Thursday 11 August 2011

Al Kisah Rupert Grint, Ted Mosby, Rose Hantington, Kereta Dan Motor



Ini kisah Rupert Grint.

Dari kecik bapak Rupert Grint asyik cakap bawak motor ni bahaya. Senang nak accidentlah. Senang kena langgarlah. Rupert Grint ingat lagi, waktu Rupert Grint sekolah darjah berapa entah, waktu tu tengah breakfast, bapak Rupert Grint puji habis jiran sebelah Rupert Grint, Tok James Lee yang memang bertegas habis tak bagi anak-anak dia bawak motor kalau takde lesen. Almaklumlah, dekat kampung, budak darjah dua pun dah berani bawak motor. Tapi Rupert Grint? Langsung tak reti bawak motor sebab bapak Rupert Grint tak bagi bawak sebab takut accident dan jugak rumah Rupert Grint memang takde motor.

Masa tingkatan 2, bapak Rupert Grint beli motor Kriss warna merah. Untuk bapak Rupert Grint pakai. Rupert Grint tak pernah nak try belajar motor pun. Sebab nanti bapak Rupert Grint marah dan bising.

So, jadilah Rupert Grint yang tak reti bawak motor sampai hari ini. Haritu, Jumaat hari tu, bapak Rupert Grint suruh Rupert Grint belajar bawak motor.  Rupert Grint tak faham. Kenapa baru hari ni bapak dia nak suruh dia belajar bawak motor. Kalau sekarang baru nak belajar bawak motor, memang Rupert Grint tak naklah. Segan campur malu. Budak-budak kawasan rumah Rupert Grint ni, sekolah rendah dah reti bawak motor. Rupert Grint?? Umur dah nak kahwin dah. Lagipun, nanti, macamlah bapak Rupert Grint bagi Rupert Grint bawak motor. Sebab? Takut Rupert Grint accident bila bawak motor

Lagi satu cerita. Cerita Ted Mosby. Ted Mosby dah ada lesen kereta. Bulan December ni, dah jadi lesen kompeten. Tapi, semenjak  lulus ujian memandu, bapak Ted Mosby tak pernah bagi dia bawak kereta. Padahal, Ted Mosby punyalah teringin nak bawak kereta. Sebab apa bapak Ted Mosby tak bagi dia bawak kereta? Sebab bapak Ted Mosby cakap, dia nak ajar Ted Mosby bawak kereta balik. Kiranya, dia tak percaya Ted Mosby reti bawak kereta. Dia nak Ted Mosby bawak kereta, lepas tu, bapak dia nak duduk sebelah. Bapak Ted Mosby nak tengok sendiri Ted Mosby bawak kereta macam mana. Tapi, sampai sekarang bapak Ted Mosby hanya berjanji sahaja. Dah nak masuk setahun dah dia cakap macam tu.

Ted Mosby kecewa. Frust. Tapi benda ni memang dah dijangka dah. So, Ted Mosby try ambil peluang kalau ada kawan dia yang sudi offer bagi dia bawak kereta diorang. Tapi, berapa kerat sangat yang bagi Ted Mosby bawak kereta diorang. Adalah pernah baru  empat kali Ted Mosby bawak kereta dekat New York. 

Ted Mosby teringin sangat nak bawak kereta. Ted Mosby dah lah selalu menumpang orang. Lepas tu, kalau orang tu penat ke ape ke, at least, Ted Mosby boleh tolong bawakkan kereta diorang. Hurm.. Tapi kalau macam nilah keadaan dia, sampai bila dia nak bawak kereta?

Hah, mungkin lepas dah ada kereta sendiri. Entah bila la nak ada kereta sendiri. Haritu pun, akak Ted Mosby, Rose Hantington beli kereta baru. Lepas tu, memang bapak diorang duduk jugak sebelah Kak Rose Hantington masa dia bawak kereta. Lepas tu bapak diorang marah-marah Kak Rose sebab lupa nak tengok side belah kiri bila nak masuk simpang ke kiri. Dah Kak Rose Hantington tu first time bawak kereta, standartlah. Janganlah marah-marah. Dulu, masa baru dapat lesen, tak nak ajar. Pastu, lepas setahun dia dapat lesen, marah-marah pulak tak reti bawak kereta. Tu pun nasib baik Kak Rose Hantington beli kereta dia sendiri. Kalau tak sampai kiamat tak merasa bawak kereta.

Moral of the story, accident boleh berlaku di mana-mana. Semua benda ada risiko. Bawak kereta,ada risiko dapat accident. Kalau makan, ada risiko tercekik. Kalau duduk rumah, ada risiko rumah terbakar. Kalau main bola, ada risiko patah kaki. Semua ada risiko masing-masing. Cuma, masa kita buat sesuatu perkara tu, kenalah berhati-hati dan beringat-ingat. Kalau semua fikir macam ayahanda kepada Rupirt Grint, Ted Mosby dengan Rose Hantington, alamat susahlah dunia ni. Semua benda tak jadi. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...