Thursday 23 July 2009

The 100th Post

This is my 100th post!!
Finally!!

Juat wanna say thanks to :
people who read my blog,
my blog's followers,
people who drop comments

Monday 20 July 2009

Sindrom Cerai Ekspress


Pertambahan Kes Cerai tahun 2008

“Sepanjang 2008, saya menerima kehadiran atau panggilan untuk kaunseling lebih 100 pasangan yang mahu berpisah walaupun berkahwin belum sampai setahun. Lebih menggerunkan, ada yang mahu membunuh diri dan semua kes berlaku di Lembah Klang.

“Sepanjang dua bulan pertama tahun ini pula, saya terima aduan daripada hampir 50 pasangan yang berdepan masalah sama,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah ketika mengulas insiden ‘cerai ekspres’ pemain badminton negara, Roslin Hashim, 34, yang menceraikan isterinya, Faizah Mohamad, 32, hanya selepas 12 hari bernikah. Kenyataan Fadzilah jelas menunjukkan insiden ‘cerai ekspres’ seperti Roslin bukan kes terpencil kerana ia turut membabitkan banyak pasangan pengantin baru lain, namun tidak diketahui umum kerana mereka bukan selebriti atau orang terkenal.

“Bagi saya, perkara itu menakutkan kerana semuanya baru melangkah ke alam perkahwinan,” katanya. Beliau turut tidak menafikan beberapa artis mendapatkan kaunseling daripadanya berkaitan masalah rumah tangga, hubungan dengan mentua dan pelbagai lagi berkaitan perkahwinan, tetapi enggan mendedahkan identiti mereka. Menurut Fadzilah, artis juga manusia biasa serta tidak terlepas daripada kesalahan atau kesilapan dan perlu diberi peluang seperti individu lain untuk meneruskan hidup masing-masing.

Punca-Punca Perceraian:
Tidak Mendapat Restu Ibu Bapa.
“Ramai juga mendapatkan khidmat kaunseling daripada saya dan masalahnya membabitkan keredaan ibu bapa dan mentua, persekitaran dan pelbagai lagi. “Syukur kerana mereka tekun mengikuti apa yang saya cadangkan dan melakukannya kerana mahu menyelamatkan atau memastikan perkahwinan serta rumah tangga sentiasa dalam rukun damai,” katanya.

Beliau berkata, apabila pasangan menganggap perkahwinan itu sesuatu yang mudah, lebih mudah untuk mereka berpisah. “Satu lagi perkara yang sering tidak diambil perhatian oleh pasangan ketika berkahwin ialah restu ibu bapa. Kajian mendapati 80 peratus daripada kadar perceraian di Lembah Klang berpunca daripada perkara itu,” katanya. Menurutnya lagi, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Reda Allah SWT daripada ibu bapa.”

“Kerana itu, setiap pasangan digalak mendapatkan restu atau keredaan ibu bapa sebelum berkahwin,” katanya.

Tidak Matang.
Selain itu, antara punca pasangan bercerai dalam tempoh singkat ialah kegagalan mendewasakan diri, di mana ada yang masih berperangai seperti ketika bujang, selain gagal atau tidak mahu memahami tanggung jawab sebagai suami atau isteri.
Ada kalanya mereka seolah-olah terlupa sudah menjadi menantu orang dan tidak sensitif dengan persekitaran. Contohnya, bertengkar semata-mata mahu menetapkan beraya di kampung siapa, sedangkan ia perkara remeh yang boleh diselesaikan dengan mudah.

Campur tangan mertua.
Selain itu, katanya, perceraian boleh berlaku apabila mentua gemar masuk campur dalam hal rumah tangga anak mereka walaupun tidak perlu melakukannya. “Mentua digalakkan masuk campur jika anak mereka dipersia-siakan atau berlaku perkara yang boleh mendatangkan kecederaan.

“Setakat hanya pertengkaran kecil, tidak perlu masuk campur. Beri saja nasihat dengan cara baik dan bukan mengarah menantu melakukan itu atau ini tanpa menyedari ia lebih banyak mendatangkan keburukan,” katanya.

Berfikir Panjang Sebelum Berkahwin.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, perkahwinan bukan boleh dipermainkan kerana ia membabitkan kepentingan banyak pihak dan pelbagai lagi situasi mendatang yang tidak diketahui.

