Saturday, 4 December 2010

Terase Macam Nak Bela Kambing



Dari kiri : Bieber, Jacob dan couple nye, Bela, dan last sekali, Bruno.


Tadi sempat tengok MAHA. Kat tv je. Tak pergi pon kat tapak ekspo yang kat Serdang tu. Hehe. Sempat jugak tengok kambing kambing yang ade jual dekat situ.

Dulu-dulu, mase aku pergi rumah Mak Cik Idah, kat Kampung Talang Ulu, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus, ade la kambing die ni masuk rumah. Maso tu tongah boghayo. Tibo tibo lak ai masuk kambing ni ha. Bosar lak tu.Dah jomu agak eh makan ghumput yo. Haghi tu pulak tibo tibo yo nak moghaso makan bahulu. Yo la, ghayo la katokan.Kolam kabut di buek eh.(Haiyo, speaking nogohi la pulak) Mak Cik Idah ni, dengan penuh relax dan steady, pergi angkat kambing tu. Aku tengok adegan mengangkat kambing tu, alahai comel pulak.

So, semenjak dari tu, aku suke tengok kambing. Muke kambing dah la kelakar. Blues pulak tu. Rase nak bele je. At least, kalau bosan-bosan, boleh jugak teman kambing aku makan rumput. Sambil tu, sembang-sembang pastu peluk-peluk kambing tu. Dapat jugak lepaskan tension. Sesi terapi bersame kambingku. Oh, sweet sangaat!!!haha

Dulu dulu, atuk ngan wan aku ade bele kambing biri biri. Ade la dalam 10 ekor. Selalu jugak aku bagi makan kat kambing ni time petang-petang. Tapi sekarang da tak de da. Semue da jual. Ade gak yang da mati. Sedih nye..

Tapi, macam mane la aku nak bela kambing aku sendiri? Memang mustahil la. Sekor pon paling murah 500 ringgit. Mane la nak dicekau duit? Lepas tu, rumah aku yang kat Seremban ni, kawasan perumahan. Memang boleh kene saman under tort of public nuisance ngan strict liability:rule of Ryland and Fletcher kalau aku bele kambing ni. Dengan taik die yang macam cip coklat tu lagi. Bunyi mbeek mbeek die lagi. Die nak makan lagi. Kang tak pasal pasal kambing aku pegi makan daun pokok mempelam makcik barizah, jiran umah depan aku ni. Haha.


Alololo...comel gile

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...