Monday, 22 August 2011

Rumah Yang Tak Ada Kuih Raya

Aku ni kira golongan-golongan generasi zaman Safee Sali. Kiranya, golongan-golongan budak-budak muda remaja zaman sekaranglah kan. Aiceyh!! Tapi, kalau bab kuih raya ni, aku lagi prefer kuih-kuih old school. Paling favorite, bahulu. Tapi, bahulu zaman Safee Ali ni tak best sangat makan sebab masak dalam oven. Kalau masak pakai kayu ranting rambutan, setengah-setengah bahagian bahulu tu ada yang hangus-hangus, ada yang tak berapa nak masak semua. Bahagian tu yang buat bahulu tu special dan tak bosan bila makan.

Melalui kajian dan penyelidikan terperinci aku, aku tengok, orang yang datang hari raya ni, bukan nak makan sangat kuih-kuih raya moden ni. Yelah, rasa lebih kurang je. Lepas tu, pergi mana-mana rumah, itu jelah kuihnya.So, muak. Last-last, tuan rumah jugak yang jadi tukang habis kuih raya tu bila tengok tv. Haha. So, kalau akulah tuan rumah tu, aku takkan hidang orang datang raya dengan kuih. Nak tau aku hidang apa?

1. Jambu air!! Yang warna pink tu bukan hidung aku, tapi itulah jambu airnya. Haha. Yang hitam tu, kicap, lepas tu, yang ada bling-bling hijau dengan merah tu, cabai burung. Haha. Yang putih tu? Yang putih tu pulak gula. Ha.. Sambil bercerita masa bertandang rumah orang, memang tak sedar dah seguni jambu air dah telan. Confirm, nak-nak pulak kalau jambu air dia fresh. Wahaha.




2. Keropok!! Ini bukan keropok twisties or keropok jajan tu. Ada ke nak bagi benda tu time raya kan? Haha. Ini, keropok ikan tu. Yang makan keluar bunyi gruk grak gruk grak tu. Keropok ni kalau cicah sos cili memang walaweh!! Sambil bercerita pasal anak nak kahwin lepas raya bagai sambil makan keropok.Ha.. Yang keropok perisa kopi tu, kalau korang tak reti goreng keropok macam aku, sampai keropok tu hangus sampai bontot kuali dengan keropok dah tak ada beza. Kalau korang nak keropok yang lain-lain pun ada jugak. Macam keropok monny!! Jom tengok iklan dia kat bawah ni sambil mennyanyi sekali?? Mari?? Alah, jomlah nnyanyi sekali, 20 saat je iklan dia.Haha. 

Rangup stiap hari!! Keropok Mony!! Hidang petang pagi!! Keropok Mony!! Rasa yang menawan!! Keropok Mony!! Untuk keluarga dan kawan!! Keropok Mony!!

(Ini gambar Google je, tak lalu dah nak lukis pakai Paint. Haha)
3. Kacang!! Tak kisahlah kacang apa pun. Kacang goreng ke. Kacang Cap Pagoda ke. Kacang yang ada color hijau dengan putih tu ke. Kacang pedas tu ke. Kacang botak ke. Badam ke. Ini serius weh, aku pernah pergi raya rumah kawan bapak aku, dia hidang kacang dengan nasi himpit je. Kacang dia tu kacang Mekah, sebab dia baru balik umrah. Kacang dia memang cepat gila habis.

4. Kerepek!!  Tak kisahlah kerepek pisang ke, kerepek ubi. Janji tak masuk angin. Masa aku form 5, masa nak balik asrama lepas cuti raya, waktu aku turun je dari kereta, kawan-kawan aku yang dari dorm dah serbu dah nak makan kerepek pisang mak aku!! Nasib baik mak aku bagi aku banyak gila kerepek pisang. So, cukup untuk semua orang. Nikmat kan lebih terasa jika dikongsi bersama. Cewah!! Kerepek ubi pulak, dia lagi sedap kalau kerepek ubi pedas. Aku pernah jual kerepek ubi pedas ni dekat fakulti. Memang laku!!


37 comments:

NOOR FATIN said...

saya kalau makan pn almond london dan tat nenas, selain tu suka makan kerepek je. hahah

- abdul hadi abdul muti - said...

NOOR FATIN

kerepek je kan. tak payah susah-susah. haha

i am S!L4H.. said...

haha. weh x bole bla nak hidang jambu cicah kicap raye2. ni dah zaman ape dah ni. hahaha

keropok mony! haha. x leh bla. konsep raye dah lari.

- abdul hadi abdul muti - said...

i am S!L4H..

haha. takdelah, maksudnya, ketupat, rendang, lemang tu still ada lgi, cuma kuih-kuih raya moden yang klise tu, kurang-kurangkanlah..jemu...huhu

kiah propa said...

cun konsepnya..kalo dpt kepek pedas time tgk tv raya hmmm 3 balang 1 round kiah balun hehehe..