“Oleh itu, jika mahu berkahwin, pasangan dinasihatkan berfikir panjang dan tidak terburu-buru kerana institusi rumah tangga itu konsepnya untuk sepanjang hayat dan bukan suka-suka diruntuhkan,” katanya. Beliau berpandangan bahawa setiap pasangan perlu mengenali hati budi pasangan masing-masing dan jika dari awal lagi tiada persefahaman, perkahwinan tidak perlu diteruskan. “Perkahwinan untuk sepanjang hayat dan itulah konsepnya yang sebenar. Jika tidak dapat mencapai persefahaman dari awal hubungan, lebih baik perkahwinan tidak diteruskan kerana bimbang berlaku perceraian,” katanya.

Sebab-sebab Dibolehkan Bercerai:
Menurut Mufti Selangor itu lagi, bukan mudah melafazkan cerai kerana perlu ada beberapa perkara membabitkan suami atau isteri yang membolehkan ia dilakukan, antaranya:
- Tiga perkara yang membolehkan suami menceraikan isteri tetapi selepas ia disahkan iaitu gila, berpenyakit sopak serta kusta dan ia hanya diketahui selepas pernikahan. Jika sebelum bernikah bakal suami baru mengetahui perkara terbabit, seelok-eloknya perkahwinan dibatalkan.

- Dua perkara yang membolehkan isteri menuntut fasakh daripada suami pula ialah mati pucuk serta terpotong kemaluan. Bagi mati pucuk, fasakh boleh dituntut selepas setahun suami berubat tetapi gagal pulih kejantanannya.

- Ada dua lagi sebab yang khas membabitkan isteri membolehkan suami menuntut fasakh iaitu kemaluan wanita berkenaan tersumbat dengan daging atau tersumbat dengan tulang,” katanya.

Panduan Mencari Isteri.
Mohd Tamyes turut memberi panduan mengikut syarak bagi lelaki mencari isteri seperti wajah wanita berkenaan, tapak tangan, keturunan serta agama.

- Menurut beliau, wajah yang cantik pada pandangan seseorang lelaki itu menggambarkan keseluruhan fizikal wanita berkenaan, manakala tapak tangan jika bersih dan gebu pula menunjukkan kesuburan atau kesihatan.

- Selepas itu, lihat keturunannya sama ada baik atau sebaliknya dan yang akhir.

- Pastikan wanita itu memiliki ilmu agama yang baik kerana agama mampu menjadi perisai kepada perkara keji dan mungkar.

- Mungkin sukar menemui empat perkara itu dalam diri setiap wanita yang mahu dijadikan isteri tetapi jika terlalu sukar, lelaki digalakkan mencari yang beragama kerana ia paling penting.

- Sama juga pada wanita yang mencari calon suami, di mana mereka perlu memastikan lelaki itu bertanggungjawab, beriman, taat pada ibu bapa dan pelbagai lagi.

Dipetik daripada- myMetro Oleh NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN

Sunday 19 July 2009

of English subject and free nasik lemak


Dari hari tu lagi...
Muin suruh aku ajar die pasal Bel311.

Muin ni member aku.budak diploma sains kuantitatif..die, ngan yang lain2; amir,miji,remey,pendi,chock,parih,ajey,ayie ni semue member2 aku yang kelantan pure kat uitm kedah ni ha.

Aku bukan la nak buat general assumption yang mane, kalau budak kelantan jerk, diorang lemah English, ramai budak2 negeri lain pun samer..

Muin and the geng ni selalu mintak tolong aku kalau ade problems untuk buat assignment subject BEl..memandangkan diorang ni sangat lemah English..since aku ni budak prelaw yang paling kamcheng dengan diorang, so aku je la yang tolong ajar diorang buat assignment.(pade diorang, expactation pade budak2 prelaw ni,budak2 prelaw memang gempak bab2 english ni)

Aku bangge dengan diorang. Even diorang still tak boleh bezakan maksud effects dengan precautions, tapi diorang ade inisiatif sendiri nak belajar subjek english ni.maksud aku,diorang cari aku la suruh aku ajar diorang.ntah la.aku macam kagum dengan diorang sebab keinginan diorang nak majukan diri sendiri tu memang berkobar kobar.memang jelas terpancar dari sinar mate diorang.haha

Bukan macam setengah orang.Dah tak tahu, biar macam tu jerk. Bukan nak usehe.Kalau kite memang nak something,banyak la usehenye,kalau dasar memang dah malas or tak nak,banyak la reason nyer..

