Sunday 23 October 2011

Live Performance

Aku tak tahulah apa yang aku dah buat.


Cerita dia macam ni. Aku memang dah lama dapat kesedaran yang suara aku memang tak sedap. So, setakat nak meronggeng dekat karoke tu jelah. Tapi, malam semalam, (Khamis malam) kawan aku dua orang ni,si Zahin dengan si Acap ni suruh aku join diorang buat show amal katanya untuk program Malam Penghayatan Islam Fakulti Undang-undang anjuran Law Society UiTM. Actually bukan show amal, cuma persembahan tempelan je. Very the over nak guna show amal weh, dah mengalahkan retis!! Haha

Kena nyanyi nasyid sebenarnya. Kitorang ambil lagu Sesungguhnya by Raihan untuk malam tu. Kitorang practice like satu malam je. Haha. So, memang kelam kabutlah. Dahlah kitorang masing-masing tak de experience mende mende macam tu. Haih..

Tapi benda tu satu pengalaman yang best jugaklah. Yalah, bila lagi nak perform live on stage kan? Mampuslah suara aku sumbang ke, ke laut ke, perghduli hape aku. Haha.

Tapi, masa tengah nyanyi tu,aku salah lirik. Aku main sembur je lirik tu. Tapi audience tak perasan pon. Nasib baiklah. Haha.

So, aku tak tahulah apa responds audience. Harapnya tak sakit telinga dengar kitorang nyanyi live on stage. Hahaha



Thursday 13 October 2011

Pengalaman Bersama Jerawat

Jerawat ni masalah biasa je bagi aku. Aku start ada jerawat masa aku tingkatan 5. Agak lambat di situ. Ramai member aku masa tu tumbuh jerawat masa diorang form 2 and form 3. So, masa aku form 2 dengan form 3 sampailah form 4, aku memang ada jugaklah perasaan bangga sebab muka aku takde jerawat. So, selalulah pinjam handphone kamera member aku yang paling canggih waktu tu, kamera 2 megapiksel, untuk aku bercamwhore ke sana sini sebab perasan muka aku hensem sangatlah kononnya tu pun.

(Gambar camwhore perasan hensem sebab jerawat tak tumbuh lagi. Haha. Penat woh geledah myspace cari gambar ni. Haha)

Tapi, waktu masuk je tingkatan 5, dah jerawat start naik. Masa ni, jerawat aku mula tumbuh dekat area hidung. Memang hidung aku tu dah macam kawasan penempatan setinggan untuk jerawat dah aku tengok. Kalau selesema tu, memanglah seksa weh. Sebab bila kita selesema, kenalah selalu hembus hingus kan sebab nanti tersumbat. Tapi, time nak hembus tu, sakit, sebab kita kan picit hidung masa hembus hingus kan. Ha.. Aku start  ada jerawat sebab masa tu nak pikir SPM, trial SPM lagi, nak planning fly (panjat pagar) malam-malam lagi. Ha.. Stress gamaknya, tu yang tumbuh jerawat tu. Haha

Masa first tumbuh jerawat tu, aku macam teringin nak guna Oxy.

So,aku pau Oxy kawan aku, Paan. Paan ni cakap, kalau masa aku sapu Oxy tu, kulit aku pedih, jangan pakai. Pastu bila aku letak Oxy tu, dia rasa pedih. So, lepas tu straight dah tak guna terus. Jangan kata Oxy, semua jenis facial wash aku tak pernah guna. Sebab aku confident gila yang jerawat aku takkan jadi seteruk mana.

Masa cuti nak tunggu result SPM, kawan aku suggest pakai Seba Meth. Sabun buku tu. Sebab jerawat aku makin teruk weh. Tapi macam tak efektif langsung sabun tu. 13 ringgit kot. Haha. Lepas tu, masa asasi, aku pakai PH 5.5. Pun, result dia tetap sama. Lepas tu, ada sekali tu, aku pergi kedai Pengkalan Iman. Kedai runcit bawah Malinja(kolej kediaman dekat UiTM Kedah) tu. Time tu aku nak beli PH5.5 tapi tak cukup duit. Lepas tu, nampak Biore yang harga dia RM5.50 je masa tu. So, aku pun belilah Biore tu.



