Saturday, 7 May 2011

Buncit



Masalah buncit ni, aku rase, jadi kat semua orang. Tapi, percentage untuk kaum-kaum lelaki untuk terjerobos ke dalam kancah permasalahan buncit ni lagi tinggi kot. Ye ke?? Hurm, mari fikirkan bersama.


Aku ni pun bukan ape, tetibe je cakap bende ni sebab hari tu, aku pergi makan dekat Restoran Vichuda. Antare restoran terbaik yang ade kat Shah Alam, yang menjadi tumpuan segala makhluk-makhluk yang menuntut di UiTM Shah Alam. Mase tu, makan besar jugak sebab time lepas jawab final exam. So, memang la sangat lapar. Therefore, aku makan la banyak-banyak kan. Hurm, mase nak bayar, tetibe ade tangan yang merabe-rabe perut aku. Argh!! Jangan!! Jangan!! Tidak!! Gangguan seksual di tempat awam!! Jangan!! Hahaha. Alah, bukan gangguan seksual lah. Ade la kawan aku ni, tak puas hati, kenape perut aku tak bonchet pon lepas makan nasi 2 pinggan, tomyam campur, daging masak kunyit dan juge segelas limau ais?? Kenape??!! Kenape???!! Susahnye aku nak jawab soalan tu. Mane la aku tahu!! Ayak!!

Cumenye, aku rase, perut aku tak buncit sebab, lepas makan, aku akan pergi jamban. Betul, aku punye perut ni,aku rase, agak sistematik jugak la. Sebab dia tak boleh nak hold makanan yang banyak dalam satu satu masa Bukanlah maksud aku, aku makan, terus pergi jamban. Tapi, macam contoh, aku makan roti canai dengan milo tabur pukul 9 pagi dekat Hakim Seksyen 7 Shah Alam. Lepas tu, aku makan nasi dengan ayam penyet dekat kedai akak kat Padang Jawa pukul 1.30. So, dalam pukul 230, mesti aku akan ke jamban untuk buang roti canai and milo tabur yang aku makan kat Hakim Seksyen 7 pukul 900 pagi tadi. Ha..gituw. Dah macam buat analisis kronologi kes criminal pulak.
So, mungkin sebab tu perut aku tak buncit kot. Sebab aku bukan rajin nak sit up pun. Hee. Jogging apetah lagi.

Tapi, bagi sesiape yang ade masalah ni, jangan la kecewa dengan kehidupan pulak. Tak elok tuh. Ade orang kate, perempuan ni suke tengok lelaki yang buncit and boroi. So, bende ni subjektif.

Tapi, kalau nak perut yang tak buncit jugak, yang aku pernah dengar, kalau nak mandi, make sure mandi lepas 1 jam makan. Tak pun, mandi sebelum makan. Aku tak tau la betul ke tidak. Sebab aku mandi je lepas makan. Huhu.
Lagi satu, of course la sit up hari hari kan. Kalau rajin buat bende ni, perut akan bersix pack. So, lagi la macho kan? Aku bukan la nak bangge atau pun meriakkan diri, tapi cuma bersyukur aku tak ade masalah buncit ni. Tapi, mungkin satu hari nanti, aku buncit jugak. Lepas kahwin ke kan. Ha.. So, kadang-kadang aku sit up jugak. Ceceyh!! Dan jugak, aku memang nak pergi jogging cume tak de mase je. Almaklumlah, prevent is better than cure.

Aku tak tau nak buat ending untuk post ni. Tapi, aku nak end kan jugak post ni sebab tak tau nak cakap ape dah. So, mintak diri dulu lah ye. Mekaseh!!

7 comments:

IMANSHAH said...

aku dah buncit la

- abdul hadi abdul muti - said...

dah lame dah tau.haha

Ashralphael said...

lelaki buncit pompuan ramai suke...yeke? ngahahaha...

nUrulsHIera93 said...

like this entry,,
muncit!huhu

mushroom said...

sempoi sebab cerita pasal berak.. haha.. ya! ada segelintir perempuan suka lelaki buncet.. sexy katanya

- abdul hadi abdul muti - said...

Ashralphael

Sexy kata mereke.huhu

- abdul hadi abdul muti - said...

mushroom

haha.tapi tak mention direct kan berak tu.huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...