Thursday, 4 August 2011

Kepada Yang Suka Mengeluh Dan Kecoh

Semenjak dua menjak ni, masa bulan puasa, dekat Facebook, berlambak-lambak status yang berbunyi macam ini :

  1. Tengok air kosong pun dah cair
  2. Argh, sedapnya ayam goreng
  3. Budak ni tau la tak puasa, tapi tak payah la makan depan aku
  4. 6 jam puasa yang pertama berjaya diharungi dengan jayanya
  5. Lamanya nak berbuka
  6. Adoh, macam tak larat nak puasa dah


Status-status semua ni tak perlulah. Apa tujuan kita berpuasa? Aku ni bukalah cerdik sangat soal agama, tapi tujuan berpuasa ni budak umur 3 tahun pun dah tau jawab dah. Antara lain, melatih sifat sabar and membuatkan kita insaf dan mengingati orang lain yang berada dalam kesusahan.

Dekat siapa-siapa yang asyik mengeluh time puasa tu, ni ada fakta untuk korang.

Berdasarkan statistik Program Makanan Dunia (WFP) mendapati seramai 3.5 juta orang di Kenya, 3.2 juta orang di Habsyah, 2.5 juta orang di Somalia dan lebih 100,000 orang di Dijbouti mengalami masalah kebuluran dan terdesak memerlukan bantuan makanan.

So, kita ni puasa takat paling lama 15 jam pun dah bising. Abih tu, diorang semua ni macam mana? So, tolonglah stop posting status-status korang yang tak tahan puasa tu. Cubalah salami kesengsaraan mereka yang tidak berkemampuan.


8 comments:

Inche gabbana said...

tu bukan mengeluh tu. tu saja nak mencapub supaya org 'like' atau komen status dia. hehehe..

selamat menempuhi hari-hari puasa yg mendatang hadi! ;)

- abdul hadi abdul muti - said...

inche gabbana

tu bukan macam mencupub murahan ke? haha. selamat berpuasa juga!!!

Zuralimusa said...

Hadi, haritu kau ada post pasal lelaki terengganu yang tukar jantina pegi pempuan pehtu nak mohon tukar nama tapi kena reject dengan court kan. Kau ada baca tak yang dia meninggal haritu sebelum ramadhan?

- abdul hadi abdul muti - said...

Zuralimusa

ada.kenapa?dia meninggal sebab tekanan darah rendah katanya.

KiKiHanakO said...

kesiannye tegok..

Miss Xyz =) said...

haha XD thnks igtkn ^^

- abdul hadi abdul muti - said...

KiKiHanakO

ada lagi gambar yang sedih, tapi tak sanggup nak letak sini

- abdul hadi abdul muti - said...

Miss Xyz

sama-sama=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...