Saturday 30 July 2011

i Pad Merenggangkan Hubungan


Haritu aku pergi keluar makan dengan Muz, Shrek dengan Arip dekat Ampangan. Shrek dengan Arip kerja dekat Johny JJ Seremban 2 masa cuti ni. Diorang cerita kat aku pasal satu suami isteri ni.

Diorang makan berdua dekat situ. Dua-dua kaya la kot sebab dua-dua ada i Pad. Kau mampu? Haha. Masa makan, daripada start diorang duduk kat situ, sampai habis steamboat, diorang asyik ngadap i Pad diorang je. Yang isteri sibuk main Angry Bird. Yang suami sibuk layan Facebook. Lorh, kalau macam tu, baik makan sorang-sorang je. Adoh.. Rosak!! Rosak keintiman suami isteri sebab i Pad!!

Teknologi memang penting dalam kehidupan. Sekarang, macam-macam ada. Handphone, smartphone, Blackberry, i Phone, i Pad, Samsung Tab, netbook, laptop. Semua memang memudahkan komunikasi, tapi ada jugak yang disebabkan benda-benda ni, hubungan nyata antara manusia jadi tak semesra masa waktu benda-benda alah semua ni takde.


Contoh, masa aku kat sekolah dulu, tak boleh bawak handphone (even ramai je pakai, tapi kalau kantoi kena amiklah handphone tu) and takde nya budak-budak nak dok asrama bawak laptop. So, masa lepas kelas, or lepas prep, or lepas main dekat padang, selalunya, masing-masing akan borak. Tempat borak selalunya bawah kipas. Mana dorm yang rajin tu, ada yang letak karpet bawah kipas. Macam dorm aku dululah masa form 4. Padehal karpet tu kitorang amik daripada budak form 2. Haha.

So, waktu tu, memang sambil makan maggi, or minum milo 3 in 1 sambil cicah biskut ping pong, kitorang borak-borak. Kadang-kadang dah macam bersidang parlimen pun ada. Antara isu-isu yang sering dibangkitkan, wah!! ialah, macam pasal junior, pasal senior, pasal budak batch sendiri yang menang game rugby, bola, or basketball, pasal speech pengetua, pk hem, pasal cikgu-cikgu, pasal warden, pasal KU, pasal prefect, pasal jambu, pasal betik. Haha. Masa tu, ada yang mood happy, so, semua gelak sama-sama. Kalau mood sedih, semua bagi support and try cheer up balik keadaan. Kalau time tu member ada masalah, sama-sama cari solution. Kalau time nak membahan orang, paling meriah sekali. Mesti ingat sampai bila-bila.

Tapi, masa dekat universiti, dekat kolej, balik kelas or waktu malam je, mesti mengadap laptop masing-masing. Buat assignment tu jarang, tapi yang tengok movie dengan bukak Facebook tu yang selalunya roommate aku buat. Haha. Tu ok lagi la kot, yang bukak lagu kuat-kuat macam nak bagitau semua orang yang ko tengah dengar lagu tu lagilah. Rasa nak hempuk je laptop dia pakai seterika.

Tapi, kesimpulannya, teknologi tak memudaratkan kalau pandai guna dengan betul. Kalau dah 24 jam nak BBM, susahlah, kenalah pandai bersosial dengan alam nyata jugak. =)

6 comments:

Zuralimusa said...

Betul hadi, kesimpulannya, teknologi canggih yang ada sekarang, memang merosakkan hubungan sosial antara manusia sesama manusia. Semua lebih suka alam maya, lagi real kata mereka. Tapi kalau sampai suami isteri macam tu, sedih lah tengok. Kot-kot kat umah pun, tak tegur lansung.

iKhRam said...

setuju..
hari ni semua orang bermegah-megah dgn teknologi.. itupun sikap yg tak baik juga.

belum lagi dgn masalah salah laku di sebabkan teknologi ini.

- abdul hadi abdul muti - said...

Zuralimusa

setuju,alam maya bukanlah real mana

- abdul hadi abdul muti - said...

iKhRaM

jangan riak, kan?.huhu

sukesuki said...

betul tu..
jgn sampai lakibini tu letak nama ank dorang i-pad sudey!huhu

- abdul hadi abdul muti - said...

sukesuki
ipad, owh ipad,meh makan nestum ni nak..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...