Money is not everything. But the truth is, everything is about money. Semalam, paper semua keluar berita harga roti canai dengan teh tarik dekat semue kedai mamak dah naik. Presiden kedai mamak ni cakap, tak payah nak negotiate dengan kerajaan. Naik harge pon orang still beli. Huh!!
Tapi, nak ke taknak, kite ni kene terime jugak yang mostly, harge barang akan naik tahun depan sebab minyak pun dah naik sekarang ni. Faham-faham je la. Kalau minyak dah naik, semua bende pon nak naik. Bile dah naik, memang harapan sangat la barang tu nak turun balik harge die.
Mase aku belajar ekonomi dulu, negare kite ni separuh kapitalis, separuh sosialis. Kalau kapitalis, harge barang ditentukan ikut pasaran. Kalau sosialis, harge barang ditentukan kerajaan. Kat Malaysia ni, kite pakai dua-dua. Sebab tu ade harge siling ngan harge lantai. Tapi, kalau peniage nak naik harge, memang kerajaan ade kuase nak amik tindakan, tapi sampai bile? Kalau peniage ni nak jugak naikkan harge, diorang sorok barang tu. Contoh, gule. Gule tu sebenarnye ade je, cume peniage je yang sorokkan sebab nak desak kerajaan naikkan harge. Last-last naik jugak. Mahal macam mane pun, orang terpakse beli jugak sebab memang keperluan seharian.
Hari tu pun, kat berite, keluar isu pasal living cost yang tinggi melebihi daripade gaji. Gaji ciput wala’ut tapi harge barang tinggi mencacak-cacak. Bende ni bukan rakyat biase je cakap, tapi pakar ekonomi sendiri yang cakap. Then, diorang cakap, naikkan gaji pon useless jugak sebab nanti jadi inflasi pulak. Duit banyak, tapi harge barang sikit. Tak silap aku, dalam ekonomi, inflation happen when demand is greater than supply. Ceyhceyhceyh!!
So, aku rase, antare penyumbang bende-bende tak elok jadi kat Malaysia sekarang ni,maybe salah satu sebab, tekanan hidup. Ingat lagi tak kes yang student kolej jururawat kene kidnapped pastu kidnappers tu kene tangkap polis sebab kereta Avanza die tergolek macam kure-kure kat tengah jalan. Nampak sangat diorang tu tak pernah buat kerje-kerje jenayah macam tu. Mungkin sebab nak bayar hutang, diorang terpakse buat macam tu. Manusia ni kalau dah terdesak, die sanggup buat ape je.
Dan mungkin jugak, sebab hal ni, ramai yang dapat stress. Stress yang sampai dapat penyakit mental. Penyakit mental yang sampai bawak kepade bunuh-membunuh. Mane taknye, bayangkan kalau gaji RM2000-RM3000. Anak ade 4 orang. Semua sekolah. Nak tanggung belanje sekolah, yuran sekolah, nak bayar bil air, bil elektrik, nak bayar duit rumah, duit kereta, minyak lagi. Belum campur nak makan lagi. Ikan pon sekilo dah berape ringgit? Nak beli beras, beli milo, tepung, susu semua. Tak ke pening? Tu belum tolak EPF la ape la segala bagai.
Lagi satu, pinjam Ah Long. Dah takde duit sangat, kene jugaklah pinjam kat diorang. AKu rase, memang dalam dunia ni mane ade yang nak pinjam kat Ah Long ni. Tapi sebab payah nak dapatkan duit, terpakselah jugak amik risiko. Nak buat loan kat bank? Nanti, bank nak tengok berape gaji tetap sebulan, kene cari guarantor lagi. So, possibility nak buat loan kat bank memang rendah lah.
Kes-kes sumbang social remaje pun makin banyak maybe sebab parents terpakse abaikan tanggungjawab sebab nak cari duit. TERPAKSE ABAIKAN okayh, bukan suke suki je nak abaikan. Yela, cari duit pon tanggungjawab diorang gak. Kalau tak, sape nak tanggung anak-anak?
So, kesimpulannye, aku pun da macam blur nak bagi suggestion macam mane nak settlekan masalah ni. Cume, mane-mane yang baye-baye aku, yang still belajar tu, belajarlah betul-betul. Nanti insya-ALLah cerah mase depan. Boleh tolong mak bapak. Tapi, tu lah, jadi student sekarang pon pening. Nak bayar yuran, buku, tambang bas, minyak nak pergi kelas, makan lagi. Aduinaa...