Saturday 24 September 2011

Bekas Pensil Tingkat

Ko jangan hengat mangkuk je ade tingkat. Ha.. Dulu, masa aku sekolah rendah, bekas pensel ni memang kegilaanlah. Kiranya, siapa pakai bekas pensel ni memang tampak bergaya dan penuh dengan style. Semakin banyak tingkat bekas pensel ko, semakin tinggilah darjat ko. Kiranya, siapa yang pakai bekas pensel biasa, dia macam pakai MyVi je, kalau yang bekas pensel bertingkat ni, bawak BMW M3. Gittew!! Haha.

Tips Menghilangkan Cuak Semasa Memberi Ucapan

Tips lagi? Aku ni tak habis-habis bagi tips kan. Haha.

Nowdays, kita memang selalu kena bagi ucapan. Especially kena buat presentation, samada student dekat sekolah, uni, or yang dah kerja dekat office. So, skadang-kadang, kita rasa macam cuak bila nak bercakap depan orang ramai, betul tak. So, kat sini, ada beberapa tips yang korang boleh try untuk overcome masalah ni.

First, sebelum bercakap, buat senaman pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, lepas tu tahan dalam 7 saat, lepas tu, hembus. Nak tahu samada nafas korang dah ditarik dalam-dalam or cetek-cetek, masa korang bernafas tu, letakkan tangan kanan korang dekat dada, tangan kiri dekat perut. Kalau tangan korang terasa bergerak masa korang tarik nafas and hembus nafas, tu maknanya dah cukup dalamlah nafas korang tu.

Second, cuba korang lenturkan jari korang dekat atas permukaan yang rata, macam dekat dinding ke, dekat meja ke.



Third, prepare. Kalau korang tak prepare, memang confirmlah cuak. Huhu


(prepare make up sebelum bercakap depan orang ramai pun kira preparation jugak. haha)


Keempat, senyum. Bila korang senyum, hormon endorfin korang akan memancut-mancut keluar macam paip bocor. So, hormon ni akan buat korang rasa lebih selesa untuk bercakap depan orang.

(motip??!!)


Kelima, ingat, orang nak dengar isi ucapan kita, bukan nak tengok sangat cara kita sampaikan. So, jangan terlalu terbeban sangat dengan pandangan orang terhadap cara kita bercakap, tapi isi ucapan tu yang penting. Al kisah, dulu, kalau aku buat presentation, aku selalu nak bercakap ikut gaya macam Ally Iskandar, tak pun Linda Onn, tak pun macam En Gabana (En Gabana silalah proud kalau nak proud. Haha) Tu yang kadang-kadang kita macam bagi pressure tambahan kat aku sebab aku nak tiru gaya diorang. At last, aku yang gelabah masa nak buat presentation sebab terlalu nak menjadi someone else. Haha




Keenam, berdoa. Doa dia macam kat bawah ni.


قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )



Sila klik.

SEGMEN MYERA NYERA - ADA APA DENGAN DIA?


Aku suka baca blog dia sebab cara dia sampaikan mesej best dan tak berjela. Dia ada buat buku jugak, Dia Yang Ku Nikahi. Jom beli?

Blog dia blog yang banyak bahasa-bahasa kreatif. Terasa diri ini begitu muda bila baca blog ni. Haha

Blog cikgu aku. Banyak current issues, so tak payah baca paper pun boleh tahu isu semasa. Huhu. Banyak cerita pasal sekolah aku jugak.

Cerita kat blog ni macam mengarut tapi aku selalu je bace. Hehe. Masa open house dekat rumah Ini Buku Catatan 555, semua orang dah macam wajib tangkap gambar dengan MachamIzPunya, sebab blog dia laku. Cewah, iz proud lettew.

Blog yang banyak menginsafi kekerdilan manusia di sisi Allah. Ada jugak pasal cerita dia study kat Surrey, UK. Aku study Malaysia je, so, teringin gak nak tengok orang study kat obersi.

Gaya bahasa simple. Banyak cerita realiti kehidupan.

Blog lawyer bhai.. Haha. Blog ni aku baca sebab nak tahu legal issues.










