Wednesday, 15 June 2011

Cerita Korea

Post ni bukan nak mengguris atau merobek hati dan sanubari sesiapa. Hanya berkongsi pandangan.

Cerita Korea.

Haih, aku tak faham kenapa sampai sekarang orang suka tengok cerita Korea.

Tak dinafikan, orang Malaysia memang cepat excited dengan cerita-cerita dari negara luar. Tapi dia punya minat tu kejap je. Contoh, awal-awal milenium dulu, banyak cerita-cerita Latin yang dapat top rating. Mula-mula Maria Mercedes. Even Maria Mercedes tu pakai suara Sharifah Shahira, tapi orang suka.



Lepas tu, muncullah cerita La Uso Padora la, Mistress Hermanas la. Kalau tak silap aku, TV3 bawak masuk cerita Rosalinda sebab nak compete dengan NTV7 yang jadi musuh ketat diorang sebab time tu NTV7 je yang bergiat aktif tayang cerita Latin ni. Lepas tu, cerita-cerita telenovela Latin ni dah tak musim dah.



Dekat-dekat zaman ni, muncullah cerita-cerita Korea. Haa, yang aku ingat paling mencanak-canak popular, Winter Sonata.

Sebab ape aku tak tau lah. Aku tak pernah tengok pun cerita dia. Tapi aku tau la lagu dia yang Hizamy eh Hazami nyanyi tu. Masa tu pun, aku tak tau lagu Hazami tu macam mane. Buktinya, masa aku Form 2, aku pernah kena paksa nyanyi atas stage lagu Hazami tu. Ape ntah tajuk dia. Aku tak tau weh lagu tuh. So aku buat melodi sendiri sambil garu-garu kepala. Aku tak nafikan, aku pun pernah jugak layan cerita Korea ni. Cerita Korea yang aku pernah tengok, mula-mula sekali, The Successfull Story Of A Bright Girl.

Lepas tu, sebab kan kawan-kawan aku selalu lepak dekat bilik rehat asrama yang ada tv masa hari sabtu dengan ahad, pukul 4 petang, untuk tengok cerita Full House, so aku pun tengok je la. Tapi aku selalu baring and tumpang bantal orang masa tengok cerita ni. So, dalam pukul 430, aku selalu tidor. Pukul 4.55 macam tu baru aku bangun balik. Haha. Lepas tu, cerita My Girl, pun aku selalu tidor jugak.

Lepas tu, lama-lama aku makin bosan dan tak suka tengok cerita Korea ni. Sebab? Dia punya plot macam lebih kurang sama je. Mesti ada 4 orang. Contoh, W, X, Y, dan Z. W dengan X ni hero and heroin. Yang Y dengan Z pulak penjahat lelaki dan penjahat perempuan yang akan mengacau cinta sejati W dengan X tu konon nya.

Lepas tu, cerita Korea ni selalunya mesti ada scene heroin dia yang macam careless nak mampus. Pakai heels tiba-tiba terpeleot la. Makan cokelat pastu cokelat terkena kat pipi sampai mata la. Alahai, bosan la.

Lepas tu, mesti heroin dia macam gedik-gedik ala-ala budak tadika. Ntah pape. Konon comel la. Pastu suke sangat buat mulut itik. Tu pasal perempuan-perempuan kat Malaysia ni suke posing gambar sambil buat mulut itik. Lepas tu, suke marah tak tentu pasal. Selalunya, dia marah kat hero masa diorang baru berkenalan. Yang heroin ni pulak kalau time bercakap masa marah, mesti bercakap macam kene sumbat nasi. Ape la. Yang ni memang obvious kalau cerita tu pakai bahasa Mandarin. Kalau memang dia pakai bahasa Korea, bunyi dia macam merengek-rengek. Menjela-jela je kalau dengar.

Lepas tu, pelakon dia mesti suka buat scene yang excited-excited terlebih yang fake. Gedik sangat la.

Lepas tu, yang hero, kalau ade scene lawan-lawan mesti tunjuk yang aksi lawan-lawan dia tu flawless gila. Lepas tu, muka nak jambu je.

