Monday 13 December 2010

Jadilah Pengguna Yang Lebih Bijak!!Yeah!!


Malam semalam gas kat rumah aku dah habis. Nak tak nak kene la beli gas baru. Mule-mule bapak aku tanye kat kedai orang melayu ni, boleh hantarkan gas tak? Lepas tu, die cakap, tak boleh, die ade hal family. Hurm, takpelah, lagipun orang kedai ni kawan bapak aku je. Lepas tu, disebabkan mak aku nak masak karipap pagi ni, so, nak pakai gas cepat, bapak aku dengan tak relanye pegi call kedai mamak yang kat Paroi Jaya tu. Bapak aku malas nak call kat kedai mamak ni sebab harge kedai mamak ni memang nauzubillah. Ni, kalau nak suruh antar gas, mesti die cas giler mahal punye lah.

So, jangkaan memang ternyate tepat sekali. Harge gas tu yang selalunye standart 25 ringgit dah jadi 29 ringgit. Tapi, bapak aku tak bising ngan aney yang antar pakai Honda ex5 tu. Tak gune pun nak bertekak-bertekak dengan die time tu.Buat penat je.

Sebagai wargenegare Malaysia yang prihatin, hari ni, bapak aku nak buat report. Nak buat report ni senang je. Korang just call Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di talian hotline: 1-800-886-800 atau Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) di talian 03-7877 9000.

Tak pun, korang call Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional

(National Consumer Complaints Centre NCCC) di :

e-aduan : www.nccc.org.my

fax : 03 7874 8097

tel : 03 7877 9000

email : myaduan@nccc.org.my

sms : 013-myaduan / 692 3826

Tak pun, korang contact dengan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di :

Talian Bebas Tol: 1-800-88-9811

No. Tel : 03-8882 5822

No. Faks : 03-8882 5831

Agensi-agensi ni bukan saje untuk korang nak complain pasal harge barang je, tapi segale hal hal yang ade kaitan dengan hak penggune. Macam kalau restoran tu jual nasi basi sampai korang kene amik mc 3 hari ke. Tak pun, kalau handphone korang tibe-tibe meletup ke. Ha...

Antare kes-kes yang berjaye di settlekan dengan jayenye, macam kes Hain v Syarikat Cinta Abadi. Syarikat ni handle tangkap-tangkap gambar pertunangan si Hain ni. Tapi gambar-gambar die sumer gelap-gelap. Sebagai ganti, Syarikat Cinta Abadi kene repair and bagi gambar yang baru dekat Hain dengan free of charge.

Selain tu, ade satu lagi kes, cerite die, Arif menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada isteri beliau sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan. Lima hari selepas menggunakan telefon tersebut, isteri beliau Rina mendapati ianya telah rosak. Mereka kemudiannya telah membaelefon tersebut kepada ejen yang sah dimana mereka diberitahu ianya adalah telefon klon. Dengan perasaan marah, mereka telah pergi ke kedai dimana telefon tersebut dibeli dan meminta supaya wang dikembalikan.

Tuan punya kedai enggan melayan tuntutan mereka, sebaliknya memarahi dan mencabar supaya melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. Arif dan Rina memfailkan tuntutan di TTPM. Pihak Kedai diperintahkan memulangkan RM1,240.00 kepada Arif dan beliau diperintahkan untuk mengembalikan telefon bimbit tersebut kepada pihak kedai.

Kat bawah ni pulak petua petua yang korang boleh praktikkan time korang nak buat aduan.

Jangan marah-marah. Cool je.

Mane taknye, kalau kite buat report dalam keadaan nak marah je kejenye, maybe ade maklumat yang penting yang terlupe kite nak inform. Bertindaklah dengan sopan.

Ini membuatkan orang yang menerime aduan korang memang MAHU nak tolong korang. Kalau korang marah-marah, nanti si penerime aduan tu nanti jadi macam defensive walaupun sepatutnye die kene bersifat nak tolong korang.

Perkenalkan diri

Jangan memulekan aduan dengan memberitahu korang sebagai lawyer. Or korang adelah seorang anak magistrate. Atau pun, korang ialah penjual putu mayam yang paling best kat Negeri Sembilan. Jangan! Mulekan aduan dengan menyatekan name korang. Contoh, “Assalamulaikum, name saye Rafeah. Ha... Sebabnye, korang nak diorang layan korang sebagai pengadu yang menuntut hak, and bukan dilayan sebagai satu masalah kepade diorang. Haa, ni ha. Lagi satu, jangan lupe bagi nombor telefon korang kat die. Nanti senang die nak buat follow up dengan korang. Takdenye die nak main miscall miscall ngan korang de. Haha.

Jadi seorang yang precise

Make sure korang ade resit atau pun sebarang rekod pembelian, kalau macam contoh mase korang beli mee segere, lepas tu, dalam mee segere tu ade bangkai tupai ke ape, amik gambar mee segere tu dengan tupai tu sekali dengan resit pembelian mee segere tu sekali.. Bagi sebanyak mane details yang boleh, macam – tarikh korang beli, name kedai yang korang beli, atau pun name penjual yang jual barang tu kat korang.

Selain tu, rekod tarikh, mase ngan name orang yang korang buat aduan tu. Kalau die cakap pihak die tak boleh nak selesaikan masalah tu dalam mase yang terdekat, korang tanye die bile korang agak-agak boleh settle, so senang korang nak call untuk nak follow up.

Berterima kasih

Habiskan perbualan aduan korang dengan ucapan terime kasih sebab sudi tolong korang. Kalau korang tahu name penerime aduan tu, korang cakap la, ‘Terime kasih Kiah!! Esok saye call lagi!! Ceh, tak yah nak over sangat la. Cakap terime kasih je, jangan nak ngade-ngade buat bende pelik-pelik.

Let say kalau diorang berjaye settle kan masalah korang dengan jayenye, ape salahnye bagi surat penghargaan kat diorang cakap terime kasih la noh hangpa dok tolong aku pi saman kedai yang juai belacan yang expired dah 2 tahun tuh. Contohnye la. Bangge la sikit diorang. Secare tak langsung, diorang lagi semangat nak buat keje. Ha.. Kire bagi motivasi jugak la kan.

9 comments:

Unknown said...

ha3.bagus gila adi.nanti snang suma da jadi bpak org,asal brg mahal jaa repot ah ape lg.haha

- abdul hadi abdul muti - said...

haha.tu la.nak bagi kesedaran kat orang malaysia ni. kene amik pusing jugak bende bende macam ni.huhu

just another blogger said...

hehe. mak saye kje kt bhgian pngguna ni. ada org repot, g wat body treatment rm3000 tpi berat xturun2. las2 beauty center tu kena denda buat pmpuan tu jd kurus free. hehe. bes2 =)

- abdul hadi abdul muti - said...

Haha. Tu la bagusnye kalau kite tahu hak kite sebagai penggune. Free free je jadi kurus.haha

Cerah Jeff said...

tq berooo..aq dulu tensen ngan kedai makan ni suka2 je naikkan harga makanan tp tataw nak adu kat sapa.. info yg sangat berguna ^^

- abdul hadi abdul muti - said...

Cerah Jeff

ure most wlcome!!ilmu yang bermanfaat harus dikongsi bersama.huhu

asliner said...

wah, nak untung 4 inggit nampak..
sedapnya menekan orang..

betul..
pengguna sekarang kene bijak memainkan peranan masing-masing untuk elak hak sendir dicabuli..

Susie said...

dah follow awak jugak...bagus entry awak ni....

http://susiyantisoleman.blogspot.com/

Order Fluoxetine said...

I really liked your article.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...