Muslimah Optimis said...

kelakarlah baca ni.. pandai buat kuah colek nak cecah jambu air ek.. terliu weyy bulan2 posa ni.. huhu..

p/s : raya zaman lani dengan zaman masa MO kecik2 dulu dah xsama

::Cik Pija:: said...

hahahaha nak pegi beraya rumah incik adi saujana la pasni. bleh melantak pok2 moni ngan hidung, ehh salah2, jambu air. ngee :p

- abdul hadi abdul muti - said...

kiah propa

tulah, memang tak sedar nikmat dia!!

- abdul hadi abdul muti - said...

Muslimah Optomis

optimis mencolek jambu air di hari raya nanti. apa yang tak samanya? huhu

- abdul hadi abdul muti - said...

::Cik Pija::

hamboi... the mulut!! haha. mari le. meh!! meh!!

sekamar rindu said...

salam..

bahulu..yes..saya pun suka makan kuih ni....

[ faris ] said...

kalau raya jambu depan umah ni berbuah mai la bertndang.hahaha.

safee ali tu spe?

farah hanim said...

kalo tuan rumh hidg makn jmbu air ngn kerpk
konfom2 fara xnk blik
duk makan je akt situ smpai da muak
bru blik

suke gila mkn jmbu ngn krpk
hehee
nnt bt open house ajak fara ek
haha :D

- abdul hadi abdul muti - said...

sekamar rindu

samalah kita. boleh buat geng bahulu nih. haha

- abdul hadi abdul muti - said...

[ faris ]

eh, safee sali sebenarnya. tersilap eja. hehe. aku raya ni kat negeri sembilan.. tak balik perak.. sobs

- abdul hadi abdul muti - said...

farah hanim

makanlah 3 hari 3 malam sekali pun haha. jemput! jemput!

syieda_joy said...

syieda di kampung mak akan buat kuih tradisional (ececeh). sebab bila makan xkan rasa muak.

kacang, kepek, dodol, ketupat, serondeng, lemang, rendang dh jd tradisi kluarga. hihihi

selmat hr raya^_^

ady said...

betul tu bro..biasa mmg diorg x makan pun..last2 tuan umah kena masak soto hehe

- abdul hadi abdul muti - said...

syieda_joy

kan? paling suka putu kacang dengan putu kelapa!!

- abdul hadi abdul muti - said...

ady

haha. tulah, membazie je. amalan syaiton!!

Kancil 8349 said...

Salam perkenalan daripada Kancil

terima kasih kerana follow blog Kancil...

aizamia3 said...

betul.. kuih yang dolu2 lagi menarik perhatian..
sekarang pun kalau orang datang bertandang ke rumah, jamu dengan menu yang berat2 jadi kuih yang ada memang tak pandangler.. yang tukang perabihnya ahkak dengan anak2.. hehehe...

PeRspEkTif aKU said...

hahha zaman skang ni ade jek hidang gula2 dgn cloud 9 bagai..cam niaga jajan pun ade time bg kt org yg dtg betandang tu..kt kampung keropok n kerepek dah sinonim dihidang..jambu air tu idea baru.great..hee

- abdul hadi abdul muti - said...

Kancil 8349

Terima kaseh!!

- abdul hadi abdul muti - said...

aizamia3

haha. nasib baik ada anak. huhu

- abdul hadi abdul muti - said...

PeRspEkTif aKU

gula-gula dengan cloud9?? gila moden!!haha

cart kartika said...

eh keropok ubi sira tu memang best lah..hehe

- abdul hadi abdul muti - said...

cart kartika

betul tu. sangat best!!

sue perbs.. said...

yeah.. sy suke krepek.. klu kuih pulak.. kuih yg mnarik je rase teringin nk try..

Norhisham Nordin said...

hahaha... kalo gi beraya, mmg kerepek laa yg akan menjadi sasaran aku... huhu..

- abdul hadi abdul muti - said...

sue perbs

macam mana nak tahu kuih tu menarik ke tak?

- abdul hadi abdul muti - said...

Norhisham Nordin

haha. tulah, takdenya kita nak makan kih de.

eyna lollipop said...

nnt nk g raye umah...
nk mkn jmbu air!
sedap..
hahaha :P

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?1916c3c6ba5c9e2b78c3913412739314

yui92 said...

ttap suka samprit =p

- abdul hadi abdul muti - said...

eyna lollipop

haha. kan, mencolek jambu air di petang raya memang best

- abdul hadi abdul muti - said...

yui92

semprit jarang makan.huhu

Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee) said...

rasa yang menawan, keropok mony!! hahaha. lawak kot!

Entri ni tersenarai dalam Entri Menarik Bulan Ini #3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...