Wednesday 8 December 2010

Jamal Abdillah


Pagi ni, sambil breakfast sandwich bakar dengan teh panas kat umah, aku tertengok Malaysia Hari Ini Makcik Abby Fana dengan Abang Fedtri Yahya tu tengah interview dengan Encik Jamal Abdillah. Wah, lame dah tak nampak. Aku je kot yang selalu tak nampak penyanyi ni kat tv. Aku pon bukan follow sangat industri hiburan ni. Huhu. Interview ni pasal konsert die yang nak buat bile ntah.

Aku memang minat betul dengan suare macho Jamal Abdillah ni. Memang sedap kot. Dulu-dulu, Cikgu BM aku time form 5 yang sangat happy go lucky, Cik*** ade tanye kelas kitorang, nanti, time old boys weekend, nak panggil artis mane nak buat show? Pastu, ade yang cakap name Mawi la, yela Mawi kan tengah top time tu, Siti Nurhaliza la(memang tak dapat la). Muse? Coldplay? Pussy Cat Dolls? Lagi la mustahil. Haha. Mase tu, mane ade Yuna, Ana Raffali, Zee Avi, Bunkface, Hujan, Meet Uncle Hussein sume.Paling paling top indie band time tu pon Couple. Tapi, mesti cikgu cikgu tak nak punye Couple ni perform even Adil Couple tu budak sekolah kitorang gak. Haha

Lepas tu, kitorang cakap la artis mane pon. Cikgu ni nak jugak Jamal Abdillah. Last2 takde pon Jamal Abdillah ni perform. Huhu.

Kat bawah ni, profile Jamal Abdillah, ehsan dari nasron.wordpress.com

Nama : Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali

Nama Komersil : Jamal Abdillah
Nama Panggilan : Amal
Tarikh Lahir : 7hb Mei 1959
Asal : Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan
Pendidikan : SPM (Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan)
Keluarga : Anak sulung dari 7 orang adik-beradik

Jamal Abdillah atau nama sebenar beliau Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali dilahirkan pada 7hb Mei 1959. Beliau merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik yang terdiri dari 5 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan. Antara adik-adik beliau adalah Jamilul Hayat, Helmi Husseini, Elby Husni @ Kamal Abdillah dan Ahmad Tihami @ Hamka selain 2 orang lagi adik perempuan.

Beliau mendapat pendidikan awal sekolah rendah di negara Brunei Darussalam dan menyambung persekolahan menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan, Perak. Kemudian beliau meneruskan persekolahan beliau dari tingkatan empat ke tingkatan lima di negara Brunei Darussalam sekali lagi kerana mengikut ayah beliau yang bertugas di sana. Perlu ditegaskan di sini bahawa bakat yang terdapat dalam diri beliau adalah bakat semulajadi dan beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik. Sebelum menyertai pertandingan Bintang RTM 1979, beliau pernah menyertai Pertandingan Bintang Kecil seluruh negara Brunei Darussalam pada tahun 1973 dan juga telah menyertai 9 pertandingan nyanyian yang kesemuanya beliau menjadi johan!

Jamal Abdillah adalah satu-satunya penyanyi solo yang paling popular di Malaysia dan setiap golongan masyarakat meminati beliau. Populariti beliau meningkat lagi apabila beliau mula mencuba bakat dalam bidang lakonan. Beliau telah diberi peluang berpasangan dengan bintang pujaan tanahair, Fauziah Ahmad Daud dalam filem ‘Azura’ keluaran Sabah Filem pada tahun 1984. Kemunculan beliau dalam filem ‘Azura’ telah berjaya memikat hati peminat-peminat dan pengkritik-pengkritik filem dengan memberi semangat yang Jamal Abdillah mempunyai potensi untuk muncul sebagai bintang filem yang ternama. Filem ‘Azura’ juga merupakan filem Melayu pertama yang berjaya memperoleh kutipan tiket mencecah RM1 juta dalam sejarah perfileman tanahair!



5 comments:

IMANSHAH said...

cg masa masuk nyanyi nyanyi lagu jamal gak..haha..Tapi jamal nyer suara memng tak leh lawan lah

- abdul hadi abdul muti - said...

Haha. Citer la sikit pengalaman masuk tu kat hok sengoti

yanmaneee said...

yeezys
curry 5 shoes
vapormax
Kanye West shoes
off white
yeezy boost 350
balenciaga
jordan shoes
christian louboutin outlet
hermes belt

Unknown said...

my sources t1o16l9j61 replica bags buy online replica bags philippines wholesale why not try this out a4r86y8x36 buy replica bags online replica bags korea find out here m9j08p6c13 fake louis vuitton replica bags paypal accepted

nesinel said...

o5k51m6b71 m0i58s8u44 g4c62i7n74 c3i71a1m96 b2e57c9y06 t4g11u6u39

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...