Monday, 29 August 2011

Tutorial Buat Dodol

Entri raya lagi? Sebenarnya, aku buat entry pasal raya banyak-banyak bukan sebab excited terlampau nak raya. Aku ni mood ramadhan lagi ni. Huhu. Tapi, bila raya nanti,takut tak sempat nak update blog. So, entri-entri raya ni boleh jugaklah back upkan kekosongan yang ada. Cewah, ayat dah macam duda nak kahwin lagi sekali. Haha.

Kalau aku raya dekat Negeri Sembilan, uwan aku mesti buat dodol. Orang Negeri Sembilan tak panggil dodol, tapi diorang panggil pengenan. Uwan aku ni, takdo pongonan, tak ghayo do. Haha.



Oklah, nak buat dodol ni senang je. Ceh, bercakap macam taukeh dodol. Bahan-bahan    dia, 3.5kg tepung pulut, 7 kilo santan, gula Melaka dalam 10 bongkah, gula pasir, 2 kilo dengan air kosong.



Mula-mula,tuangkan santan ke dalam tepung pulut.Kiranya, macam korang bancuh milo. Serbuk milo tu macam tepung pulut. Air panas pulak macam santan. Ha..  Korang tuang je santan tu semua bagi perabih. Lepastu kacau santan denga tepung pulut tu.


Lepas tu amik sabut dengan kayu api, hidupkan api. Api, jangan besar sangat. Kecik je. Baru masak sekata dodol tu nanti.


Lepas tu, baru letak kawah atas api tu. 



Then, curahkan bancuhan santan dengan tepung pulut korang tu dalam kawah. Lepas tu, kacau. Tak boleh berhenti kacau walau sedetik sesaat pun!! Nanti, dodol korang berkerak. Dalam 2 minit lepas tu, masukkan air kosong dalam satu jag. Jag tu besar mana? Alah, macam jag kat surau masa berbuka puasa tu. Huhu.

Lepas tu kacau balik!! So, untuk mengacau ni, selalunya kerja lelaki. So, tangan-tangan lelaki yang sasa dan berotot dan mangko sangatlah diperlukan untuk mengacau dodol selama 6 jam. Selain itu, korang kena tahan asap jugak sebab melalui pengalam aku, memang selalu pedih mata kalau kacau dodol ni. So, kena adjust bagi jangan setentang dengan asap.
(Kalau dah teruk macam ni,pandai-pandailah korang adjust position. Haha)

Lepas tu potong gula Melaka jadi dua bahagian.

Bila bancuhan santan dengan tepung pulut tu dah sebati, korang campakkan kesemua gula Melaka tu dalam kawah.
Lepas tu, dalam 5 minit lepas tu, masukkan gula pasir yang 2 kilo tu.

Lepas tu kacau sampai pekat. Kacau!! Kacau!! Kacaulah kau sampai berpeluh-peluh 6 jam. Haha. Serius weh, kena ada stamina mengacau dodol ni. Kalau tak memang pancit bhai. Dengan panas lagi. Berpeluh-peluh!! So, siapa yang nak kurus akibat terlalu pelahap sewaktu berbuka dan moreh lepas terawih, silalah kacau dodol. Ada bran? Haha.

 Bila dah masak, korang angkat dodol tu pakai pengacau, lepas tu, amik pelepah pisang, korang tarik dodol yang melekat kat pengacau tu pakai pelepah pisang. Lepas tu, masukkanlah dalam Tupperware.
 Senang tak? Selamat mencuba!! Haha.







16 comments:

farah hanim said...

tuto dodl pon bole
lelaki mithali tul
hahahaah :P

::Cik Pija:: said...

adi! i cop u jadik tukang masak rumah i okeh! taun 2015. i upah u sejam rm5 nakkk? u pandai masak dodol mesti boleh jual ni HAHAHAHA :P

lieynanilaz said...

penat wehh kacau dodol...kira uwan hang kuat lagilah..

::budak:: said...

tudia, org lain sibuk tutorial doodle dia tutorial dodol..bagus2, aku suka :)

memang backup habes la buat entry banyak2 ni kan..patut dtg blog ni mesti ade entry baru..hehe

saya cello191 said...

susah ooOO nak buat dodol..
makan yg dah siap je la..^^

- abdul hadi abdul muti - said...

farah hanim

wah!! ada orang panggil lelaki mithali!!haha

- abdul hadi abdul muti - said...

::Cik Pija::

amboi, sesuka je menggajikan aku. haha

- abdul hadi abdul muti - said...

lieynanilaz

bukan uwan aku yang kaco. aku yang kaco!!haha

- abdul hadi abdul muti - said...

::budak::

tulah. kita back up..(gaya usop wilcha)

- abdul hadi abdul muti - said...

saya cello191

tapi kalau buat puas hati

cik sue ;) said...

ade tester tak..?

iKhRam said...

meh bilaorangnogori nak betulkan.. bukan pengenan, tp ponganan..

apo pun.. den pun balek yo pilah tahun ni.. meh la dtg ghumah.. kito boghayo samo2.. huhuhu

toingat ponganan cair.. hahaha

- abdul hadi abdul muti - said...

cik sue ;)

nak makan freelah tu. haha

- abdul hadi abdul muti - said...

iKhRam

buleh yo. ekau, pilah kek mano? haha

Razil Tahir said...

tutorial buat doodle tak nak buat? ehehehe

- abdul hadi abdul muti - said...

Razil Tahir

Tak reti aku nak buat doodle tu semua. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...