Tuesday, 12 July 2011

Sekolah Cikgu Murid



(ini je pic yang ada masa zaman sekolah rendah.huhu)


Semenjak dua ni, aku selalu dengar cerita masalah budak-budak sekolah pasal study diorang.

Masalah biasa diorang, kerja banyak. Takde masa nak study. Tak faham cikgu mengajar. Dan sebagainya. Ade jugak yang maybe bosan pergi sekolah.

Tak guna nak cari salah siapa dalam masalah ni. Aku kat sini bukan nak cari salah, cuma nak bagi some suggestions je. Itu pun kalau diterima. Sebab aku ni pun bukan seorang cikgu yang terlatih di mana-mana institut perguruan atau pun mana-mana kursus pendidikan dekat IPTA. Just sharing my experience yang dulu pun pernah jadi student.

Well, as we all know, dekat sekolah, yang paling ditekankan, exam. Percayalah, kalau takde exam, student-student ni akan rasa tak de makna pun pergi sekolah. Plus, sistem pendidikan kita pun memang dah macam tu. So, either you like it or not, you have just to face it. Melainkan kementerian tukar sistem. Itu dah masuk cerita lain. Tapi, kalau kat university pun, exam tu memang so damn important sebab normally 70 percent from the student mark is taken from the final exam.

Yang ini, cadangan untuk cikgu.

Selalunya, student akan cepat bosan and mengantuk. Sebab dalam masa sehari, ada lebih kurang 4 subject yang berlainan yang diorang kena faham and ingat. So, as a teacher who give them guidance, kalau boleh, cikgu-cikgu, kalau mengajar, kena buat intonasi yang bersemangat and beria gila nak mengajar. Bukan macam jerit-jerit sebab kalau dengar macam jerit-jerit nanti, budak-budak cepat bosan and meluat. Ntah la, ni pengalaman sendiri. Aku ni memang cepat bosan and skeptikal gila. Hehe. Aku akan boleh fokus kalau cikgu tu memang cakap macam seorang yang profesional. And masa dia tengah bercakap, dia tak pegang buku. Yes!! Kalau cikgu tu boleh bagi explanation without holding and looking at the book, and explanation dia pulak memang intonasi dia best and brief and precise, ketahuilah dikau, student mesti suka pergi masuk and belajar subject dia. Tapi, explanation dia tu, janganlah bercanggah dengan apa yang buku bagi. Kang, lain pulak jadinya. Haha. Plus, mimik muka pun penting. Kalau cikgu buat muka takde perasaan, mesti lah student tak interested nak belajar kan.

Lagi satu, cikgu patut layan semua pertanyaan student. Sebab itu hak diorang nak bertanya. Tak boleh nak malas nak layan. Walaupun kadang-kadang soalan diorang tu dengar macam soalan tahap longkang, tapi kadang-kadang, soalan tahap longkang tulah first step untuk diorang nak faham the whole concept of the topic. Kalau rasa-rasa tak sempat, buatlah satu group dekat facebook untuk murid-murid tanya sebarang soalan. Zaman sekarang ni, rasanya, semua orang ada facebook. So, student boleh post kat situ je. Tapi,kena ada penapisan jugak. So,kalau yang agak-agak ada soalan yang memang tak bertaraf akademik langsung, boleh remove je soalan tu.

Lepas tu, cikgu-cikgu boleh buat one step ahead untuk student diorang. One step ahead ni bagus untuk subjek-subjek yang memerlukan pelajar faham dan ingat. Untuk subjek kira mengira, agak tak sesuai kot. Contoh la kan, untuk subjek biology, hari isnin, suruh diorang baca baca cell and function-function setiap benda-benda yang ada dalam cell tu. Hari selasa, cikgu-cikgu boleh tanya pasal topik tu. Tak payah buat denda teruk-teruk pun takpe. Kalau ketuk ketampi ke, macam tu, ok je. Kalau dulu, masa form 2, aku kena pumping 10 kali tau kalau tak dapat jawab masa cikgu sejarah aku tanya. Masa form 3, subjek sejarah, tapi cikgu lain, cikgu yang ni pulak bagi liang. Haha. Tak tau la nak describe denda bagi liang tu macam mana, tapi sakit la kalau kena. Tapi, sebab benda tu la, aku pernah dapat B untuk sejarah, sekali je. Yang lain, semua A. Hehe. (Poyo)