SEGMEN XX-TRA FOLLOWERS



Tagged person :







Thursday 22 September 2011

Monday 19 September 2011

Cara-cara Mengatasi Ketagihan Onani

Dalam entry yang sebelum, aku ada cakap pasal keburukan onani. Ada setengah-setengah comment yang tanya, macam mana nak stop daripada tabiat yang dah jadi hobi masa lapang ni.

Antara caranya ialah, jangan duduk seorang-seorang. Sebab bila korang sorang-sorang, nafsu bukan-bukan dan pelik-pelik korang akan datang dengan jayanya.



So, get a life people!! Pergilah bersosial. Bersosial ni bukan takat ko pergi clubbing or pergi konsert semua. Bersosial ni banyak cara.

Salah satunya, pergilah bersukan. Joging ke, futsal ke. Tak pun main bowling ke. Bila korang bersukan, badan korang pun akan jadi lebih fit dan lemak-lemak yang bertakung dalam badan korang pun akan gugur menyembah bumi.



Adjust timing mandi korang. Usually, onani dilakukan di bilik air. Almaklumlah, kat bilik air tu banyak bahan pelincir. So, untuk mengelakkan keinginan tu datang, cuba korang try mandi lambat sikit. Let say nak kena pergi kelas or kerja pukul 8. So, korang try mandi pukul 750. So, korang ada masa 10 minit je untuk pergi kelas or kerja. So, takdelah banyak masa menhgabiskan waktu nak mengelamun dalam bilik air, lepas tu last-last main layang-layang dalam bilik air.



Lagi satu, janganlah mendekati objek-objek yang boleh menaikkan nafsu korang. Kadang-kadang, objek menaikkan nafsu ni bukan setakat benda-benda lucah, ada setengah-setengah tu, tengok kuih karipap pun still boleh teransang.





Bagi yang Islam, puasalah. Puasa tu kan boleh menahan nafsu. Lepas tu, doalah banyak-banyak dengan Allah. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar doa dari hamba-Nya




Sunday 18 September 2011

Jom Exchange Link Bersama HafizRahman


Milo Seterika


Aku confident, bagi mana-mana yang pernah merasa hidup dekat asrama, mesti pernah buat benda ni kan? Haha.
Milo seterika ni, dia milo 3 in 1 tu. Tapi dia jadi macam keras bila kita seterikakan milo tu. Nak tau macam mana nak buat?


Bahan- bahan yang diperlukan : 



Langkah yang pertama, letakkan milo 3 in 1 korang tu dekat atas kain.Contoh, kain pelikat. Lepas tu,lipat dua kain yang korang gunakan tu. Kira macam korang buat lepat pisanglah macam tu.


Lepas tu, amik iron, korang ironkan atas kain yang korang pakai untuk bungkus milo 3 in 1 tu. Ironlah dalam 10 minit. Sambil iron tu, balik-balikkanlah kain tu, so that milo korang tu akan dapat haba dengan sebati. Ha!! Gittew!! Haha. Masa korang iron ni, korang kena tekan sikit seterika tu, so, baru ada pressure. Bila ada pressure, barulah milo tu jadi keras.



Lepas dah seterika, bukak milo 3 in 1 tu, pastu makan. Milo seterika ni sangat sesuai untuk menjadi sarapan pagi berkhasiat penuh tenaga dan juga minum petang penuh syahdu ditiup bayu. Haa, kalau masa asrama dulu, selalu makan milo seterika ni masa tengah prep (preparation kelas) 

So, selamat mencuba!!





Thursday 15 September 2011

Culik Dan Kerat


Terjumpa dekat Facebook.

INFO PENTING !
Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti
Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.
Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!

Kekok




Aku bukan jenis yang boleh mesra dengan orang dalam waktu yang singkat. Roommate aku pulak jenis yang macam tak banyak cakap. Satu bilik dahlah 2 orang je. Kalau dia diam, aku pun diam jugak. Masuk bilik rasa macam awkward gila.