Tapi, cetita Korea tetap ramai orang tengok. Masa cerita-cerita Winter Sonata, Autumn In My Heart, Summer, Spring sumer tengah meletup-letup, cerita-cerita Indon pun masuk. Tapi, before cerita Indonesia masuk, ade cerita Filipina. Ni ha, cerita Kahit Kailan. Tapi, cerita Filipina tak tahan lama sebab ada cerita Indonesia. Mula-mula Malin Kundang, yang mak dia penyanyi asal lagu Tenda Biru, yang Syuib Sepah suka nyanyi tu. Lepas tu, sape yang tak tau cerita Bawang Merah Bawan Putttiiihh!!

Rika Sumantho dan anaknye Bawang Merah yang durjana tu. Even though banyak scene mengarut, macam kuasa "tatap mata aku" oleh Omma Bertha, tapi cerita tu meletup-letup. Lepas tu, cerita Indonesia dah macam suam-suam kuku.


Tapi cerita Korea tetap ramai yang tengok. Hurm..Moral of the story, cerita Malaysia pun best la.


Lagi satu, kepada yang suka tengok cerita Korea, tolonglah jangan praktikkan tindak-tanduk yang kalian tengok dalam cerita Korea tu ke dalam dunia nyata. Sangat tidak sesuai.

15 comments:

Khadijah Nas said...

kalo perasan kardigen eh macam mana tah eja dia pon popular org dok pakai sebab kesan dari drama drama korea la.. depa negara sejuk yg negara kita ni panas, still sarung jugak termasuk la aku pon.. ahakss

- abdul hadi abdul muti - said...

owh..yeke..haha.baru tau.haha

Razil Tahir said...

boleh blah gak ko hafal sume tajuk drama2 tue.. tabik spring la...
nmpk no ko layan sumer.. huhu
aku plak, satu un xpernah layan except BMBP tp tue un sparuh jalan...
aku nie slalunye lmbt.. org dah tgk drama tue berzaman bru aku tgk.. hohohoho...

- abdul hadi abdul muti - said...

haha.aku tengok sari rancangan tv la

*ATEERA* said...

ko hafal intisari rancangan?
xde keje pe?

Razil Tahir said...

sari rancangan tv tue ape?
Huhuhuhu

Intisari konon...
ko tengok setiap satu drama yg ko mention tue kan? kan? kan?!?!?!!?
ngaku jer ler..

woi..ko katne? jom karok!

a d i n said...

haha, biasela, sume cite ade musim2 die.. nora elena pun same je. xD

Anonymous said...

check this link, copy bags and check coupon code available I0PD0616

IMANSHAH said...

alooo ape cer tentang sijil spm meor

Siti Norshilla said...

ko jeles yek hadi orng len dpt folow sume cite2 tu, ko x dpt yek??? sebab tu la ko bt entri ni kan ;)

kiesya said...

rasanya dulu cerita winter sonata mmg meletop abis kat tv...

senang2 lawatlah ye...

www.duniakiesya.blogspot.com

Anonymous said...

kekeke...agk lawak post kali ni..btol gk..perangai pompuan dlm cite korea mmg x blh diamalkan dlm dunia nyata..tak realistik langsung..even aku fans-cite korea..lama2 bosan gk, lg pown cite korea suka tiru dari negara laen bila dikaji balik..bosan r..so, minatku kini teralih ke citer jepun:p..lebih menarik n membuat kita berpikir 2 kali

- abdul hadi abdul muti - said...

cerita jepun at least mesti dia ada unsur bagi semangat untuk teruskan kehidupan, kan?huhu

Chempaka Sari said...

aku tak tau orang perasan ke tidak, tapi aku ada kawan obses dengan cerita korea, dia gelak pun sweet sweet kucing ala pelakon korea, bila gelak toleh ke tepi. Eh korang paham tak maksud aku ni?

scene makan gelojoh pun aku meluat.

- abdul hadi abdul muti - said...

Chempaka Sari

Tu sebab dia bajet korea lah tu. Haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...