Sunday 7 August 2011

Semeriah Juadah Disaji, Meriah Lagi Ukhuwah Diantara Kami

Wah, tajuk post, bebunga-bunga!! Haha

Pada 6hb Ogos 2011, seperti yang telah dirancang selama dua bulan, Majlis Tahlil Arwah Shah Nour & Majlis Iftar Stariano37 2011 telah diadakan. Adoi, skema betul penggunaan tatabahasa.


Aku memulakan perjalanan aku ke Shah Alam dengan menumpang kereta Muz. Tumpang budak UK ni je, tak mampu nak pakai kereta sendiri kan. Haha. Hujan turun menyimbah dengan lebatnya masa kitorang bertolak daripada masuk tol Senawang sampai ke Nilai. Alhamdulillah, masuk je area Sepang, hujan dah berhenti. Aku risau jugak kalau hujan, first, kitorang punya safety, since jalan licin and jarak penglihatan pun kabur. Second, Waqi naik motor dari Melaka pergi Shah Alam, so mesti bahaya jugak kalau dia lalu area Seremban.

Perjalanan dari Senawang ke Shah Alam ada la dalam sejam. Seperti dijanjikan,kitorang berkumpul dekat Stesen Petronas Seksyen 7 dulu before bertolak ke Jeram. Kereta pertama yang sampai ialah kereta Hariz yang datang dari Ipoh. Dalam kereta Hariz ada Afry and Aus. Satu melepetaka telah menimpa kereta Satria Hariz sebab tingkap dekat belah driver dah tak boleh nak naik ke atas sebab dia dah tenggelam dalam pintu. Jenuh nak tarik tingkap tu balik, nasib baik ada warga Bangaladesh yang kerja dekat Petronas tu, dan juga ada seorang Pakcik Carring ni tolong naikkan balik tingkap cermin kereta Hariz. Kalau tak, kalau hujan, memang banjirlah kereta dia. Haha.

Kereta kedua yang sampai Petronas ialah kereta Muz. Pembawa kereta, Muz, penumpang, Aku. Haha. Diikuti oleh kereta Ajiq dan Wan. Kereta Ajiq ni, kewarasan dia sebagai kereta agak diragui. Yang ketiga sampai, kereta Toped, yang dimeriahkan lagi dengan Mitchy, Haziq, Ijat dan Palam. Seterusnya, kereta Yun, yang dalamnya ada Hakim dengan Shrek. Lepas tu, kereta Maos, yang ada Waqi dengan Amoi, lepas tu Pekno, yang kedatangannya dengan tiba-tiba. Then, barulah kereta organizer besar datang, Aizat dengan Chagri. Haha.

Toped siap bawak kereta tabligh


Maos, Amoy dengan Waqi, yang naik motor dari Melaka, meredah hujan segala

Pukul 245, kitorang bertolak dari Petronas Seksyen 7 Shah Alam terus ke Masjid Jamiur Ridhwan, Kampung Jeram, Selangor. Tapi sebelum tu, Aizat try keluarkan duit untuk bayar bubur dengan makan berbuka. Sekali tak boleh keluar duit tu. Dah 3 kali try, tiga-tiga tak boleh. Tapi, keadaan terkawal, jangan bimbang. So, kitorang gerak je pergi Jeram. On the way ke Jeram,kitorang singgah dekat Kuarters TNB Kapar, kawasan tempat tinggal organizer besar, Aizat, untuk amik bubur lambuk. Akak yang kitorang tempah bubur lambuk ni memang dah biasa deal dengan Aizat ni. Masa tanya harga bubur lambuk tu, dia cakap, ikut suka kitorang nak bayar berapa. So, kitorang bayarlah RM 100. Sebab kitorang order 50 bubur lambuk. So, kiranya, satu bubur lambuk, bersamaan dengan RM 2. Tapi, akak ni cakap, bagi dia RM 50 je. Wah,pemurahnya akak ni. Mana nak dapat bubur lambuk satu seringgit kan. Semoga akak bubur lambuk ni dimurahkan rezeki hendaknya.

