Tuesday, 26 July 2011

Tolonglah Aku Sebab Aku Confuse Dah Lama

Kadang-kadang aku keliru dengan benda yang aku tengah study sekarang ni. Cuak pun ada. Cerita dia macam ni.

Bila aku masuk degree,aku ada subjek CTU.CTU ni belajar pasal tamadun, hubungan etnik semua tapi macam in Islamic punya atmosphere jugak la sebab yang mengajar tu mostly ustaz dengan uztazah. So, masa semester 1, ustazah aku ada cakap, kenapa kita selalu nak ikut undang-undang buatan manusia? Walhal Allah dah buat undang-undang yang memang khas untuk manusia. Allah tu kan pencipta manusia, so Dia tau lah macam mana nak mengawal dan menagaturcarakan manusia.

Macam contoh, kalau kita beli rice cooker, dekat rice cooker tu mesti ada manual daripada kilang yang buat rice cooker tu tentang macam mana nak guna and manage rice cooker tu. Sebab apa? Sebab kilang tu yang buat rice cooker tu.

Sama jugak macam manusia. Allah yang menciptakan manusia. Manualnya ialah al-Quran dan hadis. So, kenapa nak teruk-teruk fikir nak buat undang-undang dan peraturan sendiri yang keberkesanannya belum pasti?

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh ustazah aku masa kelas ctu. Dan sejak dari tu, aku mula fikir pasal perkara tu. Kadang-kadang benda tu effect study aku jugak. Nak belajar law ni kan susah. Nak baca banyak and hafal semua. So, masa tengah-tengah baca and tak dapat-dapat ingat lagi nama kes or principles, aku selalu fikir, kenapa aku penat-penat nak hafal, padehal hokum Allah kan ada? Kenapa penat-penat nak belajar hokum manusia? Serius aku tak tipu. Aku rasa benda ni jugak yang kadang-kadang buat aku give up and macam pasrah je jawab test or final. Sebab tu lah kot result aku makin tak memberangsangkan. Kot nye lah. Huhu

Maybe ada budak-budaklaw yang baca marah dekat aku. Mesti ada cakap, “dah tu, apesal ko masuk law?” “apesal ko tak amik syariah je?bahasa arab komunikasi ke? Tasawuf ke?”.

Aku dekat sini just nak luahkan kekliruan je and nak tanya reaksi je. Plus, bukanlah semua benda dalam subjek law tu macam tak kena belajar. Pada aku benda tu pun ilmu jugak. Tapi tu lah, sampai sekarang aku fikir ayat ustazah aku tu.

So, siapa-siapa yang boleh tolong aku, tolonglah, so that aku dah tak was-was and boleh belajar dengan aman dan tenang. Terima kasih..

13 comments:

Anonymous said...

kita percaya pada hukum Allah,kita fahami hukum manusia, supaya kita boleh terapkan dan baiki apa yang pincang dan silap dalam hukum manusia.






Mr. X

Anonymous said...

what isn't against islam, is islam.

Anonymous said...

hukum allah specifically for muslim while the ordinary law more suits to non muslim... ALLAH menyuruh kita mencari ilmu xkirala ilmu dunia atau akhirat yg penting balance... jgn dikejar ilmu dunia tp akhirat tercicir begitu juga sebaliknya...tp dsebabkn kat malaysia xpraktikkan hukum ALLAH mcm hudud, rejam, etc. so ko pk jela apa yg ko blajar ni untuk dipraktikkan kpd semua org.. or maybe mana tau someday ko blh praktikkan hukum2 ALLAh ni khusus untuk muslim plak di m'sia tercinta ni...

HARITH ISKANDAR said...

mase aku study CTU kt uitm dullu pun pernah gak ustaz bg soklan maut psal hal2 mcm ni suroh kite pk.ade satu paper tu siap masing2 boleh jadik bomoh ilmu hitam lg smpai ustaz pon naik takut nk bace tesis/paper tu.yer la sape suro bg soklan2 maut suro student cari kn?hehe
ape pun masing2 la..mybe ustaz/ah nk suro studeh berubah kepda yg lebh baik dgn cara dia yg tersndiri tu..
hukum Allah tetap hukum Allah.kita je yg nk tolak2 hukum tu.
wallahualam
-peace.no war-

kaksu tomyam said...

tulah kan..
lagi banyak kite tau lagi konfius dibuatnye..
exit terbaik teruskan je perjalanan dgn tekad kite studi tu utk balas jasa ibubapa dpt degree kerja bagus so forth..
yg penting niat mesti baik iallah tuhan permudahkan.gud luck dear!

- abdul hadi abdul muti - said...

MR X

Insyaalah, saya akan cuba yang terbaik untuk memperbaiki kepincangan dalam hukum manusia

- abdul hadi abdul muti - said...

Anonymous

thank you for your opinion. I appreciate it so much!!

- abdul hadi abdul muti - said...

Anonymous

Insyaallah.. Thank you for yout advice!!

- abdul hadi abdul muti - said...

HARITH ISKANDAR

Wallahualam.. Wah,boleh mintak share experience dari practicing lawyer nih!! huhu

- abdul hadi abdul muti - said...

Kaksu Tomyam

terima kasih kaksu!!doakan saya dipermudahkan Allah untuk medapat kejayaan!!=)

Anonymous said...

aku ingat aku sorg je ada mslh gini..kdg2 aku pun terpikir sapa punya kerja yg nak mula2 start semua sistem yg ada pada zaman skunk ni?aku rasa sistem yg ada skunk mmg byk salah dari betul..aisshh..pyh nak ckp..tp tgk sendiri la-naper ramai bdk yg bijak2 tp otak biol gk..kdg2 rasa nak duduk kat hutan sorg2 beribadah je..tak pyh nak mengaitkan diri ngan mende laen,tp 4 sure la,cara ni salah..kita kena usaha utk keperluan hidup di dunia dan usaha bersungguh2 utk akhirat..ntahlah.dunia tak betul atau aku yg tak betul

doremon biol said...

dunia dah akhir zmn en.anonymous..
nama pun kehidupan so pandai2 lah nak seimbangkan duniawi dan ukhrawi..dunia kite pegang akhirat kite kejar :)

- abdul hadi abdul muti - said...

doremon biol

thank you atas nasihat.=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...