Friday, 15 July 2011

Popular??


Klausa Terkecuali atau dalam bahasa bekas penjajah, “Exemption Clause” :

Penulis tidak berniat untuk menyinggung apatah lagi mengguris perasaan sesiapa melalui post ini. Sesungguhnya, penulis blog ini seorang yang baik hati dan penyayang. Hahaha. Hei, ini serius!! Serius!!

Popular dalam bahasa Germany ialah beliebt. Manakala dalam bahasa Filipina, popular tu maknanya tanyag. Ini informasi tambahan. Haha.

Populariti, selalu dikaitkan dengan kemasyhuran dan keseronakan. Selalunya, populariti dikaitkan dengan pekerjaan sebagai artis. Kalau jadi artis, memang tak syak lagilah, confirm jadi popular. Tapi itu hanyalah pandangan yang belum tentu betul.

Popular tu boleh datang dengan banyak cara. Siapa cakap jadi artis je boleh jadi popular? Korang kenal Ustadz Kazim Eliyas tak? Ha.. Dia tu popular apa. Kerja dia pendakwah. Bukan artis. Tak perlu pun masuk Akedemi Fantasia or berlakon dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah sebab nak jadi popular.

Popular ni mungkin sebahagian kehendak yang datang daripada naluri dan jiwa insan yang terlalu mendambakan perhatian orang ramai. So, untuk dapatkan perhatian, mereka ini mencuba pelbagai cara untuk dikenali orang sampai kadang-kadang tu, mengganggu dan menjengkelkan orang lain. Daripada elok-elok niat untuk jadi popular, alih-alih terus dipulau orang.

Mengikut pengalaman hidup aku yang berusia 21 tahun dan 4 bulan ni, populariti tak perlu dicari pun sebenarnya. Populariti tu akan datang sendiri tanpa kita sedari. Tau-tau je, orang kenal nama kita. Siap boleh hafal lagi warna baju yang kita pakai untuk hari Isnin, Rabu dan Jumaat.

Apa yang aku nampak, seseorang tu jadi popular sebab dia ada quality yang orang lain susah nak ada. Sebab tu dia jadi popular. Yang paling sure, dia tak pernah nak canang-canang nama dia kat orang ramai pun.

Popular ni pun, ada jenis-jenis dia jugak. Bak kata kawan aku, Abe, atau nama Facebook, Amin Mokhtar, yang bertutur dengan English from British okayh, infamous tu maksudnya bukan tak popular. Popular, cuma dia jadi popular in a bad way. Kira macam, popularity yang dia dapat tu sebab dia banyak buat benda tak elok. So, orang banyak bercakap pasal benda tak elok yang dia buat. Si, dia memang popular tapi in a bad way. So, dia tu la yang kita panggil infamous.

So, pilihlah, nak jadi famous or infamous. Entahlah, aku pun tak faham kenapa tiba-tiba aku nak cerita soal popular ni. Haha. Apa yang penting, dalam hidup, kalau kita nak kejar sangat popular or nak kejar nama sangat, maka rugilah hidup kita. Lagi best kalau dalam hidup ni, kita mengutamakan keihhlasan, kejujuran, dan semua “ke” yang membawa kepada kebaikan terhadap diri kita, orang sekililing kita, dunia dan juga akhirat. Sekian...

6 comments:

IMANSHAH said...

saya tak nak popular, tapi saya rasa saya popular gak dalam kalangan budak star..hhuhu

MM said...

okay now i know famous n infamous. tq

- abdul hadi abdul muti - said...

IMANSHAH

kira nak cakap diri tu popular jugak la kan. haha

- abdul hadi abdul muti - said...

MM

ure most welcome!!

Razil Tahir said...

Aku tak suka jadi popular...
tapi the publicity keep on coming...
ada tips tak untuk tak popular?
aku nak hidup aman dalam privasi..
T,T

- abdul hadi abdul muti - said...

Razil Tahir

ee,please!!haha.ko buat la kerja tak senonoh. takpun dress up yang macam hodoh and horrible ke.haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...