Perjalanan diteruskan lagi dan konvoi dari Shah Alam sampai ke masjid pukul 330 pm. Aku dengan Aizat meneruskan perjalanan ke Sungai Buloh untuk mengeluarkan duit. Sampai kat pekan Sungai Buluh, kitorang terdengar perbualan pakcik-pakcik dekat ATM Bank Rakyat. Katanya, semua ATM takde duit. Dia baru pergi BSN. ATM BSN out of service.


(Menunggu Waktu Asar di Masjid Jamiur Ridhwan)

Percubaan di ATM Bank Rakyat Sungai Buluh gagal. Kami hampa. Down!! Lepastu, kitorang try cari Maybank sebab sangkaan kitorang, duit tak boleh keluar sebab kad yang kitorang pakai, kad Maybank, tapi ATM yang kitorang cucuk, ATM non-Maybank. So, aku tanya dekat akak jual topup, dekat Sungai Buluh takde Maybank ke. Akak tu dengan senyum manis nya cakap, takdela dik, kalau nak pergi Maybank, kena pergi Kuala. Maksud Kuala di sini ialah Kuala Selangor. Arghhhh!!!! Jam menunjukkan pukul 412pm. Asar makin dekat.

Aku dengan Aizat memang gerak terus pergi Kuala Selangor dengan harapan boleh keluar duit. Sementara tu, plan B, kitorang contact Udin, orang kaya Starian037. Tanya dia, ada duit tak untuk spare nak bayar duit makan berbuka. Udin, dengan suara malas-malas manja dia tu, cakap, dia ada RM300 je. Lepas tu, dia tunggu dekat tepi Maybank Kuala Selangor.

Perjalanan nak ke Kuala Selangor ni memang dugaan sebab jam dan banyak traffic light. Kitorang sampai Kuala Selangor dalam pukul 425pm. Aku, Aizat dengan Udin try keluarkan duit, namun usaha kami nyata sia-sia sebab kad Maybank tu dah tak aktif, so, nak transfer duit ke akaun aku dengan Udin pun tak boleh.

Nasib baik Haji Zaid, bapak kepada Aizat ni dapat tolong kitorang. Haji Zaid cakap, nanti dia datang masjid, bagi duit dia dulu. Hari Isnin pergi Maybank, aktifkan balik kad, so, duit dalam akaun tu boleh ganti balik. Hehe. Nasib baik ada Haji Zaid, kalau tak, memang kena cuci pinggan lah lepas berbuka puasa sebab takde duit!! Haha.

Perjalan dari Kuala Selangor ke masjid mengambil masa 15 minit. Sampai-sampai je dekat masjid , dah iqamat dah.

Selesai solat Asar, kami batch Starian037 bersama imam, bapa kepada arwah, abang arwah, ibu arwah dan kakak ipar arwah mengambil tempat untuk bacaan tahlil. Bacaan tahlil juga disedahkan kepada ibu kepada Luqman, yang telah menghadap Ilahi baru-baru ini. Semoga bacaan tahlil sampai kepada mereka.


(Sembahyang Asar Berjamaah)


(Bacaan Yasin Dan Tahlil)


(Ucapan daripada bapa arwah)

Selesai tahlil, bapa arwah memberikan ucapan terima kasih dan memberikan kata-kata nasihat kepada kami. Sayu mendengar ucapan daripada beliau. Bubur deberikan kepada pihak masjid untuk diagihkan semasa moreh tahlil. Sebelum kami menziarahi kubur, Aizat sempat menjemput ibu Arwah Shah Nour untuk berbuka sekali bersama kami di Aroma Ikan Bakar. Namun, keluarga arwah tidak dapat serta kerana ada majlis berbuka bersama menantu baru katanya. Buat pengetahuan, abang arwah Shah Nour, Encik Iwan, baru sebulan berkahwin. Tahniah diucapkan!! Huhu

Kami meneruskan perjalanan ke kubur arwah. Sesampainya di sana, kami membersihkan pusara. Kubur arwah dan kubur-kubur lain memang dijaga rapi. Memang qariah dekat situ memang jaga betul tanah kubur tu.

(Semasa Menziarah Kubur)



(Al-fatihah dan doa disedekahkan kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Allah.)