Lagipun, aku dah Part 4. Budak law. Dia, Part 5. Budak chemical engineering. so, what do you expect? Aku nak cakap apa dengan dia? Huhu. Takkan nak tanya, kandungan chemical yang ada dalam facial wash yang dia  pakai pulak kan? Huhu

Tuesday 13 September 2011

Sajak Orang Malaysia Baru

the new malaysian poem
as monday is usually a blue monday to many since it is the start of a week…a long week of work work work…here’s a joke to cheer you guys up. received from forwarded mail.
==================
Can study continue STUDY
Can’t study,work FACTORY
Cannot rely on CHARITY
Earn a little SALARY
Just enough 4 daily ROTI
Go work no WIRA but LRT.
Colleagues formerly FRIENDLY
Daily treated to KOPI
Now gradually get CRAZY
Behind me say I LAZY.
Boss has no SYMPATHY
Work always must HURRY
Say I not enough BUSY
Often ask me do OT
Midnight go back by TAXI
TAXI surcharge KILLING ME
Now i pokai and NO MORE MONEY
Borrow from chettia kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE
Boy/girl-friend go STEADY
Serious,and then MARRY
Ceremony and PARTY
joker-friends give PANTY
No money sure no HONEY
10 months later be DADDY
Wife at GH birth a BABY
Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Go see God every thing hoping will JADI
Because MALAYSIA BOLEH. SEMUA JADI.

Terjumpa poem ni masa tengah buat assignment Bel. Dicedok daripada : liucalai.org

Monday 12 September 2011

Busylah..Sobs

Semalam, aku dah sampai UiTM Shah Alam. Cuti 4 bulan dah habis. Aduhai..

Sepanjang empat bulan ni, alhamdulillah blog aku dikunjungi ramai orang. Dulu, followers aku 89 orang je sebelum cuti, tapi sekarang dah masuk 500+. Alhamdulillah..

Ramai yang cakap blog aku best sebab aku banyak lukis-lukis. Haha. Yelah, cuti 4 bulan, takde kerje, pergilah lukis pakai paintkan. So,bila dah tak cuti, aku dah tak boleh nak selalu update blog. Dah tak boleh selalu nak blogwalking kat kawan-kawan bloggers. Dah tak boleh nak lukis-lukis kat paint pastu upload dekat blog. (Masa ni, aku tengah letak baldi kat bawah kerusi, sebab banjir menangis.)

So, mintak maaflah kepada semua readers yang setia membaca blog ni. Insya Allah, blog ni akan tetap akan di update dari masa ke semasa.

Sunday 11 September 2011

Petua Mengelakkan Warna Baju Pudar


Petua atau (pergh!!tua mengikut kamus bahasa keluaran Abby Fana, dj Sinar.FM tu,) untuk mengelakkan warna baju pudar tu senang je. Sebelum tu, petua ni penting jugaklah kan, sebab kita ni bukan selalu pergi shopping beli baju baru. Yelah, kerja pun tak, nuffnang pun lembap. Ngohngohngoh...

Oklkah, tanpa melengahkan masa lagi, kini, tibalah masa untuk kita mengetahui macam mana nak mengelakkan warna baju dari jadi pudar!! Jeng jeng jeng!!


Petuanya ialah,masa korang sidai baju, make sure terbalikkan baju korang tu. Ha.. Masa aku tingkatan berapa entah, warden masa tu, Cikgu Zaidi, siap pesan dekat kitorang masa inspection asrama, supaya menterbalikkan baju masa sidai. Maksud terbalik tu, bukan atas jadi bawah. Bukan begitu ye Cik Som oi!! Tapi, yang bahagian dalam baju tu, kita dedahkan. So, bahagian tu je yang expose dengan cahaya matahari .

Lagi? Aku tak tahulah ini kebutan ke, or memang betul. Masa aku guna sabun Kuat Harimau untuk basuh baju, baju aku lepas kering memang macam baju baru sebab colour dia terang. Ha? So, cubalah try. Huhu


Saturday 10 September 2011

Kesan Buruk Onani


Onani juga disebut sebagai kerok, cheng, atau masturbation dalam bahasa omputeh dan juga masturbação oleh orang portugis.

Kenapa tak boleh onani?

  • Cepat pancit. Orang yang selalu beronani akan cepat letih sebab time onani, banyak tenaga yang digunakan. So, macam contoh, baru kena jogging 20 meter, dah mengah. Tak pun, baru naik 5 anak tangga, dah pancit macam naik 30 anak tangga. 






  • Onani satu pembaziran. Sebab apa cepat letih? Sebab,  cikgu bio aku dulu pernah cakap, orang lelaki kena makan 40 pinggan nasi, baru dapat setitis darah. 40 titis darah, baru dapat menghasilkan setitis air mani. So, zat-zat yang korang makan tu, banyak terbuang masa korang onani. Tu yang cepat pancit.






