep dan alumni.=)

Unknown said...

oo silap taip..dh bace td kt atas.sorry.dekan saodah yg ajar land law tu kot yer..

u r so mean! said...

we did it adi!:)

- abdul hadi abdul muti - said...

HARITH ISKANDAR

tak sure lah pulak dia ajar land ke tak sebab dia macam jarang ajar budak BLS. Tapi, masa kitorang part 3, yang ajar land, Madam Azni dengan Madam Rohani. Huhu

- abdul hadi abdul muti - said...

u r so mean!!

yes we did it!!huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...