Lepas dah habis ajar diorang, yang best nyer, aku dapat free due ketul nasik lemak ngan air sprite.hehe..ha..ni satu lagi yang aku puji sal diorang..bukan la aku nak mengharapkan sangat nasik lemak ngan air sprite tu, tapi care diorang menghargai and mengucapkan terime kasih tu memang best. even diorang ngan aku member2 jerk, tapi sebab nak menghargai usehe aku ajar diorang malam semalam, macam aku ni lecturer yang dah ajar diorang satu sem pulak..
huhu

Kesimpulannyer, kerajaan Malaysia memang kene creates more effective programs tok majukan lagi proficiency English among Malaysian students.Tak kisah la budak melayu ke cine ke india ke or iban ke...Sebab masih ramai lagi yang bile dah habis sekolah, even diorang belajar science and math dalam english, still tak boleh nak bezekan 'He is' dengan 'he was'....

Thursday 16 July 2009

Minat

  • sekarang, aku nak bercakap pasal minat pulak..huhu

  • tadi,sebelum 12,aku n member2 pl3b yang lain memang all out buat final draft bel 342.subject yang memang menyeksekan.memang menderite giler buat assignment die.

  • aku tak salahkan lecturer kitorang yang bername madam ho chui chui @ wife kepade mr wong economy tu..memang la die giler2 punyer particular and cerewet..tapi for our own benefits jugak...nanti..kalau dah habis foundation ni,kalau nak buat academic writing yang betul2 time degree or master or phd,senang,cos memang dalam acedemic writing demands you to be so damned particular and precise.

  • tapi aku memang tak minat subject ni.bile aku dah tak minat,aku memang malas nak buat.bile aku dah malas nak buat,memang aku dah tak kisah,markah dapat sikit pun tak per.so,time aku dapat markah 2 untuk outline haritu, memang aku tak kisah.huhu..yang final draft and overall mark untuk academic writing ni pun aku tak kisah dapat sikit..tapi jangan sampai fail la kan..ha..

  • tapi kalau dah minat, banyak mane pun kerje yang kene buat, or banyak mane pun bende yang kene hafal,aku tak kisah sebab memang dah aku minat bende tu.macam subject contemporary global issue or mtc088.memang tiap2 minggu kene buat presentation and essay.sources pulak kene carik sendiri.notes,memang tak boleh pakai.tapi aku tak kisah nak menghabiskan mase berjam2 pg cari sources,tanye senior,habiskan duit print sources banyak2,and present 1 topic depan class or tulis satu essay tentang satu2 issue since aku memang minat bende tu.same jugak dengan intro. to law III or mtc087.memang banyak giler kes nak hafal,kalau tak silap mencecah seratus jugak since malaysian law practices binding precedent.especially dalam tort.memang sanggup mengorbankan mase berfoye2 semate2 nak hafal cases, defences and all that.huhu

  • bende ni sebenarnye dah lame dah,since aku kat sekolah lagi. frankly saying, i hate add math so much.sorry mr young but that is the truth that i cannot deny. aku pernah lulus 2 kali jer.sekali time first ujian selaras dengan markah 50/100 and sekali time spm.uish,tak sangke giler dapat B4.haha.exam lain,sume fail dengan markah tak lebih dari 30.tapi aku tak kisah.dah memang aku tak minat,pergi la mampus kan.haha.time udin kutuk2 aku sal add math mark aku yang teruk giler tu pon aku tak kisah.haha.tapi kesian kat mr. young,die dah la struggle giler mengajar and concern giler tentang murid2 die.huhu.i love you mr young!!i love the other teachers too!!jangan risau..huhuhu

  • all in all,aku memang susah nak buat something yang aku tak minat tapi kalau dah minat aku memang sangat2 bagi komitmen kat bende tu.huhu

Tuesday 14 July 2009

Bukan Tak Puas Hati...



For me, I believe that funny things can only happen naturally. It is not something that you can force. Kalau nak tarik perhatian other people toward you, dengan melakukan funny things or aksi2 yang belum tentu boleh buat orang ketawe, and you sendiri pon belum tentu akan rase happy bile tengok, better jangan buat la.Buat malu kat diri sendiri jerk...and orang pon akan boring and disgust dengan you.. Kalau time you tengah konon2 nyer nak buat joke, or whatever you think it is funny, then orang2 sekeliling you tak gelak pon, or maybe they try hardly to laugh, that's mean your words or your actions at that time is not funny at all,okay.. pastu, bile dah nampak orang2 sekeliling you tak enjoy dengan lawak2 you yang hampeh tu, tak payah la nak pakse2 dorang suruh ketawe..and jangan la marah kat orang yang tak ketawe tu..as I said before, funny things can only happen naturally...