  • Boboi korang akan jadi kecil sebab dekat dalam boboi korang tu, ada muscle yang function dia menguatkan dan menggalakkan tumbesaran boboi korang. Bila korang onano, eh, onani, muscle korang tu akan injured. Tu pasal boboi korang tak cukup size.







  • Ejakulasi pramatang. Mende tuh? Maksudnya, bila dah kahwin nanti, air mani akan terpancut lebih awal. Dalam setengah kes, air mani keluar sebelum melakukan hubungan seks lagi. So, isteri tak puas. Bila bini tak puas, tu yang tak sayang laki tu.






  • Cepat tua. Sesiapa yang start buat kerja ni dari umur 15 tahun, kemungkinan dalam umur 30 tahun, muka dia nampak macam 50 tahun. Benda ni start jadi masa umur korang dah nak masuk 30.






Kesimpulannya, tak payahlah nak buat benda tu. Tunggulah kahwin nanti. Sesungguhnya, biarlah akal di kepala korang yang control kepala boboi korang, bukan kepala boboi korang yang control akal korang.



SEGMEN SIMPLE : SAYA SUKA MAKAN. KORANG



(Klik gambar untuk join)


a. Namakan sekurang-kurangnya 5 Jenis Roti Canai yang terdapat di Malaysia.
Roti kosong, roti sardin, roti tisu, roti bom, rotip lanta

b. Namakan sekurang-kurangnya 3 Jenis Lauk Nasi Lemak yang terdapat di Malaysia.
sambal udang, sambal sotong, sambal limpa

c. Namakan sekurang-kurangnya 3 Jenis Burger yang terdapat di Malaysia.
Burger sayur, burger double special ayam, burger ikan

d. Nyatakan makanan dan minuman yang paling saya gemar dan beritahu kenapa.
suka makan pisang goreng sebab manis di dalam, rangupdi luar. cewah!! air, air kelapa, sebab boleh minum sambil pegang buah kelapa. 

Jom Join Segmen


Jom join segmen ni?

Contest istimewa Hari Raya Aldyshah.com



Aku join contest ni untuk menyokong member-member bloggers. As a blogger, we have to help and support each other. Betul tak? =)



Friday 9 September 2011

Scaling Gigi Dengan Mak Lampir


Korang pernah scaling gigi tak? Amende scaling gigi tuh? Scaling gigi tu macam korang buat service kereta. Nanti, doctor gigi yang buat scaling gigi korang tu akan periksa samada gigi korang rongak ke, lompang ke, berkarat ke, berterabur ke, ada jangkitan ke, ada kaviti ke.

Alah, mende ni sebenarnya kita buat masa dekat sekolah dulu. Dulu-dulu, masa sekolah, kan ada orang klinik pergigian datang naik van cokelat macam warna teh tarik tu. Lepas tu, yang keluar dari van tu, nurse-nurse yang kadang-kadang hot kalau korang bertuah tu. Haha.

Lepas tu, nanti, kita kena bawak kad rekod pergigian kita. Then, kena amik turn ikut kelas untuk periksa gigi. Masa periksa tu, dia suruh duduk atas kerusi menyandar tu. Lepas tu, dia suruh nganga. Ngaaaaa lah kau sampai habis dia periksa. (Tiba-tiba aku teringat scene Final Destination 2 yang dia pergi cek gigi tu. Haha).  



Masa periksa tu, dia bukak mulut kita pakai besi yang rasa dia payau-payau tu. Lepas tu, nanti, dia akan sebut kod gigi. Macam A-T-8-G-KE cheque!! Entah betul entah tidak kod gigi aku tu, aku main bedal je. Haha.

Kalau gigi korang berlubang, nanti dia akan tampal. Masa tampal ni, dia pergi gerudi gigi ko tu. Geg!geg!geg!geg! Lepas tu korang kena kumur, lepas tu, nanti dia gerudi geg!geg!geg! balik sampai siap. Nak lagi hardcore, diorang cabut gigi korang sebab korang takut sangat nak cabut sendiri. Diorang cabut pakai sepanar berdiameter 16 inci. Haha. Takdelah, diorang adalah apparatus diorang sendiri nak cabut gigi tu.

