Friday 26 August 2011

Si Penjual Kuih

Tadi, masa aku pergi keluar beli sabun dengan telur, aku siggah sekejap dekat gerai jual kuih tepi jalan. Gerai biasa je. Ada van dengan payung. Peniaga yang jaga gerai pulak, seorang makcik dengan seorang lelaki. Sebenarnya, aku kenal sangat dengan diorang ni. Lelaki itu kawan aku masa sekolah rendah. Nama dia Jai. Makcik tu mak dia. Aku panggil mak dia Acik Zee. 

Waktu aku sampai, Acik Zee tegur aku dengan ramah dan mesra. Suka tengok dia senyum. Aku amik keputusan nak stay kejap dekat gerai ni nak lepak-lepak sambil tolong Acik Zee dengan Jai. Iyalah, dah lama kenal. So, nak segan apanya yedak? Sambil-sambil tu, aku tolong-tolong diorang jual kuih. Lagipun, pukul 6 nanti, Jai kena jemput adik dia dekat sekolah agama. Adik dia ada 3 orang. Yang sekolah agama dua orang. Iqa dengan Poji. Adik dia lagi seorang, Form 5, Fatin, ada dekat rumah, tolong masakkan lauk untuk berbuka. So, kesian pulak nanti Acik Zee kena jual kuih sorang-sorang. Lagipun aku bukan ada kerja sangat kat rumah tu. Dok online je keje. Haha. 

Jai tanya aku, macam mana belajar next semester? Duduk luar ke kolej? Study ok ke tidak? Aku jawab setiap soalan dia dengan bersungguh. Sebab, Jai tak dapat masuk universiti macam aku. Sebelum aku teruskan cerita aku ni, mesti korang pelik, mana bapak Jai?

Ok, sekarang aku nak cerita pasal bapak Jai, Pakcik Sham. Dulu, Acik Zee ni buat kuih dekat rumah je. Yang jual kuih, Pakcik Sham. Masa tahun 2008 tak silap aku, sebab masa tu, aku still asasi, Pakcik Sham meninggal sebab accident. Masa bulan puasa jugak tak silap aku. Time tu, Pakcik Sham nak amik balance kuih karipap dekat rumah. Ada dalam 4 bekas. Van yang tempat dia berniaga, dia mintak tolong kawan dia jagakan. Masa on the way balik nak ke tempat niaga, ada CRV try nak potong bas. Tapi, CRV tu potong tak lepas. Bila CRV tu tengah potong, ada kereta Waja dekat lorong belah kanan. Pakcik Sham punya motor depan Waja tu. Ikut cerita, Pakcik Sham try nak elak CRV tu, sebab kalau CRV tu nak masuk kiri balik, ada bas. So CRV tu dah tersepit, dia terus belok kanan sampai blok jalan belah kanan tu. Tapi, Pakcik Sham terjatuh masa nak elak CRV tu, lepas tu, kereta Waja tu rempuh Pakcik Sham. Terseret jugak dalam 50 meter. Memang waktu tu, karipap berterabur atas jalan dengan darah-darah. Yang driver bawak CRV tu takde injured apa pun. Yang driver Waja tu, perempuan, dengan anak dia, cedera jugaklah tapi tak serius sangat. Yang teruk, Pakcik Sham. Umur dia tak panjang. Lepas 3 hari masuk ICU dekat Hospital Ipoh, Pakcik Sham meninggal dunia. Driver CRV tu tak habis-habis minta maaf masa time accident tu. Kalau nak ikutkan, memang dia yang salah. Jalan tu selekoh. Memang tak berapa nak tajamlah kan selekoh tu, tapi, kalau kita bawak kereta elok-elok, sabar, insyaAllah tak accident. Tapi, benda dah jadi, mana boleh nak patah balik. 