Sejak dari tu, alhamdulillah, muka aku ok sikitlah. Bukan sebab Biore tu, tapi sebab itu semua kan kerja Allah. Memang, aku pakai Biore, tapi, memakai Biore tu just usaha kita je, tapi, kita kena berserah sepenuhnya pada Allah jugak. Sebab ada orang bagitahu aku, kita ni, kadang-kadang apa yang kita dah usahakan dan doakan kadang-kadang tak dapat sebab masa kita nak doa tu, kita tak betul-betul bertawakal pada Allah. Kita lebih mengharapkan kuasa lain daripada kuasa Allah.

Sekarang, aku rasa dah setahun aku tak pakai facial wash apa-apa. Sebab, masa awal semester 3 dulu, aku pergi gatal tukar facial wash. Dulu, pakai Biore, lepas tu, gedik nak tukar Ganier. Konon-konon nak muka macam ala-ala Fahrin Ahmad.


 Puih!! Hahaha. Last-last, bila aku pakai Garnier tu, jerawat tumbuh banyak gila. Sumpah sakit kot. Aku guna dua kali je, lepas tu taubat tak nak guna dah. Haha.

So, aku tak pakai apa-apa. Just amik air sembahyang je. Lepas tu, berdoa semoga jerawat aku hilang lepas tu doa muka aku jadi hensem. Hehe. Aku selalu jugak Google tips menghilangkan jerawat. Yang aku pernah try, pakai asam jawa. Tapi kejap je. Sebab aku beli asam jawa tu, pastu simpan dalam locker, lepas tu habis baju-baju aku bau asam jawa. Lepas tu, asam jawa tu pulak macam dah lemau sebab tak simpan betul-betul. Haha.

Kesimpulannya, lantaklah orang nak kutuk kita ada jerawat ke, kita ni bepop ke, pastu diorang tanya kita ada mayonis ke, sebab jerawat tu kan ada lendir-lendir putih yang konon macam mayonis tu kan.


 Yang penting, kita kena confidence dengan diri kita adn yakin dan berdoa semoga jerawat kita akan hilang suatu hari nanti.



Sunday 9 October 2011

Ketahui Apakah Yang Akan Di Post Oleh Bloggers Pada 16 Oktober!!



 Jom klik gambar di atas untuk mengetahui lebih lanjut.

Jom Terjah Blog Newbie

sila klik gambar ini untuk join 


Entry terbaik (terbaik ke?) :  Kesan Buruk Onani

Macam mana nak join segmen ni?
Segmen ini menuntut:
  • Post 1 entry bertajuk "Jom Terjah Blog Newbie"
  • Letakkan banner segmen diatas.
  • Dalam entry nyatakan entry terbaik korang pernah hasilkan
  • kemudian post url/link entry dalam ruangan komen entry ni

Blog akan dipromote bila:
  • mempunyai entry terbaik yang menarik + surprise
  • jumlah komen yang banyak pada entry tersebut + surprise
  • 5 peserta terawal + surprise
Yang penting aku tak sabar nak promote blog korang hehe. Adakah ia bakal mengulang sejarah?


Saturday 8 October 2011

Dilanggar Kelekatu

Semalam aku sempat pergi makan dekat JJ Bukit Raja, Klang dengan kawan aku yang kena jadi single 3 hari 2 malam, Afiq dengan Freeyn. Tak dilupakan jugak, kawan aku yang lagi sorang, yang dah lama tak balik Kampung Temin Sungai Siput, Perak, Apan.

Lepas kitorang makan, masa berjalan kaki nak pergi parking kereta, standartlah kau borak-borak dengan member-member kau kan. Sekali masa aku tengah bercakap ngok-ngekngok ngek tu kan, ada kelekatu langgar masuk dalam mulut aku. Iyew!!

Ptuih!!Ptuih!!Ptuih!! Aku ludah lah balik. Bongek punya kelekatu. Mabuk ke ape? Kelekatu tu tak nampak ke mulut aku yang tengah nganga sebab rancak berborak tu? Nasib baik dia tak masuk dalam anak tekak. Kalau tak naya cek.




