Sunday, 12 June 2011

Berniaga Di Final Piala FA 2011

Aku ada seorang kawan. Nama dia F-R-E-E-Y-N. Freeyn!! Parent dia ni berniaga dekat Stadium Bukit Jalil. Semalam final Piala FA, Terengganu lawan Kelantan. So, aku dengan 2 orang lagi kawan aku, Mag, dengan Elina, tolong dia berniaga dekat final tu.

Kitorang bertolak dari Shah Alam pukul 9 pagi. Sampai Bukit Jalil lebih kurang pukul 10 pagi. Sampai-sampai je memang dah sesak teruk dekat bahagian dalam stadium. So, terpaksa jalan jauh dari parking ke tapak berniaga. Sepanjang berjalan tu, bas-bas penyokong Kelantan banyak yang dah sampai dah. Penyokong diorang pun ada yang modified kereta jadi rumah.

Kitorang punya tapak berniaga dekat depan entrance penonton untuk penyokong Terengganu. Sampai-sampai tapak berniaga, dah siap pasang khemah. So, tugas kitorang ialah menyiapkan 1500 burger.

Mula-mula aku tak reti nak potong roti burger. Sumpah aku tak reti. Asal aku potong je mesti tak balance. So, aku amil shift menuang sos ke atas roti. Nak buat burger untuk berniaga ni senang je. Mula-mula letakkan roti bawah dekat atas meja. Lepas tu letak kobis yang telah dicencang halus. Lepas tu letak sos dengan mayonis. Lepas tu letak daging. Lepas tu letak sos balik. Lepas tu letak roti yang bahagian atas pulak. Lepas tu bungkus. Siap!!

Itulah kerja kitorang dari pukul 10 pagi sampai pukul 4.00 petang. Tapi kitorang bukan buat burger je. Tapi, nak kene cucuk nugget dengan bebola. Lagi, nak kene buat nasi lemak. Kitorang kene siapkan sebelum pukul 4 sebab pukul 6 penyokong-penyokong Terengganu dah nak masuk stadium dah. So, kene ready la betul-betul semua benda yang nak dijual.

Kitorang jual burger, hot dog cheese, bebola, chhezels, kuaci, kacang kuda, nasi lemak, nasi goreng dengan kuew tiau goreng dengan air.

tepat je pukul 6, RELA dah bukak gate untuk penyokong masuk dah. Ya Allah, time ni sumpah havoc gila. Korang pernah tengok cerita Thor tak? Kan ada masa mula-mula cerita tu, dia tunjuk kerajaan orang baik tu lawan dengan kerajaan ais tu kan? Haa, macam tu la suasana dia. Dengan vuvuzela pin!! pin!! pin!! Tapi best!! Kedai kitorang memang kena serbu habis.

Penyokong Terengganu


Penyokong Kelantan

Penyokong Terengganu ni overall ok. Cuma, tolonglah cakap Bahasa Melayu standart. Aku dah la tak paham cakap Terengganu. Pastu diorang mintak kat aku dalam bahasa Terengganu. Haha. Letih jugak lah nak melayan. Tapi best sebab pengalaman. Semalam, aku dah belajar bahasa Terengganu sikit-sikit. Contoh, se tu maksudnya satu. Ha, yang ni best. Ada abang ni dia bagitau aku, dia nak cucumbit. Aku tak tau la betul ke tidak ejaan tu. Haha. Mula-mula aku blur, cucumbit tu mende?? Pastu aku tanya dia, dia tanya aku balik. Pastu dia nak cepat, dia tarik je beg plastik lepas tu dia bungkus sendiri air dia dengan plastik tu. Rupa-rupanya cucumbit tu plastik ke.. Lerh.. Haha.

Part yang paling best, waktu own goal yang minit ke 90 tu. Mula-mula penyokong Terengganu memang dah ramai keluar stadium dah. Lepas tu, bila gol je, semua serbu pakat dok masuk balik. Ada lelaki ni, dia dah bayar dah duit air, tapi, gol punya pasal, dia lupa nak amik air dia. Haha.

Lepas tu, jualan kitorang memang habis. Licin. Dah takde tinggal apa. Lepas berniaga, kene cuci bekas air, periuk belanga bagai.

Penat memang penat. Sumpah weh, penat and sakit badan dia macam baru lepas main rugby. Haha. Mane taknya, berdiri dari pukul 10 pagi sampai pukul 11 malam. Dapat duduk pun masa duduk dalam sembahyang je. Tapi best sebab pengalaman berniaga tu. And nasib baik penyokong Terengganu pon bagus-bagus belaka.

Kalau boleh, untuk final Piala Malaysia pun, kalau kawan aku tu ajak berniaga lagi, aku memang nak berniaga.



Gol Final Piala FA 2011

2 comments:

memorial cute girl said...

bkn cucumbit la..ha3
ditulis supek

Hazirah Mustaffa Kamal said...

saya rasa cucumbit tu "supik"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...