Sejak hari tu, Acik Zee terus jadi ibu tunggal. Adik-adik Jai jadi anak yatim. Family Jai pulak memang bukan orang senang. Bapak dialah tempat family dia harapkan makan minum semua walaupun tak semewah mana. Kalau nak ikutkan, Jai dapat sambung degree dekat UKM. Tapi, dia tak dapat biasiswa mana-mana. Result time dia foundation biasa-biasa je. JPA pun tak dapat. So, kalau dia masuk degree tu, memang harapkan duit PTPTN je. Lepas tu, Jai pulak tak sampai hati nak biar mak dia jual kuih seorang-seorang. Sebab Acik Zee ni ada darah tinggi lepas Pak Cik Syam meninggal. Dahlah mak dia yang buat kuih, mak dia jugaklah yang jualkan. Nak harapkan duit Jabatan Kebajikan Masyarakat yang RM400 sebulan tu, zaman sekarang ni, tahan 3 hari je 400 tu. Adik-adik Jai pulak semua sekolah lagi. So, mulai dari hari tu, dia tolong Acik Zee berniaga kuih. Dia tak register pun untuk sambung degree. Kalau bulan puasa, diorang berniaga start pukul 3 macam tu. Kalau hari biasa, diorang berniaga waktu pagi dengan petang. Ramai jugak yang beli.

So, moral of the story, sila bawak kereta dengan berhati-hati. Ketidaksabaran dan kecuaian kita boleh meragut dan membawa kesan buruk bukan sahaja kepada kehidupan seseorang malah, kehidupan sebuah keluarga dan masa depan.

(Gerai Kuih Jai dan Acik Zee)

20 comments:

saya cello191 said...

pandu cermat..jiwa selamat..

^^

- abdul hadi abdul muti - said...

saya cello191

yesza!!

Miera said...

kesiannya dekat jai ni. moral of the story, jangan cuai di jalan raya.

- abdul hadi abdul muti - said...

amierah

tulah, bukan rezeki dia kot ukm tu..

saadah azmin said...

sian jai x dpt smbung bljr,msti dia terkilan

zeehan said...

ok.. skrg akak Zee sgt bersyukur dpt further study... :) Alhamdulillah.. InsyaAllah Jai ade rezeki lain..

- abdul hadi abdul muti - said...

cik misi

mula-mula memang dia down gila. lepas 2 bulan macam tu, dia ok sikitlah. tapi, hati dia, kita tak tahu macam mana kan? huhu

- abdul hadi abdul muti - said...

zeehan

insya Allah. Allah sebaik-baik perancang...

[ faris ] said...

kesian nya dye. inshaAllah dia tolong mak dye.jd anak soleh tuu

LALABIELA said...

kesian dekat diaorang. kita selalu mengeluh x dapat itu, x dapat ini, tapi masih ada lagi yang kekurangan daripada kita.

Unknown said...

Alaaa, kesian Jai. sobsobsob

Zadarizqa Qaseh Resources said...

sedih plak bce cter ni..huhu
tp kn,,klu jai dpt smbung blaja,,6t mak die xyah jual kuih da kn..ley jge kshtan..

aizamia3 said...

sedih baca entry ni..
moga jai dapat sambung belajar walaupun lewat..

tabahlah menghadapi apa jua dugaan buat jai dan family..

wahida said...

sedih aku baca n3 ni..tak pasal2 org yg tak bersalah jadi mangsa...
alfatihah utk arwah pakcik sham...


selamat hari raya aidilfitri bro...
maaf zahir dan batin...

- abdul hadi abdul muti - said...

[ faris ]

tapi dia kata nanti dia nak sambung study lagi. dalam tahun depan kot. huhu

- abdul hadi abdul muti - said...

Nabila Huda

yup. kita patut bersyukur dengan apa yang ada

- abdul hadi abdul muti - said...

Syaza Zul

Takpe, at least dia ada usaha untuk tolong family dan diri sendiri

- abdul hadi abdul muti - said...

puteri katak

tulah. tak tau lagi macam mana. dia dah start simpan duit jugak sebab dianak sambung degree jugak walau macam mana pun

- abdul hadi abdul muti - said...

aizamia3

ansyaAllah, amin!!

- abdul hadi abdul muti - said...

wahida

selamat hari raya kak!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...