Monday 7 February 2011

Ceita Marhaen



Memasuki satu lagi pengalaman baru dalamhidup aku membuatkan aku lebih mengenali dunia dan isi-isinya.

Pengalaman baru ini banyak menemukan aku kepada manusia-manusia yang pelbagai ragam. Aku pernah berjumpa taylor yang budget diva konon golongan-golongan selebriti je yang nak tempah dekat dia padahal kedai dia tak laku mana.

Aku pernah berjumpa dengan gadis kecil yang sanggup berdiri selama 3 jam hanya untuk mencari RM 30 sehari.

Aku pernah berjumpa dengan gadis kota Shah Alam yang menyayangi adik-adiknya dan juga ingin berjaya dan mendapatkan duit sebelum memasuki universiti.

Aku sudah bertemu dengan lelaki salesman broadband celcom yang sudah penat mempromosi broadband celcom dengan komisen yang menghampakan.

Aku juga berjumpa dengan bekas pelajar akauntan UiTM yang mengagumi penampilan luaran seseorang yang sekarang menguruskan restoran di komples PKNS.

Aku juga berjumpa dengan bekas mat rempit Pantai Dalam yang punyai keazaman untuk megubah nasib keluarga yang berjaya memandu BMW 5 Series kini.

Aku juga telah bertemu dengan bekas pelajar UTP yang bekerja sebagai doktor si HUKM yang menolak pekerjaan di Abu Dhabi.

Apa yang boleh disimpulkan, pengalaman baru ini mengajar aku lebih memahami dan menyelami dunia yang fana ini. Bukan semua orang bernasib baik. Lebih malang lagi, jika dia sendiri tidak mahu mengubah nasib sendiri.

Yang pasti, duit bukanlah terjemahan kepada dunia kehidupan sebenar.

1 comment:

Inche gabbana said...

menarik. ;)

kehidupan kita adalah tazkirah untuk org2 yg melihat dgn mata hatinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...