Selesai menziarahi kubur, kami terus bergerak ke Aroma Ikan Bakar. Pantai Jeram, Selangor. Tempat makan kitrorang memang atas jeti yang betul-betul mengadap Laut Sumatera. So, angin dia memang best. Pemandangan pun best. Saat matahari terbenam paling lawa sekali. Indahnya ciptaan Ilahi. Kitorang mengambil kesempatan sementara berbuka untuk bertegur sapa dan mengambil gambar. Bertegur sapa tu macam sopan je bunyinya, padahal, kitorang punya meriah, dah macam tempat tu kitorang yang punya. Riuh rendah!! Almaklumlah, bukan senang nak berjumpa.

Sebelum waktu berbuka, kami dihidangkan dahulu dengan tazkirah daripada Ijat. Haha.Sewaktu azan berkumandang, nasi untuk meja kami tak sampai lagi!! Haha. Riuh takde nasi masa ni. Aku dengan Aizat pun tanya kaunter, rupa-rupanya restaurant tu lupa nak bagi nasi. Haha. Nasib baik ada buah tamar dan kerang bakar untuk dijamah sebelum makan. Kami juga sempat menambah 6 jag air tembikai. Mula-mula akak tu macam tak percaya je kitorang nak tambah 6 jag, sebab takut mrmbazir. Tapi kitorang janji, habis punya, dan janji itu memang kitorang tunaikan. Haha.

Lauk-lauk :

(Ikan Siakap Masak Aizzul)

(Udang Butter. Kepada Wan, Yang Kuning Tu Bukan Kelapa. Yang Tu Telur. Tolonglah Jangan Ingat Yang Kuning Tu Kelapa. Haha.)

(Tom Yam Campur)

(Pari Bakar)

(Sotong Goreng Tepung)

( Bakar)

(Jom Makan!!)


(Muka Mat Tambah Merangakap Orang Kaya Starian037. Haha)


(Apesal Posing Sama? Haha)

Selesai makan, masing-masing bergilir-gilir ke surau yang telah disediakan pihak restaurant untuk bersembahyang maghrib.

Niat di hati memang nak pergi terawih. Dah janji dah nak pergi masjid terawih sama-sama, tapi, masa tidak mengizinkan. Hehe. Ambik buku, tutup muka, malu.

Lebih kurang pukul 9 malam, semua mengambil jalan pulang. Saat-saat ni aku rasa paling best bila kita salam-salam sebab dah nak balik. Tak tau la kenapa tapi kalau tiap kali event, masa salam-salam ni yang paling best.

Aku dengan Muz bergerak pulang ke Seremban dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (Plus) Itu pun nak bagitau ke? Haha.


(Tayar Kereta Yun Pancit!! Siapa Yang Berat Sangat Ni?? Haha)


Sampai dekat Seremban, Muz ni lapar lagi rupanya. Haha. So, kitorang singgah dekat kedai ape ntah nama dia untuk makan roti john. Roti john kat kedai ni terbaik!! Cuma tempat je sesak gila. Kedai ni jarak dia dengan rumah aku lebih kurang 500 meter je tapi aku tak pernah makan sini and tak tau pulak kedai ni popular. Haha.

Pukul 1130 malam, aku selamat sampai di rumah. Alhamdulilllah..

All in all, terima kasih yang tak terhingga kepada semua warga Starian037 yang telah bersama-sama menyumbang dalam menjayakan event kali ini. Terima kasih juga kepada keluarga Arwah Shah Nour yang memberikan keizinan kami untuk mengadakan majlis ini. Tidak dilupakan juga kepada Haji Zaid sekeluarga yang telah menempah tempat di Aroma Ikan Bakar, yang meberikan wang pendahuluan kepada kami sebab duit tak boleh keluar daripada akaun dan yang sudi memandu terus dari Kapar ke masjid Jamiuul Ridhwan semata-mata untuk memberikan duit. Terima kasih diucapkan kepada semua!!

Masa event ni, ada ura-ura nak buat jamuan aidilfitri. Organizer : Muhammad Saifuddin b Shaharoni. Haha.

2 comments:

IMANSHAH said...

dah khatam dari awal hingga akhir..seronok tengok majlis ni..kalaulah dapat join (sibuk je kan)

- abdul hadi abdul muti - said...

IMANSHAH

cikgu kan dijemput, ape pulak menyibuk nye.huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...