Tak pun, masa sekolah rendah, sehari sebelum orang klinik gigi datang, guru kelas pesan suruh bawak berus gigi pergi sekolah. Ini untuk memberus longkang sekolah bagi projek menceriakan kawasan sekolah. Haha. Ada pulak macam tu? Actually, guru kelas tu suruh bawak berus gigi, sebab esoknya nurse nak ajar macam mana nak berus gigi. Masa tu, nanti, dia bagi cawan stainless steel tu, lepas tu, dia letak ubat gigi, lepas tu nurse tu pegang model gigi besar gedabak tu, tunjukkan kat kita macam mana nak gosok gigi dengan betul iaitu dengan pergerakan ke atas dan ke bawah. Bukan ke kiri dan ke kanan ye adik-adik. Ha.. Manja gittew!! Kalau dapat nurse yang baiklah!! Kalau dapat yang nurse macam mak lampir, kalau tak bawak berus gigi je, dia rotan tangan kita pakai berus gigi dia yang besar gedabak tu. Haha. 



Lepas berus gigi, mesti dapat ubat gigi percuma. Tapi ubat gigi dia ciput je. Macam tak ikhlas je bagi. Patutnya, bagilah ubat gigi yang besar tu. Yang selalu, kalau kita beli ubat gigi saiz macam tu, dapat percuma pinggan free tu. Haha. Boleh jugak tahan lama, tak payah nak beli ubat gigi sebulan. Ceyh, banyak songeh!!

So, macam tu lah scaling gigi. Bezanya, dah takde van cokelat teh tarik nak datang dekat korang. Dah tak de kena bawak kad rekod pergigian masa perci scaling. Ha, semua buat sendiri.

Aku selalu buat scaling dekat Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam je. Senang, tak payah bayor. Selalunya, doctor gigi tu cuci plug aku je sebab gigi aku takde masalah sangat. Dia cuci plug gigi aku sambil memuji-muji gigiku yang kemas dan berkilauan bak mutiara ittew. (Wuek!! Muntah unggu) Haha.

So, bagi korang yang tak pernah buat scaling gigi, apa kata korang cuba? Alah, senang je, pergi dekat kaunter, cakap dekat situ, saya nak buat scaling gigi. Nanti dia bagi nombor, lepas tu,kalau dah sampai turn, masuk dalam bilik doctor gigi tu, lepas tu tahulah korang nak buat apa lepas tu. Selamat mencuba!!




Thursday 8 September 2011

Lelaki Lebih Comel Dengan Budak Kecik?


Cuba jawab soalan kat tajuk entry tu? Yeke? Hurm..

Hari tu, aku pergi rumah kawan aku, Shrek, dekat Far Far Away. Ceyh, takdelah, rumah Shrek ni dekat Taman Seremban Jaya je. Dalam rumah dia, ada anak buah dia, Aliff Zikri.





Aku memang tak reti layan budak. Sebab perangai aku pun macam budak-budak. Tapi, masa aku pergi rumah Shrek ni, Aliff Zikri ni mintak aku dukung dia, tapi aku tak reti nak dukung budak. Memang kena gelak je. Aku riba budak tu dalam lima saat je lepas tu letak bawah. Haha. Kekok gile.

JOM MENGUNDI : KETUPAT VS LEMANG, MANA LAGI SEDAP? 




Memori Buku Biodata






 
Semase zaman-zaman Friendster pun belumlah sefofular mane, dan sewaktu nak bukak internet pon pakai IE, dan juge sewaktu orang ketagih berchatting di mirc, rasenye, dialog-dialog seperti ini selalu diungkapkan :
"Marina, ko dah tulis ke belum buku biodata aku nih?" tak pon,
"Jojo, lepas ko siap biodata ko, pass kat aku pulak tau".
Ha..biase dengar kan? Fenomena fenomena buku biodata ni selalunye terjadi mase tengah habis peperiksaan akhir semesta di sekolah. Mase zaman saye dulu, sekolah rendah lah. Berebut rebut nak buat buku biodata. Majority nye perempuan. Lucky lucky pon ade jugak. Hee.
Selalunye, ade 2 jenis format yang digunekan untuk tulis biodata ni. Pertame, buat format macam resume. Contohnye, macam kat bawah ni :

 Biodata tersebut ditulis seperti resume. Yang berkaler oren tu, kategori. Contoh, name, umur, DOB(date of birth), tempat lahir, ucapan, kawan baik, kawan karib, kawan sejati(bape banyak kawan daa) dan sebagainye. Ade setengah tu, lagi over. Siap letak name musuh, tempat pelancongan kegemaran, name haiwan peliharaan, dan gaji bersih ibu bape. Ish ish ish..