*sebab tu sifu dan tongga tu cerite taraf sampah, sebab lawak die tak lawak langsung and lawak die syok sendiri and lawak die memakse2 audience tok gelak...





Monday 6 July 2009

Kecik

Yer!!!! aku memang sedar diri..
Aku ni bukan la setinggi maner..
kalau tak silap aku..las aku cek,tinggi aku 1.62meter jerk..
tapi,aku tak kisah pon aku tak tinggi..
cube bace berite kat bawah ni ha...
huhu
DENGAN ketinggian kira-kira 61 sentimeter, Khagendra Thapa Magar hanya perlu menunggu empat bulan lagi untuk diisytiharkan sebagai lelaki paling kerdil di dunia.

DENGAN ketinggian kira-kira 61 sentimeter, Khagendra Thapa Magar hanya perlu menunggu empat bulan lagi untuk diisytiharkan sebagai lelaki paling kerdil di dunia.

Tidak sabar-sabar menanti hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18 Oktober depan, Khagendra dan keluarganya sudah menjalin hubungan dengan Guinness untuk mengambil alih secara rasmi gelaran itu daripada He Ping Ping dari China yang setinggi 74 sentimeter.

Bagaimanapun, Khagendra yang seberat 4.54 kilogram seolah-olah sudah menjadi selebriti di negara kelahirannya, Nepal.


Tokoh politik turut ghairah untuk melihat Khagendra diiktiraf sebagai lelaki paling kerdil di dunia. Penduduk kampungnya pula menggelarnya ‘Buddha kecil’.

Dia dilahirkan 17 tahun lalu di daerah Baglung, 200 kilometer dari Kathmandu, ibu negara Nepal. Sejak kecil lagi keluarganya dapat berasakan dia akan menjadi terkenal dan berjaya dalam hidup walaupun kerdil.

“Ketika dilahirkan, beratnya hanya 600 gram,” kata ibunya, Dhana Maya Thapa Magar, 33.

“Ia seperti melihat anak ayam yang keluar dari telur yang baru menetas. Saya mengaku pada mulanya saya malu dan tidak mahu keluar rumah. Namun kini hanya kebanggaan yang tersemat di hati saya dan begitu mengharapkan dia dinamakan lelaki paling kerdil di dunia.”

Walaupun punca kekerdilannya tidak pernah disahkan secara perubatan, namun doktor di Nepal yang memeriksa Khagendra percaya ia disebabkan oleh kelenjar pituitari yang tidak berfungsi. Jika tidak kerana masalah itu, dia dianggap sihat.

Sementara itu, keluarganya mewujudkan Yayasan Khagendra Thapa Magar untuk mempromosi usahanya bagi diisytiharkan lelaki paling kerdil di dunia.

“Dia sudah terkenal di seluruh Nepal dan India,” kata bapanya, Rupp Abrader Thana Magyar, 36.

“Dia menyertai kumpulan tarian dan menjelajah ke beberapa tempat supaya orang boleh melihatnya. Dia melakukannya beberapa kali setahun dan kini kami berharap dia akan disahkan sebagai lelaki paling kerdil.”

Menurut ibu bapanya, Khagendra berhenti membesar tahun lalu dan mereka menjangka ketinggiannya akan kekal seperti sekarang.

“Walaupun dia kecil, kami tetap bangga dengannya,” kata Rupp.

Jika dia mengambil alih gelaran itu, Khagendra akan menggantikan tempat Ping Ping yang kini berusia 20 tahun dan menetap di wilayah Guade, China.

Khagendra memohon kepada Guinness pada 2006 ketika dia berusia 14 tahun, tetapi permohonannya ditolak kerana masih di bawah umur.

“Kami sudah menanti tiga setengah tahun. Hanya tinggal empat bulan sebelum impian itu tercapai. Ketika menemui Menteri Luar, Sujata Koirala baru-baru ini, dia berjanji untuk menyokong hasrat kami,” kata Rupp.

Khagendra yang menghadapi masalah untuk bersandar, baru-baru ini memasuki tadika di kampungnya untuk belajar menulis dan membaca.

“Saya tinggal di sekolah dan belajar lima hari seminggu. Pada hujung minggu, saya pulang ke kedai buah-buahan ayah saya di Pokhara dan membantu mereka berniaga,” kata Khagendra.

Mengenai kegemarannya, Khagendra berkata, dia minat menonton rancangan karate di televisyen ketika di rumah dan menanam impian untuk menjadi penari paling terkenal di dunia sedikit masa lagi.

