Wednesday 8 December 2010

Police Report Recipes

(Imej adalah ehsan daripade malaysiakini)

Dekat Malaysia, setiap individu ade hak untuk buat report polis. Tapi kadang-kadang ade stengah polis, especially time dulu-dulu,(bukan semue) yang kadang-kadang sengaje encourage public untuk tidak buat report kat diorang. Antare alasan polis yang macam tu, balai tu takde kuase nak handle perkare yang dilaporkan tu. So, nanti diorang suruh kite pergi balai lain pulak. Lepas tu, balai lain tu pulak cakap bende same. Last2 orang yang nak buat report tu pun penat dan meluat, last last tak jadi terus buat report. Ini pernah terjadi ye sedare sedari sekalian.

Untuk mengetahui lebih lanjut, mari saye terangkan prosedur sebenar nak buat report polis ni, so, nanti senang kalau ape ape yang jadi kat kite kan?

Pertame tamenye, mari kite lihat Seksyen 107 Kod Prosedur Jenayah(Criminal Procedure Code). Dekat seksyen ni, polis wajib meletakkan aduan yang berbentuk oral kepade yang berbentuk hitam putih (in a written form). Selepas polis tu dah buat in a written form, report tersebut mestilah disahkan oleh si pengadu tadi. Aduan hendaklah direkod di dalam buku aduan yang disertakan tarikh dan juge mase aduan. Pengadu tadi juge hendaklah menandetangani report yang telah dibuat.

Anda boleh menyediakan sendiri aduan sebelum pergi ke balai polis dengan menaip menggunakan komputer bagi memudahkan proses di balai nanti. Anda juge digalakkan untuk menyediakan siap siap dokumen yang berkaitan dengan aduan yang hendak dilakukan. Contoh, kalau kes dera, bawak sekali gambar ke, bawak kamera ke, kalau korang ade rekod perbuatan dera tu. Contohnye la kan..huhu

Polis kene terime aduan walaupon korang buat aduan bukan dekat balai polis. Contoh keadaan, korang buat aduan kat pondok polis. Even polis yang tengah meronda kat kawan taman perumahan pon kite boleh buat report. So, police tak boleh nak bagitau korang yang die tak boleh amik statement korang sebab alasan die, kalau nak buat rept, kene pergi buat kat balai polis. Contoh, abang polis, tadi saye ade nampak orang pergi ragut gelang tangan, gelang kaki, cincin berlian ngan rantai emas sorang makcik ni. Pastu, polis tu kate, eh, kalau nak buat repot, kene pegi balai. Ha...korang cakap je pasal Seksyen 107, Criminal Procedure Code, yang mane, polis tak boleh nak refuse repot yang buat kat luar balai. Kalau polis tu tak nak gak, korang boleh remind die yang die dah melanggar integrity sebagai seorang polis. Aduan yang diterime di luar balai polis hendaklah direkodkan name dan alamat pengadu, tarikh dan mase aduan dibuat, pastu, polis yang menerime aduan tu kene bagi aduan tu dekat pegawai yang bertugas dekat balai/officer in charge of a police station atau pun polis yang memang keje die menerime aduan. Aduan tersebut mestilah ditulis, dan direkodkan di dalam buku log dan pengadu kenelah sign repot tu.

Antare maklumat lain yang anda patut tahu.

Subsection (4) of Section 107 of the criminal procedure code provides

A police officer shall be duty bound to receive any information in relation to any offence committed anywhere in Malaysia.

114 of the CPC which provides as follows:

No police officer or other person shall prevent or discourage any person from making in the course of a police investigation … any statement which he may be disposed to make of his own free will.

Section 114 CPC is applicable to all citizen.

Ramai di antare kite yang merasekan tak de faedah nye pegi buat repot polis ni. Bukan ade effect pon. Ye, saye, paham sangat dengan perasaan tu. Saye pernah ade pengalaman buat repot kat balai polis satu ni. Officer dalam balai tu dah la letak kaki kat atas meja. Hisap rokok pulak tu. Annoying giler. Dah la rambut belah tengah. Kalau kawan kawan saye mase mude mude dulu,rambut belah tengah ni juge dipanggil belah p****t. Haha. Nak buat repot polis pasal dompet ilang. Rasenye die tak buat pape pon. Die just cakap lain kali jage elok elok. Dompet tu, nasib baik Encik Imanshah yang jumpe. Macam mane ntah die boleh jumpe. Petang tu, lepas main basketball, Encik Imanshah yang memandu kia spectra gold yang bernombor AFL 789, dan juge Encik Zaidi, warden green house time tu, stop depan white, bagi saye dompet balik. “Tak saying ic ke?’’. Kate beliau. Terime kasih la cikgu, kalau tak habis kene beratr kat jabatan pendaftaran negare sebab nak buat ic baru.

So, disebabkan ade setengah setengah pihak polis yang memandang enteng dekat aduan yang diberikan kepade diorang, make Seksyen 107 telah digubal. Seksyen ni member kuase kepade pengadu untuk mengetahui status perkembangan siasatan tentang aduan yang diberikan. Dalam kate lain, Seksyen 107 memberikan anda hak untuk request for ‘a report on the status of the investigation of the offence complained of’(repot tentang status penyiasatan mengenai kesalahan yang telah diadukan) daripade OCP yang menerime repot anda sebelum ini. OCP harus to memberitahu status tentang report tersebut dalam masa 2 minggu selepas permintaan untuk megetahui status repot dilakukan. Namun begitu, hak untuk mengetahui status penyiasatan ini mempunyai 3 syarat yang harus dipenuhi oleh pengadu. Pertame, aduan mestilah melibatkan seizable offence sahaja(kesalahan yang membenarkan suspek ditahan tanpa waran tangkap). Kedua, hanye boleh minte status siasatan selepas 4 minngu daripade tarikh anda membuat repot polis. Ketiga, jika pemberitahuan status penyiasatan boleh mengganggu siasatan atau pendakwaan di mahkamah. Hurm, syarat ketige ni macam bagi advantage kat polis la pulak.

Jika OCP gagal untuk memberi ape ape respond mengenai status penyiasatan anda, anda boleh menulis terus ke Pejabat Peguam Negara mengenai kegagalan tersebut. Pastikan anda letakan nama Pegawai Penyiasat yang terlibat, nombor telefon pegawai penyiasat tu, salinan repot polis anda dan salinan dokumen yang berkaitan. Pejabat Peguam Negara boleh mengarahkan OCP yang terlibat untuk memberikan status penyiasatan kepada pengadu, atau salinan status siasatan tersebut diberikan terus kepada andayou diberikan kepada OCPD untuk diberikan kepada anda .

Sumber : Loyar Buruk

Criminal Procedure Code yang dibeli dekat Pekan Buku, Seksyen 3, Shah Alam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...