Lepas tu, cikgu-cikgu kena ada skill bagi ceramah yang menusuk kalbu untuk naikkan semangat budak-budak and bagi insaf budak-budak, so, diorang baru semangat nak belajar. Cikgu Sains aku selalu buat macam ni, Memang menyentap dan menghayat hati. Gaya dia pun memang keibuan. No doubt, since dia memang ibu yang berjaya membesarkan 8 orang anak dengan cool and bergaya. Ceramah tu, boleh amik masa dalam 10 minit macam tu je pun ok dah kot. Tak payah lama sangat. Nanti meleret pulak jadinya. Huhu

Lepas tu, cikgu-cikgu boleh buat macam bagi task dekat budak-budak yang let say tak dapat A for that particular subject, untuk buat satu surat, kenapa dia tak boleh dapat A. Ni pun pengalaman aku dulu-dulu jugak. Sebab, ada setengah student, tak selesa untuk bagitau masalah dia face to face dengan cikgu. Kalau dia berani pun, maybe dia tak boleh nak terangkan problem dia dengan kalau dia cakap depan-depan. So, the next stesp lepas dia bagitau reason dia tak boleh score, cikgu-cikgu boleh la take appropriate action to overcome the problem.


Yang ini pulak untuk students

Korang tak boleh lah nak manjakan sangat diri korang. Kalau rasa penat ke ape, korang kena fikir, dalam dunia ni, takde apa yang boleh ubah and guide hidup korang selain ilmu. So, setiap hari, set your mind, yang korang akan dapat belajar new things and korang akan strive tok dapatkan a good result. Jangan nak diikutkan sangat rasa penat tu. Dalam dunia ni, kalau otak kita asyik nak fikir penat je, nak angkat sehelai kertas pun penat.

Lagi satu, jangan la malu and segan nak bertanya. Kalau tak faham, tanya on that time jugak. Lagi lama korang tangguh, lagi banyak benda yang korang tak faham.

Lagi, janganlah nak suka melawan cikgu. Respect your teachers and sayangilah diorang seadanya. Nobody perfect, so kalau cikgu tu macam boring ke, or macam garang ke, korang kena faham, maybe sebab korang jugak dia jadi macam tu.

Besides, berdoalah and for Muslim, jangan lupa tunaikanlah solat 5 waktu. Lagi bagus, kalau korang rajin puasa sunat, since antara doa yang senang untuk dimakbulkan, doa orang-orang yang berpuasa.


Aku rasa tu je la kot. Nak nasihat yang lagi panjang, aku ni pun bukanlah tau sangat. Haha. So, yang dekat atas tu just my humble opinion and suggestion je. Mungkin cikgu-cikgu yang dekat luar sana lebih expert untuk mengajar kan, sebab diorang memang dah dilatih untuk jadi cikgu. So, mesti bab bab ni semua dah diajar dah. So, kalau yang mana-mana point yang tak setuju or mengguris hati mana-mana pihak, harap dimaafkan. Niat aku, just nak tengok student kita berjaya je. =)







4 comments:

IMANSHAH said...

i ceramah sambil pegang rotan..boleh gitew?

MM said...

Thanks for the tips. :)

- abdul hadi abdul muti - said...

IMANSHAH

haha.kalau boleh tak perlu kot cikgu,sebab nanti budak-budak fokus kat rotan,bukan dekat isi yang cikgu cakap tu.tapi kalau dah degil sangat,cikgu balun je budak-budak tu.haha

- abdul hadi abdul muti - said...

MM

sama-sama,hanya sharing pandangan je.kerja cikgu ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...