Sejak mula mendapat tumpuan hampir empat tahun lalu, dia terbabit dengan pelbagai publisiti yang bertujuan mendapat pengiktirafan rasmi daripada Guinness.

“Sebaik saja saya dinobatkan sebagai lelaki paling kerdil, saya akan dapat memenuhi impian untuk melawat Amerika Syarikat. Saya boleh pamerkan tarian saya dan juga tunjukkan kecekapan saya dalam karate,” kata Khagendra.

Walaupun perkembangan mentalnya tidak sama dengan rakan seusianya, Khagendra masih mempunyai perasaan terhadap gadis cantik.

“Satu daripada perkara yang paling menyeronokkan ketika mengikuti kumpulan tarian ialah saya boleh melihat gadis di Kathmandu.

“Mereka sungguh cantik dan pakaian mereka juga jauh berbeza dengan pakain gadis di kampung saya,” katanya.

Sunday 5 July 2009

MUET....Penentu Mase Depan


  • Result MUET yang menentukan aku boleh sambung degree law ke tak....
  • Most probably keluar tengah bulan july ni...
  • Haih..risau giler...

Wednesday 1 July 2009

Uncle, Saye Melayu Lah...

Petang kelmarin....aku,dengan zul pergi keluar cs...nak usyar transformers:revenge of the fallen...kitorang tumpang mock yang membawe kerete kembare yang dipinjam dari vee...yang juge disertai oleh tsaza aka awek mock n khairi..pastu diorang drop aku n zul kat BSN depan SP Plaza tu sebab kalau nak suruh diorang tunggu mcm lame pulak..

Then,aku ngan zul masuk dalam bank.Sementare aku tunggu zul yang tengah nak draw duit,aku pg la duduk kat kerusi yang bank dah letak tu...Mase tengah tunggu tu,ade unclu echinese ni die pergi tegur aku dalam bahase cina(tak tau la pulak mandarin ke,kantonis ke).aku memang langsung tak paham ape die cakap.haha

lepas tu,aku cakap kat uncle tu,"saye melayu"..tapi die mcm buat tak dengar jerk...tanpe mengendahkan ape yang aku bagitahu kat die, uncle to tab lutut aku,pastu cakap lagi dalam bahase cine.adoiyai..dalam pale aku time tu..ade due bende jerk...uncle ni memang tak paham bahase melayu or die ni ade penyakit mental...die sakit mental lepastu nanti maybe die keluarkan pisau,pastu jadikan aku as umpan,pastu suruh kerani kat bank tu bagi duit,kalau tak die bunuh aku.argh!!jangan!!2.nanti senang2 jerk die gunekan section 84, defence of unsoundness mind kat court tok bela diri...lepastu hidup bahagie kat hospital bahagie..aku pulak mati sie2 jerk..tidak!!2...

lepas tu aku cakap dalam nada yang jelas,"uncle saye tak paham bahase cine,saye melayu".pastu aku pause kejap,tengok reaction die.kalau die tak paham jugak and keep talking to me in chinese language,memang aku dah nak lari dah.nasib baik die paham..haih..lepas tu mintak maaf kat aku since die ingat aku ni chinese.

adeyh....muke aku ni memang macam chinese sangat ke aper?aku tengok tak chinese mane pon..mcm melayu biase jerk....tapi ade la sikit2 kot..haha..ye la..nenek sebelah mak aku memang asal dari tanah besar cina...ha..time world war 2,parent kepade nenek aku ni datang tanah melayu..tapi,lepas jepun datang,parent nenek aku terpakse pergi balik tanah besar cina balik sebab jepun kan memang tak suke orang cine...tapi,nenek aku tak ikut balik china.lepas tu nenek aku jadi anak angkat kat satu family melayu..so,nenek aku pon dah kire macam melayu jugak la..pastu nenek aku kahwin dengan atuk aku yang berdarah minang dari suku selemak..ha..kirenye mak aku aku mix chinese dengan minang la..hahaha..gile rare la!!so,mak aku ade jugak la darah chinese tu..pastu mak aku kahwin dengan bapak aku yang memang beyond reasonable doubt yang abah aku orang melayu.haha.so..dapat la aku..aku rase sebab tu la kot uncle tu ingat aku chinese sampai selambe jerk tegur aku dalam bahase cine.huhu.setakat "ni chi bao le ma?" tu aku paham la.haha.ni tak.ntah aper die cakap ntah.haha



muke aku yang memang melayu.hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...