 
Format kedua, buat macam karangan kertas peperiksaan bahasa melayu penulisan upsr. Die pegi buat dalam bentuk penceritaan. So, lagi nampak menarik la kan. Hurm, tak tau la. For me, the biodata will be more interesting in essei form. Boleh buat unsur unsur suspend. Cewah, macam la suspend habis. Haha.

Nak buat biodata ni pun boleh pecah pale tau, sebab kadang-kadang biodata ni dapat menilai tahap estetika sang empunye biodata.

Antare contoh yang digunekan untuk menggambarkan betape estetika nye penulis biodata ni, diorang gune huruf yang kejap-kejap besar, kejap-kejap kecik. Macam nih :
AkU dIlAhIrKaN dI aTaS kAtIl hOsPiTaL cHaNgKaT mElInTaNg.

Takpun, menggunekan huruf huruf yang fancy. Ha..ni standart la ni kan. Kejap kejap 'N' nye dah tercuek ke atas. Tak pon, 'Y" nye tetibe tercuek ke bawah. Fancy habis la tu.

Nak lagi struggle, tulis kat kertas lain, pastu, amik ubat nyamuk yang lingkar tu, pergi bakar tepi kertas tu. Pastu, pap!! Tampal lah kat buku biodata nuh.Ceeh..kalau macam ni nampak la ala-ala klasik gitu. Heh. Geli nye ayat aku.



Yang ni lagi kreatif. Die pegi buat susun silang kate. Ewah, macam tajuk lagu pulak. Die yang buat teke silang kate tu, die juge le yang carikan. Contoh, makanan kegemaran, ha..die tulis la, cekodok dengan care susunan huruf melintang. Pastu die gi la colourkan perkataan cekodok tu. Takpun, die pegi bulatkan pakai kaler magic warne oren ke, merah ke. Ha..

Kalau yang perempuan, suke sangat letak bunge bunge la. Pastu lukis lukis tuan puteri la. Pastu-pastu ade letak buble dialog, 'hai, name saye Tini!!'. Hadoih..haha.
-ha..macam ni la.ade pulak buat tuan puteri,siap buat bling bling lagi


Mungkin zaman tu bukan macam zaman sekarang. Ade Facebook, ade blogspot. Nak nak pulak mase tu handphone still jarang-jarang orang gune. So, kalau nak tepon je, pegi kat telefon umah tu, pastu bukak buku biodata. Ha.. Dah macam yellow pages jadinye. Yang tak shok nye, time gune tepon umah ni, ade je yang nak kaco. Hasad betul. Time time nak ayat budak perempuan name Idayu tu, tibe tibe abang datang pegi kaco. Datang pulak akak, bukan nak support kite, lagi die nak join kaco urusan kite nak menyembang ngan budak perempuan tu.

Mesti korang korang pon ade pernah buat buku biodata kan? Tak pun, tulis biodata sendiri kat buku orang lain? Ececeh..tak nak ngaku pulak die. Alah, cerite je la kat comments bawah ni ha. Haha.

Wednesday 7 September 2011

Gembira Dirompak

Semalam aku sempat beraya dekat rumah Palo",kawan aku, dekat Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, Asia Tenggara, Asia, Planet Bumi, Galaksi Bima Sakti dan bla bla bla.

Uwan Palo" ni ada bercerita pasal adik ipar dia kena rompak masa tengah angkat kain dekat luar rumah pukul 5 macam tu. Masa adik ipar dia tengah angkat kain,ada dua orang perompak naik motor, lepas tu letak parang dekat perut dia, lepas tu perompak tu cakap, kalau menjerit, dia buraikan perut. So, masa tu, adik ipar uwan tu pakai rantai.So,perompaktu ambil rantai.