Oklah, sebelum korang habiskan baca post ni, aku nak tanya korang satu soalan. Masa haritu, kawan roommate aku cakap, kelekatu tu, asalnya dari anai-anai. Betul ke?  





Thursday 6 October 2011

Steve Job Meninggal Dunia


Confirmed: Steve Jobs Has Passed Away


Apple has confirmed that Steve Jobs has passed away:
“We are deeply saddened to announce that Steve Jobs passed away today.
Steve’s brilliance, passion and energy were the source of countless innovations that enrich and improve all of our lives. The world is immeasurably better because of Steve.
His greatest love was for his wife, Laurene, and his family. Our hearts go out to them and to all who were touched by his extraordinary gifts,” the company said in a press release.
FORBES editors and staffers recently sat down to discuss what they believe were pivotal moments in the life and career of Steve Jobs. You can find the video compilation below
.

Source : Forbes

Cyber Squatters


Cybersquatters ni antara assignment aku dalam kelas cyber law. Amende cyber squatters ni? Cyber squatters ni,diorang beli nama domain trademarks. Contohnya, adidas takde domain sendiri. Lepas tu, sebelum adidas register domain diorang, aku dah register awal-awal domain www.adidas.com. So, orang yang online yang nak tengok kasut, baju or sweater adidas akan di directkan ke domain www.adidas.com. yang didaftarkan oleh aku, bukan pihak adidas sendiri. Kiranya, akulah cyber squatters tu.

Cyber squatters ni buat kerja macam ni sebab nak dapat untung. Contohnya, bila aku dah buat domain adidas tu, confirm-confirmlah semua orang akan ingat www.adidas.com tu memang adidas yang punya. So, nak tak nak, adidas kena beli domain adidas tu kat aku kalau diorang nak domain tu. Lepas tu, cybersquatters boleh jugak dapat untung dengan cara directkan domain tu ke domain pesaing jenama. Contohnya, aku buat domain www.adidas.com, tapi, dalam www.adidas.com tu, dia divertkan ke nike.com or puma.com. So, rugilah adidas.
*gile bosan entry ni..

Muka Kau Nerd Kau Looser


Kejadian Pertama
Lokasi : Pelita Dataran Ipoh

Masa tu aku lepak dengan dua orang old boys sekolah aku. Masa tu baru lepas kemas-kemas untuk program old boys weekend, so, malam tu, diorang ajak aku dengan dua orang kawan aku pergi makan sekali dengan old boys yang lain. Masa tengah makan roti kosong tu, brader tu bagi tau aku. Kau ni aku tengok muka sama macam dia tu (sambil tangan tunjuk dekat seorang lagi old boy yang tengah borak dekat meja seberang). Dia tu masa sekolah, muka nerd je, tapi sekarang business dia boleh tahan kencang jugaklah. Masa tu, aku senyum jelah. Lepas tu aku terus tukar topik. Tapi dalam hati, macam down jugaklah, nerd sangat ke muka aku ni? Tapi, lepas malam tu, kalau aku tangkap gambar, mesti aku bukak cermin mata. Konon tak boleh terima kenyataan yang muka aku memang nerd. Tapi nak jugak salahkan cermin mata. Kiranya, cermin matalah punca muka aku jadi nerd. Haha

Kejadian Kedua
Lokasi : Somewhere in Sungai Petani Kedah.

^&$$lah kau!! Perangai tak sama dengan muka langsung. Tengok muka macam nerd je.Tapi perangai tak menonjolkan ciri-ciri nerd sejati pun.

Kejadian Ketiga
Lokasi : Somewhere in Shah Alam
Muka kau ni tak macam budak law langsung. Muka ko ni stok budak medic je weh.

Kejadian Keempat
Lokasi : Somewhere in Perindu
Ko tau, semalam, masa ko kena panggil kat depan, kawan aku cakap muka kau skema gila.

Hurm, macam itulah nasib aku. Orang asyik cop aku budak nerd je sebab diorang judge aku based on muka aku. Masa mula-mula, rasa rendah diri jugak, tapi, lama-lama, aku rasa, ok je.Apa salahnya kalau muka nerd? Ramai je orang nak kawan dengan aku. Hee.










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...