Wednesday, 3 August 2011

Sambal Telur Lima Kupang



Tadi aku sempat goreng telur mata kerbau untuk juadah berbuka puasa. Telur digoreng seterusnya dicampurkan dengan sos cili, bawang besar, bawang merah, bawang putih, daun limau purut, dan sedikit air. Masukkan tepung jagung secukupnya untuk memekatkan kuah dan menjadikan kuah bersinar memancar.mancar.

Wah kau!! Kalau macam ni boleh masuk Ketuk-Ketuk Ramadhan ni. Haha.

Masa aku tengah masak tu, teringat zaman-zaman kanak-kanak girang lagi riang dekat sekolah dekat ipoh dulu-dulu. Tiap-tiap kali puasa, pengumuman kebenaran outing waktu petang untuk ke bazhaar ramadhan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sangat ditunggu-tunggu oleh sekalian umat Starian. Maka bertepuk soraklah daripada budak Form 1 yang baru nak tumbuh misai sampailah ke budak Form 5 yang lebat bulu kakinya.

Juadah masterpiece karya teragung yang selalu digilai oleh Starian masa pergi bazar Ramadhan ialah sambal telur lima kupang. Tapi tak tau la kalau budak Star zaman sekarang dah tak layan sambal telur ni.

Sambal telur ni maybe jadi pilihan sebab inilah lauk yang paling murah kitorang boleh dapat. Nak-nak pulak, zaman aku dulu-dulu, dining ni bukan boleh predict sangat. Kadang-kadang lauk sedap. Kadang-kadang lauk tak sedap. Kalu masa lauk sedap, kalau beli lauk yang best-best macam ayam rempah or gulai nangka, nanti membazir pulak. Kalau langsung tak beli, kalau buatnya dining masak ikan keramat, memang tak lalulah nak makan. So, nak play safe, beli sambal telurlah jawapannya. Haha.

12 comments:

Anonymous said...

comelnye kisah budak2 asrama nih..

- abdul hadi abdul muti - said...

Anonymous

haha.blushing ada orang cakap comel.haha

IMANSHAH said...

dsmbsl telur csp penampar pun ada..kuikui

- abdul hadi abdul muti - said...

IMANSHAH

haha.emo betul cikgu harini.huhu

ashraf said...

haah la adi. rindu plak pose beli telur sambal :P

- abdul hadi abdul muti - said...

ashraf

kan?kan?kan?

Hans said...

hahha
IKAN KERAMAT = ikan jaket ke?
ekekekekek

Anonymous said...

sbb saya xpernah duduk asrama time skool.. alhamdulillah duduk rumah makan best2..
tp mmg comel la, nk beli juadah berbuka pon pk kebarangkalian untuk bazir ke x makcik kantin masak ape..
hihi..

siti citra sari abdullah said...

teringat zmn keriangan kesucian ct kat sek ct yg jauh terpencil dlm hutan tepi hiway tepi zoo segala..
bila dpt kuar g mcD membeli sundae coklat mcflurry oreo dan doublecheese tercinta utk juadah buka terasa dunia ini bagai syurga..namun itu dulu..skang hanya mampu tersenyum sendiri bila teringat kenangan2 indah yg precious yet priceless itu..oohhh!

- abdul hadi abdul muti - said...

Hans

haah.ikan jaket.tapi tak tau la kenapa kiorang tak panggil ikan jaket.huhu

- abdul hadi abdul muti - said...

Anonymous

huhu.adat duduk di asrama memang macam . kadang-kadang nasib tak menyebelahi kita.haha

- abdul hadi abdul muti - said...

siti citra sari abdullah

hoho.kenangan-kenangan...mesti budak seratas kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...