Tuesday, 24 April 2012

Tepek Pisang

Haritu tengok rancangan Sarapan kat TV3. Host dia dengan Bront Palarae pergi dusun sorang wak ni kat Banting. Lepas tu, adalah sesi memasak tepek pisang lepas penat bagi makan kat kambing. Masa tu, mengidam la pulak nak makan tepek pisang ni. Dulu-dulu opah aku selalu buat benda ni.

Nak buat dia senang je. Ambil tepung, ambil pisang, ambil gula sikit kelapa parut dengan garam.

Mula-mula, lenyekkan pisang sampai hancur.

Lepas tu, letak tepung. Gaul dengan gula. Gula sikit je. Jangan banyak sangat,sebab pisang tu pun dah manis.

Lepas tu, ambil kelapa parut, gaulkan dengan garam.

Lepas tu, ambil pisang yang dah digaul dengan tepung dengan gula tu, lepas tu tepek atas daun pisang yang dah siap potong empat segi tepat, mengikut saiz tepek.
(Yang besen pink tu, kelapa parut, yang besen biru, pisang yang kena lenyek, yang hijau tu, daun pisang, yang putih tu kelapa yang letak atas pisang)

Lepas tu, letak kelapa parut atas sebatian pisang tu, lepas tu, lipat, lepas tu, letak atas kuali.

Tunggu sampai masak.

Tadaa!!!





(Beria buat tepek pisang, padehal project paper, presentation international law, test insurance semua tak habis cover lagi)

7 comments:

Filzati @ Cik Pija said...

hadi! kemain. hahaha lama dah tak tgk lukisan lawak ko. thumbs up! mohon buatkan satu tepek pisang kt aku sbb tak pnh plak makang benda ni =,=

Rozuan Ismail said...

sodapnya. kena suruh mak aku buat ni

Wadi AR said...

nak sikit

~MuMu~ said...

mende ni makanan org mane ekk??
kat sri iskandar pun ade jual, sy try aritu manis giler!!!!

bront palarae aka nasrul shuhaimi.. ekekeke

Razil Tahir said...

nape aku rse cam tak pernah makan? huuuuu..

Rapunzeel Cikilolo said...

standard la keje tak siap. tepek pisang ni terapi perasaan. wahaa~!

MISS Z BERCELOTEH said...

sedapnya..huhuu..nak terailah nanti ^^

http://misszberceloteh.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...