Sunday, 21 August 2011

Tak Berapa Nak Sentimental


Wish raya makin lama makin dah tak sentimental. Meh aku bagitahu korang tiga cara orang wish hari raya.

1. Pakai kad raya. Yang ni paling sentimentallah!! Kad raya ni tahan lama, siap boleh buat decoration hari raya lagi. Dulu-dulu asal raya je , mesti tunggu postman hantar kad raya. Kad raya pulak ada bentuk ketupatlah, empat segilah, bentuk meriam buluhlah, mercunlah. Lepas tu, yang poplar, kad raya yang ada kartun. Yang kalau kad raya yang ala-ala romantic pulak, yang ada lagu-lagu bila bukak kad tu. Bukanlah lagu format mp3. Tapi, lagu dia bunyi “nyit nyit nyit je”. Cuba korang amik lagu Selamat Hari Raya yang Saloma nyanyi tu, tapi lirik dia jadi “nyit nyit nyit”. Ha, macam tulah bunyi kad raya yang ada bunyi. 



(Ini kad raya yang paling last aku dapat masa tahun 2003. Lepas tu dah tak dapat kad raya dah) 

2. Pakai sms. Ha, yang ni, biasalah, asal malam raya je, mesti handphone jadi hanged sebab banyak sangat mesej raya masuk. Selalunya mesej dia sampai dua tiga page. Mana tak berat? Lepas tu, mesej tu ada gambar masjidlah, gambar bunga api segala. Ada jugak yang bagi pantun. Contoh macam ni.

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai SMS pun kira ok what?


3. Yang ketiga, paling tak berapa nak sentimental. Caranya, cari gambar selamat hari raya dekat Google, lepas tu upload dekat Facebook, lepas tu tagged semua orang. Senang, tak payah nak keluar duit beli kad raya dengan setem, tak payah nak membazir topup hantar mesej raya. Dalam masa 3 minit, dah boleh tagged 50 orang. Haha

6 comments:

ziraziz said...

kck2 dulu suka kumpul kad raya...

..pastu plak 'giler' nk kirim kad raya..even kat kwn 1 kls pn nk kirim kat raya...

pantun plg glamer,

pecah kaca,
pecah gelas,
sudah baca,
harap balas..

ha3..rindunye zmn muda2 dlu :P...

- abdul hadi abdul muti - said...

ziraziz

eh, kawan satu kelaslah wajib bagi. huhu

::Cik Pija:: said...

dulu2 asal nmpak posmen mesti dh tercangak dpn pintu. sekali tgk bukan kad kite laaa, kad org lain. punyala gatal tgn jugak main hentam je bukak kad org lain. sekali terkena ex gf dia laaa. hahahaha lawak2.

- abdul hadi abdul muti - said...

::Cik Pija::

hahaha. kantoi kad ex gf

'idun sa'idun said...

ye la.. dulu2 sy pon suka sgt htr n terima kad raya.. siap berlumba2 dgn adik beradik sape dpt kad raya paling byk..hahaha..

- abdul hadi abdul muti - said...

'idun sa'idun

tulah kan. siapa paling banyak boleh gantng dekat ruang tamu. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...