Thursday 26 May 2011

Bagi Penampaq Sat Gi Baru Dia Tau


Wah!! Garang gila tajuk entry kali ini. Haha. Aku ni bukan apa, tadi berkesempatan jugak la sembahyang berjemaah dekat surau Sungai Rasau sementara menunggu tuan punya rumah balik dari tengok Nur Kasih The Movie. Lepas tu, ada sorang abang ni bawak anak-anak kecik dia pergi surau tu.

Bagus la bawak anak-anak kecik ni pergi surau berjemaah. Tapi masalahnya, anak-anak dia tu dah buat kacau ganggu dekat surau tu. Nak tegur, baru umur setahun dua.

Budak-budak tu dengan main mic nye, lalu depan orang sembahyang la, buat bising la. Aku yang dekat situ, sembahyang pun tak khusyuk.

Pade aku, tak salah nak bawak budak-budak kecik ni datang surau tapi sebelum bawak diorang, as a parent, kene la betul-betul didik diorang supaya hormat and faham kenapa diorang ada dekat surau. Kalau setakat nak bawak pergi surau sebab tak nak tinggal kan dekat rumah baik tak payah.

Sunday 22 May 2011

Kenduri Kahwin Kakak Apam


Semalam, terlah berlangsungnya perkahwinan antara Encik Mazwa Dan Puan Nor Azlin di Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Puan Nor Azlin tu merangkap kakak kepada batch aku, Mohammad Najib b Abdul Rahim atau lebih cool dan mesra dengan nama Apam. Kirenye, Encik Rahim b Merah punye kenduri anak perempuan la ni.

Okay, yang kahwin kakak Apam, tapi batch aku dijemput oleh Apam sendiri untuk datang sini. So, kitorang datang je la. Makan free sape tak nak yedak?

Sebenarnye, dah lame batch kitorang tak buat reunion ni. Ade la dalam 6 bulan kot. Last masa pergi mandi dekat Pahang. Untuk tahun ni, kenduri kakak Apam ni lah kiranya first reunion untuk tahun ni. Tapi, nak kata reunion tu tak la sangat sebab event dia kakak Apam yang kahwin. Lainlah kalau Apam yang kahwin. Lagipun tak ramai pun yang turun, ada la dalam belas-belas.

Ni kat bawah ni gambar-gambar kenduri.




Dari kiri, Apam, yang ada potensi besar untuk kahwin dulu, Abang Ipar dia, Kakak Apam, Perempuan Yang Pernah Kuda Try Nak Couple, Nenek Apam Kot.
Kalau tengok gambar, macam pengantin lelaki pegang payung sendiri je. Haha


Caption gambar : Berdiri dari kiri, yang pakai baju kelabu dengan seluar cokelat tu, kawan Limau, baju pink yang buat aksi yang tak difahami tu, Limau, baju cokelat belakang limau, kawan Limau jugak, baju puteh sebelah tu, RAJA!! yang mengalami tumbesaran yang tak terkawal, yang pakai baju kemeja petak-petak yang sampai tak boleh nak button tu, Chagri merangkap warden yang suka bawak baldi dengan gayung waktu subuh, sebelah tu, Aziq, yang bertambah kacak setelah menjadi testimoni untuk Jus Mate 5, hasil karya teragung Dr. Rozmey, sebelah lagi, Aizat atau Chegu, yang akan buat praktikal dekat Majistret Shahn Alam dan yang berdiri paling hujung yang pakai t shirt biru tu, Aru, yang berpindah dari rumah sewa dekat Rasau ke rumah sewa dekat Hakim.



Yang duduk pulak, dari kiri, yang pakai baju hitam tu, Adi yang telah diasak dengan pertanyaan bila nak plan reunion, sebelah tu yang pakai baju oren, Wan, yang maintain jambu and still perasan jambu sebab dia suruh Apam tolong ambilkan cendol untuk dia even though cendol tu belakang dia je, sebelah tu, yang pakai baju Malaysia tu, Waqi, yang selalu pergi jumpe veterinar untuk operate, belakang sikit, yang pakai cap cokelat, Mago, art designer yang semakin mencacak cacak naik, sebelah tu, yang pakai snow cap, bukan Akhil Khay tapi Amoi yang tinggal dekat apartment yang ade swimming pool, lepas tu kiri sekali, GG, yang mule-mule tak perasan yang dia datang.