Yang kelakarnya, lepas kena rompak, adik ipar uwan Palo" tu tak trauma apa-apa pun. Fobia pun tidak. Malah, suka dan bersemangat nak bercerita dia kena rompak. Yang dia suka sangat masa kena rompak tu bukan apa. Masatu,dia kan angkat kain kan. Dekat tangan dia ada gelang. Tapi,kain yang dia angkat tu cover gelang kat tangan dia tu. So, perompak tu nampak rantai je, tapi gelang tak nampak. Gamaknya, gelang tu beribu, rantai tu beratus je. Tu yang happy tu. Kalau dengan gelang-gelang perompak tu rembat, mau menangis 3 hari 3 malam gamaknya. Haha.


Tuesday 6 September 2011

The Roommates


Aku paling tak boleh tahan dengan roommate pengotor. Kalau roommate aku jenis bersepah, ok lagi. Kalau yang pengotor ni, memang mintak simpanglah. Ini pengalaman sebenar ok. Aku pernah dapat roommate yang malas gila nak basuh bekas magi. Ada sekali tu, masa cuti raya, aku memang nampak ada bekas magi yang roommate aku tinggalkan macam tu je, dia tak basuh. Kuah dia pun banyak lagi. Tak cukup dengan tuh, hah, air teh o bungkus pun dia biar je. Before aku balik rumah untuk nak raya, aku dah membebel dah, basuh bekas maggi tu. Buang air teh o tu. Tapi, bila 2 minggu lepas tu, aku datang bilik balik, (sila jangan teruskan baca jika anda seorang yang sensitive untuk mengelakkan anda muntah hitam) ada cicak mati sebab kepala dia terendam dalam kuah maggi tu. Lepas tu, air teh o tu dah jadi macam gam yang budak-budak hisap gam suka sedut tu. Grr!! 


Selain tu, roommate yang tak reti nak respect hak orang lain. Harta orang dia main sapu je. Kalau tinggalkan gel rambut atas meja, dia main pakai je gel rambut tu. Tak nak banyak pulak kan. Lepas tu, suka baring atas tilam orang. 


Kalau badan tu tak busuk, tak berpeluh, takpe lah. Ini, dengan badan berpeluh-peluh, dengan hapaknya, sesedap rasa je nak baring atas tilam orang. Ini pengalaman kawan aku, roommate dia baring atas tilam dia. Lepas tu, terus cabut comforter, masuk washing machine. Haha


Lagi? Roommate yang suka memekak pasang lagu kuat-kuat. Dahlah pasang masa orang nak tidor. Lagu, kalau lagu Mat Jais tu boleh terima lagi. Ini, pasang lagu Pit Bull yang gong gang gong gang tu. Kalau tak pun, pasang lagu jiwang karat, pastu pergi nyanyi. Grr!! Akademi Fantasia dah habislah weh, tak payahlah nak terhegeh-hegeh practice  nyanyi.


Ini pulak roommate idaman hati. Pertama, roommate yang suka share makanan dia. Roommate jenis ni selalu bawak makanan lepas tu, dia suka bagi makanan tu kat kita. Hehe.

Selain tu, roommate yang selalu kejut kita bangun pagi untuk sembahyang subuh. Personally, aku suka roommate yang kejut aku untuk sembayang subuh, sebab bila hidup aku dimulakan dengan sembahyang subuh, nanti timing aku untuk hari tu akan jadi manageable gila.

Roommate yang kelakar. Kalau roommate tu diam je, macam psycho je, nanti bosan pulak. Masuk bilik macam takde orang.

Hurm, mintak-mintaklah roommate aku semester ni ok. Amin.. 

Monday 5 September 2011

Lepas Raya


Dulu, masa puasa, berat badan under control babeh!! Lepas raya, berat badan mencanak-canak naik!!

Dulu, masa puasa, perut siap ada six pack, slim je. Lepas raya, dah makin maju kehadapan nampaknya.

Dulu, masa puasa, asal azan je pergi masjid. Asal azan je pergi surau. Memang muka suraulah!!  Sembahyang sunat pun tak tinggal. Lepas raya, dah nak masuk asar baru terkedek-kedek nak ambil air sembahyang untuk sembahyang zuhur.

Dulu, masa puasa, klinik dengan hospital penuh dengan budak-budak kudung tangan dengan jari sebab main mercun. Lepas raya, klinik dengan hospital penuh dengan pesakit darah tinggi dengan kencing manis.

(sorry,entry pendek sebab baru sampai rumah dari kampung. so, baru dapat online. huhu)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...