Saturday, 30 July 2011

Tahan Kencing Dapat Batu Karang




Aku buat post ni lepas tengok Wanita Hari Ini semalam. Haha. Aku tengok wanita hari ini? Haahlah, dah boring tak tau nak buat ape, tengok je lah kan. Kat sini, aku just nak explain pasal batu karang in brief je sebab aku pun tak expert pasal benda ni. Ini semua based on apa yang aku dapat dekat Wanita Hari Ini tu. Kiranya this information is only from a layman in medical field. Huhu.
Batu karang ni, selalunya ada 3 jenis. Paling biasa, kalsium oxalat, kalsium phospate and yang lagi satu tu tak ingatlah. malas nak google. Haha.

Tanda-tanda awal yang korang akan rasa bila dapat batu karang ni, bila tiap-tiap kali korang kecing, kencing korang pekat semacam. Tak pun, sakit pinggang yang teramat sangat. Tak pun, sakit belakang yang sangat sakit.

Mengikut doktor yang jadi panel tu, batu yang lebih besar selalunya sakit dia dekat satu tempat je. Sebab saiz dia besar, so dia tersekat kat satu tempat je. Selalunya kat usus la sebab kat situ tempat air kencing kan. Tapi kalau yang kecil, lagi bahaya sebab batu tu boleh masuk dalam saluran darah yang circulate sampai ke jantung and all part of the body. So, batu tu boleh dibawa oleh darah mungkin ke bahagian hati, jantung or perut. Oushh!! Sakitnya

Untuk nak buang batu tu, selalunya, kalau kecik, doktor memang suruh minum air banyak-banyak. Kalau yang memang besar, kena operate. Pastu, aku ada tengok ada satu orang ni, dia guna rawatan tradisional, dia minum air akar apa entah tak ingat, tapi lepas dia minum, batu tu keluar masa dia kencing keesokan harinya.

Doktor tu cakap, penyakit batu karang ni dah ada lama dah kat muka dunia ni. Ada satu mumia ni, diorang jumpa batu dalam buah pinggang dia. So, dah lama dah la wujud batu karang ni.

Plus, doktor tu cakap, kalau nak elak dari batu karang ni, first, serius memang kena minum banyak air. Sebab lagi sikit air, lagi senang garam-garam or chemical-chemical dalam badan kita termendap and jadi keras. Lagi satu, jangan tahan kencing. Sebab logically, kalau tahan kencing, mesti orang tu takkan minum air kan? So, air dalam badan dia kurang. Plus, tekanan sebab tahan kencing tu mempercepatkan pemendapan and proses chemical tu jadi keras.

Doktor tu cakap, perempuan lagi senang dapat batu karang, mungkin sebab perempuan suka tahan kencing. Perempuan kan suka memilih toilet kan? Kalau kotor sikit, tak nak masuk jamban tu, lagi rela tahan lepas tu kencing kat rumah. Kalau lelaki ni, macam tak kisah, mana sempat je. Haha.



Apa-apa pun, kalau ada nampak tanda-tanda nak kena batu karang ni, pergi jumpa doktor dengan segera!! Itu je sebab kadang-kadang, air kencing kita tu pekat tapi takde darah. Memang dengan mata kasar takde darah, tapi kalau pakai mikroskop doktor, boleh nampak darah.

So, ini just penerangan daripada aku yang tak tau sangat pasal batu karang ni. Mana-mana doktor or bakal doktor yang baca tu, kalau ada yang aku terkurang, jangan marah yer. Hehe.

7 comments:

HARITH ISKANDAR said...

oo name dr td tu Dr Jamil,aku dpt rawatan dr dia la kat Darul Ehsan Medical Cntre (DEMC) s.alam tu.org nyer baik.tp fee dia mmg mahal la sbb dia kan dr pakar.kire logik la.ehe.ak kene sakit ni kat salur buah pinggang kiri.so operate guna laser.sakit jugak la.tp sblom operate tu kene operate utk masuk kn salur pintasan kat b.pgang tu yerus ke pundi kencing.yg ni lagi sakit giler.dkt 2 mgu jgak sakit susah nk buang air kecil.
ape pun nasihat dr jamil tu pemakanan kena jaga.maybe kalau jaga pon kene jugak mybe sbb pnyakit keturunan.yg ni la payah sikit :) .

kg.pisang said...

aishh..tak dapek den bygkan bape lamo mamat dlm pic yg tgh memancot tu tahan kencing!!..mcm pili bomba daaa

- abdul hadi abdul muti - said...

HARITHISKANDAR

owh,pernah kena batu karang rupanya. ada sebab keturunan jugak eah? tq for sharing the information!!

- abdul hadi abdul muti - said...

kg.pisang

yang tu seminggu jugak la kot gamaknya.haha

armouris said...

lagi info tentang batu karang di SIHAT SELALU - Punca Batu Karang Terbentuk

- abdul hadi abdul muti - said...

armouris

tq for sharing the info!!

Sam Bara said...

Bro harith Iskandar -

Just wonder how much operation fee charges by DEMC in your case. I planned to undergone the same treatment like you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...