Nota kaki yang wangi : Nanti aku try buat Majlis Iftar Edisi 2011. Insya Allah!!

Tuesday 17 May 2011

Makan Semut



Korang mesti pernah dengar pasal kalau makan or minum semut, boleh jadi lupa? Entah la, tiba-tiba aku terfikir kejap. Bukan apa, tadi, mak aku ada bagi lauk sambal sotong. Tapi, sambal sotong tu ada semut. Sebab aku tak nak membazir, aku makan je la sotong-sutun tu dengan rakusnya. Tapi, sebelum aku makan tu, aku buang jugak la semut-semut yang memang depan-depan nampak. Tapi, tak boleh confirm la ade ke tak semut tu lagi. Cuma, kalau ada, semut tu nanti boleh bagi effect lupa kat aku ke?

Lagi satu cerita kelakar pasal semut ni terjadi masa aku form 2. Ada la 2 orang mamat classmates aku ni. Diorang ni memang tak de keje. Nak tergelak je aku pikir balik. Aku namakan diorang ni, 'S' dengan 'A'. Ada la satu malam ni. Time tu prep(preparation class) malam. Time tu, homework untuk esok tak banyak sangat. So, free je la time tu. Jadi, masa banyak dihabiskan dengan menyembang tak ingat dunia. Lepas tu, 2 orang mamat ni datang kat aku, bawak kismis lingo yang kaler kuning tu. Pastu dia bagi aku makan. Aku memang kalau dah orang bagi, aku makan je la. Yang peliknya, S dengan A beria gila suruh aku makan.


Lepas tu, baru aku tahu, rupenye diorang ni konon buat eksperimen tentang makan semut boleh jadi lupa. Dekat kismis tu rupenye ade semut. Kirenye, bahan ujikaji diorang ialah aku!! Kirenye, aku ni responding variables. Kalau aku lupe, maknenye, hipotesis yang cakap makan semut jadi lupe tu betul la. Adoh.. Hahaha. Aku nak marah pon tak tau nak marah macam mane sebab aku tak rase ape-ape pun lepas tu. Ingat je semua benda. urm, takde la ingat semua benda, cuma takde la teruk sangat tabiat lupe aku ni.

So, nak tanye korang la kan. Betul ke makan or minum semut boleh jadi lupe??


Monday 16 May 2011

Bantal Kekabu



Hari ini, aku nak cerita pasal bantal. Bantal sangat penting dalam kehidupan aku. Sebab, aku memang particular dengan bantal sebab, kalau bantal tak best, aku memang tak dapat tidur yang berkualiti. So, as a result, aku akan mengantuk dalam kelas. Lagi satu, aku memang dari kecik sampai ke besor, kalau tidor, pakai dua bantal. Satu bantal kepala, satu lagi bantal peluk. Yang bantal peluk pulak, aku suka bantal peluk yang petak, bukan yang jenis yang lonjong tu. Hee. Jadi, pemilihan bantal sangatlah penting.


Tapi, selama aku hidup, aku tak ade masalah sangat la dengan bantal. Sebab? Sebab aku ada mak yang sangat best dalam dunia ni. Mak aku memang rajin. Antara salah satu kerajinan mak aku ialah buat bantal kekabu. Tak percaya?? Jom pergi rumah aku. Berlambak-lambak bantal kekabu mak aku buat. Sampai aku boleh tukar-tukar bantal.


Ni ada 3 bantal. Lagi 5 bantal ada kat tepi. Tak muat nak masuk kamera. Arghh, muka nerd.


Bantal kekabu memang best. Aku memang layan bantal yang satu ni je. Bantal lain tak best. Tak tau la kenapa.

Aku rasa, sebab pertama bantal kekabu ni best, sebab dia padat dan lembut. So sedap untuk tengkuk dan sedap untuk dipeluk.

Kedua, bantal kekabu ni lambat haus. Maksud aku,dia lambat jadi leper. Kalau yang span tu, dalam 2 bulan dah jadi macam kuih tepek je. Baring pun tak rasa apa. Kalau bantal kekabu, tahan lama la jugak.


Cuba bayangkan korang baring atas ni? Tak best kan.

