Saturday 9 July 2011

Pelupa


Sejak dari aku kecik lagi, aku memang selalu asyik lupa. Aku tak tau la nak categorisekan lupa aku ni, yang jenis short term memory, or pelupa macam nyanyuk nyanyuk ke ape.

Sebab kalau bab-bab ada appointment dengan orang, kalau dateline untuk submit assignment,yang tu aku tak lupa. Tapi, bab-bab penjagaan barang-barang memang aku ada masalah. Aku memang selalu hilangkan barang sendiri, dan tak terkecuali, barang-barang orang lain. Haha.

Aku nak je suruh mana-mana doktor yang iktiraf tabiat lupa kat mana letak barang ni as penyakit or sindrom. Kira macam dulu-dulu, kan mak bapak selalu marah anak diorang kalau anak diorang lambat nak mengeja and membaca, tapi, diorang tak tahu, yang anak diorang ada penyakit autism. So,kat doktor-doktor luar sana tu, tolonglah buat research pasal tabiat lupa aku ni,lepas tu korang namakanlah penyakit lupa ni dengan nama-nama yang sedap-sedap sikit. Haha. Sebab, aku rasa, bukan aku seorang je yang ada penyakit ni. Ramai lagi kat dunia ni yang ada penyakit ni.

Antara benda yang aku pernah lupa, cermin mata. Masa tu, aku baru masuk asrama. Sebelum masuk asrama, kan kena buat medical check up kan? Time medical check up, aku rasa aku ngantuk gila. So, masa tengah nak buat pemeriksaan mata, aku tak berapa nampak huruf-huruf and nombor-nombor dekat carta e snelan tu. So, nurse tu suruh aku buat cermin mata dulu, pastu baru dia bagi pass pemeriksaan tu. Tapi, aku rasa, aku tak rabun lah masa tu. Aku tak nampak sebab aku ngantuk gila je masa tu. Tapi, sebab taknak nak gaduh-gaduh dengan nurse tu, aku buat je la cermin mata. So, start dari tu, aku pakai cermin mata. Huh!! Ini tidak adil, tidak adil, baginya..

Tapi, aku memang tak reti jaga cermin mata aku. Masa aku mula-mula pakai cermin mata, kan aku mula-mula masuk sekolah tu kan. (Ayat agak Ah Chai, sebab aku tak reti buat ayat) Ada satu petang tu, masa semua budak form 1 kena main bola dekat padang, aku bukak la cermin mata yang first time aku pakai tu. Aku letak dekat tepi tiang ragbi. Lepas habis main bola, aku terlupa gila nak ambil balik cermin mata tu. Sebab aku kan macam tak biasa lagi pakai cermin mata, so, tak rasa kekok pun tak pakai cermin mata. Lepas mandi, baru aku perasan, cermin mata aku!!! Tapi, aku just ingat aku letak cermin mata aku tu lepas 2 hari aku tinggalkan cermin mata tu. Masa aku pergi tengok balik kat tepi tiang ragbi tu, cermin mata aku dah pecah dan hancur. Hahaha.

Lagi satu, ha, projektor lcd. Hampeh betul. Yang ini, memang aku ingatkan, betul-betul aku terlupa aku letak dekat mana projektor tu. Cerita dia macam ni. Aku memang ada pinjam projektor lcd dekat Unit Sumber Dan ICT, tapi, masa proses pengambilan barang-barang tu, aku tak ambil pun projektor tu. Tapi, disebabkan memang ada tertulis atas borang pinjaman, yang aku memang meminjam projektor tu, so, burden of proof memang terletak dekat pihak aku. Aku kena buktikanyang aku memang tak ambil projektor tu. Weh, kalau memang benda tu aku pinjam, lepas tu aku pulak lupa aku letak mana, aku kena ganti weh!! RM8000 kot...Hahaha.

So, semalam, segalanya telah selesai. Nasib baik Encik Ajiz tu periksa balik senarai inventori dia. Projektor memang cukup. Record dalam cctv pun menunjukkan aku tak pegang pun projektor tu. Hehehe. Tapi!!!!! Yang tak puas hatinya bila ada makhluk-makhluk ni bang!!bang!!boom!!kan aku!!! Cis!!! Hahahahaha.

Semalam, Muhaimin, Freeyn, Zahin, Nizam dengan Tokie pergi UiTM, nak selesaikan hal projektor tu. Pukul 11:16:31, Freeyn mesej aku, "Smoke machine adaa.sblh tgn lg beg itam. Kau konfem tak ni adi?". Ha..aku copy paste sebijik-sebijik tau dalam inbox aku. Haha. Masa ni memang aku dah cuak gila dah. Ya Allah, betulke aku memang ambil projektor tu?? Masa ni memang jiwa raga aku kacau betul. Aku memang yakin, yang aku bawak smoke machine je, tapi disebabkan sifat pelupa aku tu, tiba-tiba keyakinan diri aku tu drop gila. Haha. Masa tu memang aku fikir je, macam mana la nak bayar lapan ribu tu?? Masa aku pergi sembahyang Jumaat, memang waktu antara dua khutbah tu, aku memang doa betul-betul, mintak tolong kat Allah, yang aku memang tak ambil projektor LCD tu. Antara doa-doa yang mustajab, doa antara dua khutbah tu kan(tolong betulkan aku, kalau aku silap). Memang berserah gila.

Lepas sembahyang Jumaat, pukul 15:41, waktu Malaysia, Freeyn call aku, tapi yang bercakap dengan aku, si Muhaimin. Memang suara dia down habislah. MaLinksa tu, aku ni, memang pasrah je. Aku memang tunggu je si Muhaimin nak cakap apa. Lepas tu, si Muhaimin ni, auta aku, cakap, memang projektor tu aku ambil. Waktu ni memang moral aku dah down gila-gila dah. Tapi lepas tu, dia pause kejap. Lepas tu, yang lain-lain belakang Muhaimin tu, jerit, "Bang!!bang!!boom!!. Aku, waktu tu, nasib baik la ada bapak aku kat rumah, kalau tak dah lama aku jerit %#%@&%#*&@%^#$&%@^%$@%$^%^@!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. Ha........Hahaha. Boleh diorang buat main-main dengan aku. Tapi serius kelakar la. Hahahahahahaha.

Tapi, disebabkan benda tu, aku ada jugak la belajar and mengakui salah aku selama ni. Sebab masa aku scroll status orang dekta Facebook, aku terjumpa ada orang post pasal ni : Post yang best!!

So, sekian sahaje lah post aku hari ni. Semoga terhibur!!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...