Thursday 9 December 2010

Cerita Motivasi, Pilot Dan Ultraman Tiga




Sedeng aku membelek-belek kotak buku buku lame aku yang memang dah berhabuk setebal 3 inci, tibe tibe, aku terjumpe satu buku ni. PILIHAN DI TANGAN SAYA(Asas-asas Motivasi)..

Tadaaa!!


Tak sangke, wujud lagi buku ni. Aku pun dah tak ingat ceramah motivasi mane yang aku pergi yang dapat buku ni. Yela, time zaman-zaman Darjah 6 dulu-dulu, mesti selalu pergi motivasi sane motivasi sini. Tapi, aku rase, bile dah besar ni, buang mase je pergi motivasi motivasi ni. Kesedaran nak memajukan diri sendiri tu aku rase kene datang dengan sendiri. Tak bole ade unsure-unsur luar. Kalau diri sendiri tak nak memajukan diri sendiri, nak buat macam mane?

Ok, lah, berbalik kepade buku motivasi tu, aku selak-selak la dalam die. Pastu aku tersengih sengoh bile tengok satu muke surat ni. Ni die, tengok gambar kat bawah


Tak clear eah? Ok, meh aku bacekan.

Saya memilih kerjaya

sebagai Pilot

kerana

1. Saya suka dengan kapal terbang

2. Pilot adalah satu pekerjaan yang seronok dan mencabar

3. Saya boleh melancong ke negara asing

ANDA telah pun memberi tiga sebab kenapa anda harus memilih kerjaya tersebut. Apakah yang harus anda lakukan untuk mencapai cita-cita tersebut.

Ha, macam tu la yang tertulis kat muke surat 10 buku tu. Naif betul jawapan. Nampak sangat tak matured. Standart budak darjah 6. Biase la tu. Haha.

Mase tu, aku terdorong nak jadi pilot sebab aku memang minat betul tengok Ultraman Tiga kat Kids@NTV7, pade hari Sabtu, pukul 11 pagi. Haha. Mase tengok Ultraman Tiga ni la aku terkasima betul tengok jet jet yang dipandu oleh pilot-pilot anggote pasukan GUTS. GUTS ni yang macam skuad pelindung yang lawan ngan raksase yang selalu tolong Ultraman tu. Haha. Dalam citer ni, jet-jet die, kalah pertunjukan Sukhoi i tell you,ha!!Haha.

Ni la salah satu jet GUTS.

So, tu yang mati mati nak jadi pilot tu. Tapi, apekan daye, cite cite darjah 6 aku tu memang tak kesampaian. Semakin kite meningkat dewasa, semakin banyak factor yang perlu kite consider untuk memilih cite-cite. Bukan setakat sebab tengok Ultraman Tiga semata-mata, tetapi seperti market demand, kelulusan akademik, ketahanan fizikal dan mental, dorongan keluarga , keputusan peperiksaan SPM, tajaan biasiswa dan sebagainye.

Tak sangke ko boleh jadi inspirasi cite cite aku.

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...