Ketiga, bantal kekabu ni sejuk. Aku dah try dah. Bantal lain sejuk jugak, tapi, kesejukan bantal kekabu ni lain macam tau. Haa, sebut pasal kesejukan bantal ni, aku ade satu petua untuk korang. Mengikut kajian aku, kalau korang nak bantal korang sejuk, cara dia senang je. Bantal ada dua permukaan kan. Sebelum korang tidor, make sure kedua-dua permukaan bantal tu tidak terkena apa-apa. Lagi lama, lagi bagus lagi lama, lagi sejuk. Lagi satu, lepas korang bangun tidor, korang cuba rasa bawah bantal korang. Mesti panas. So, nasihat aku, cuba korang dirikan bantal tu,so, kedua-dua belah permukaan bantal tu terdedah kepada udara. So, jadi sejuk.

Kesimpulannya, bantal kekabu ni memang sedap. Oh yeah!!

SELAMAT HARI GURU!!

Saturday 7 May 2011

Buncit



Masalah buncit ni, aku rase, jadi kat semua orang. Tapi, percentage untuk kaum-kaum lelaki untuk terjerobos ke dalam kancah permasalahan buncit ni lagi tinggi kot. Ye ke?? Hurm, mari fikirkan bersama.


Aku ni pun bukan ape, tetibe je cakap bende ni sebab hari tu, aku pergi makan dekat Restoran Vichuda. Antare restoran terbaik yang ade kat Shah Alam, yang menjadi tumpuan segala makhluk-makhluk yang menuntut di UiTM Shah Alam. Mase tu, makan besar jugak sebab time lepas jawab final exam. So, memang la sangat lapar. Therefore, aku makan la banyak-banyak kan. Hurm, mase nak bayar, tetibe ade tangan yang merabe-rabe perut aku. Argh!! Jangan!! Jangan!! Tidak!! Gangguan seksual di tempat awam!! Jangan!! Hahaha. Alah, bukan gangguan seksual lah. Ade la kawan aku ni, tak puas hati, kenape perut aku tak bonchet pon lepas makan nasi 2 pinggan, tomyam campur, daging masak kunyit dan juge segelas limau ais?? Kenape??!! Kenape???!! Susahnye aku nak jawab soalan tu. Mane la aku tahu!! Ayak!!

Cumenye, aku rase, perut aku tak buncit sebab, lepas makan, aku akan pergi jamban. Betul, aku punye perut ni,aku rase, agak sistematik jugak la. Sebab dia tak boleh nak hold makanan yang banyak dalam satu satu masa Bukanlah maksud aku, aku makan, terus pergi jamban. Tapi, macam contoh, aku makan roti canai dengan milo tabur pukul 9 pagi dekat Hakim Seksyen 7 Shah Alam. Lepas tu, aku makan nasi dengan ayam penyet dekat kedai akak kat Padang Jawa pukul 1.30. So, dalam pukul 230, mesti aku akan ke jamban untuk buang roti canai and milo tabur yang aku makan kat Hakim Seksyen 7 pukul 900 pagi tadi. Ha..gituw. Dah macam buat analisis kronologi kes criminal pulak.
So, mungkin sebab tu perut aku tak buncit kot. Sebab aku bukan rajin nak sit up pun. Hee. Jogging apetah lagi.

Tapi, bagi sesiape yang ade masalah ni, jangan la kecewa dengan kehidupan pulak. Tak elok tuh. Ade orang kate, perempuan ni suke tengok lelaki yang buncit and boroi. So, bende ni subjektif.

Tapi, kalau nak perut yang tak buncit jugak, yang aku pernah dengar, kalau nak mandi, make sure mandi lepas 1 jam makan. Tak pun, mandi sebelum makan. Aku tak tau la betul ke tidak. Sebab aku mandi je lepas makan. Huhu.
Lagi satu, of course la sit up hari hari kan. Kalau rajin buat bende ni, perut akan bersix pack. So, lagi la macho kan? Aku bukan la nak bangge atau pun meriakkan diri, tapi cuma bersyukur aku tak ade masalah buncit ni. Tapi, mungkin satu hari nanti, aku buncit jugak. Lepas kahwin ke kan. Ha.. So, kadang-kadang aku sit up jugak. Ceceyh!! Dan jugak, aku memang nak pergi jogging cume tak de mase je. Almaklumlah, prevent is better than cure.

Aku tak tau nak buat ending untuk post ni. Tapi, aku nak end kan jugak post ni sebab tak tau nak cakap ape dah. So, mintak diri dulu lah ye. Mekaseh!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...