Wednesday, 8 June 2011

Kari



Ding dang ding danh!! Alexender!!! Hah!! Ttiber...!!! Haha.

Korang suke makan kari? Gulai kari atau pon juge dikenali sebagai gulai rempah memang sangatlah popular dan famous dan sangat digemari ramai. Gulai kari ni selalunya orang buat untuk masak ayam, masak ikan, masak ape lagi eah? Urm, masak bendi, masak terong, masak kepala ikan. Tak pun buat cicah roti canai.

Kalau tak suke makan kari, tak Malaysia la kan? Hurm, yeke? Aku adalah orang Malaysia yang memang tak suka makan kari. Bukan la nak eksyen aku ni perasan orang puteh yang alergic dengan kari. Alah, gulai lain macam gulai lemak, masak kicap and semua jenis kuah aku makan je. Tapi bukan kari.

Tekak aku memang tak boleh nak terima kari. Bukan setakat tekak, tapi, perut aku pon sama. Aku pernah paksa makan kari, tapi lepas tu otak aku jam. Pening dalam setengah jam, lepas tu mesti pergi toilet, pastu muntahkan balik kari tu. Hehe.

Kalau makan roti canai, aku lagi prefer cicah dengan kuah dal. Tak pun cicah dengan susu pekat or cicah dengan gula ke. Kari?? Oh tidak tidak tidak. Haha

Tabiat aku tak suka makan kari ni mule tertanam masa aku waktu zaman-zaman kat sekolah menengah kot. Dekat sekolah aku tu dulu, hari Selasa malam kalau tak silap, menu dia kari ikan ape ntah dengan ikan bilis goreng dengan kacang. Kari ikan tu lebih famous dengan nama ikan keramat. Memang disastrous teruk la ikan keramat tu. Ko bau dari pintu dining hall tu pun dah tertutup selera makan. Haha. So, mungkin start dari tu, aku tak makan kari kot.

Tapi, rasanya, dari kecik aku tak makan kari. Sebab tu kalau mak aku masak kari, mak aku akan masak side dish untuk anak bujang trang tang tang dia ni ha. Sebab memang tau, kalau masak kari, aku takkan makan nasi punya. Mesti aku buat air panas cicah biskut je dari makan nasi dengan kari. Haha.

So, sebagai penutup, kari memang sedap kalau orang tu suka makan kari. =)

3 comments:

Sya said...

kari tersangatlah sedappp! boleh dikatakan hari2 saya makan kari.. hehehe.. tgk gmbr pun dh terliur dh ni..

- abdul hadi abdul muti - said...

owh.huhu. memang kontra la dengan saye.huhu

saadah azmin said...

yang menu selasa mlm tu rsenya kt board menu tu tulis ikan nyut2,tpi kteorg pnggil ikan tsunami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...