Sunday, 31 July 2011

Tawaran Ke Universiti Ramadhan



KEMASUKAN BARU KE UNIVERSITI

Tarikh : 1 Ogos 2011
Nama Universiti : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
Kursus wajib : Berpuasa
Kursus special : Terawih
Course tambahan : Baca quran, zikir, solat sunat, sedekah dan etc
Kelulusan : Ijazah taqwa
Konvokesyen : 1 Syawal
* Extra.. Tawaran melanjutkan pgajian ke peringkat master
Kursus : Puasa 6


Jom!!!

Saturday, 30 July 2011

i Pad Merenggangkan Hubungan


Haritu aku pergi keluar makan dengan Muz, Shrek dengan Arip dekat Ampangan. Shrek dengan Arip kerja dekat Johny JJ Seremban 2 masa cuti ni. Diorang cerita kat aku pasal satu suami isteri ni.

Diorang makan berdua dekat situ. Dua-dua kaya la kot sebab dua-dua ada i Pad. Kau mampu? Haha. Masa makan, daripada start diorang duduk kat situ, sampai habis steamboat, diorang asyik ngadap i Pad diorang je. Yang isteri sibuk main Angry Bird. Yang suami sibuk layan Facebook. Lorh, kalau macam tu, baik makan sorang-sorang je. Adoh.. Rosak!! Rosak keintiman suami isteri sebab i Pad!!

Teknologi memang penting dalam kehidupan. Sekarang, macam-macam ada. Handphone, smartphone, Blackberry, i Phone, i Pad, Samsung Tab, netbook, laptop. Semua memang memudahkan komunikasi, tapi ada jugak yang disebabkan benda-benda ni, hubungan nyata antara manusia jadi tak semesra masa waktu benda-benda alah semua ni takde.


Contoh, masa aku kat sekolah dulu, tak boleh bawak handphone (even ramai je pakai, tapi kalau kantoi kena amiklah handphone tu) and takde nya budak-budak nak dok asrama bawak laptop. So, masa lepas kelas, or lepas prep, or lepas main dekat padang, selalunya, masing-masing akan borak. Tempat borak selalunya bawah kipas. Mana dorm yang rajin tu, ada yang letak karpet bawah kipas. Macam dorm aku dululah masa form 4. Padehal karpet tu kitorang amik daripada budak form 2. Haha.

So, waktu tu, memang sambil makan maggi, or minum milo 3 in 1 sambil cicah biskut ping pong, kitorang borak-borak. Kadang-kadang dah macam bersidang parlimen pun ada. Antara isu-isu yang sering dibangkitkan, wah!! ialah, macam pasal junior, pasal senior, pasal budak batch sendiri yang menang game rugby, bola, or basketball, pasal speech pengetua, pk hem, pasal cikgu-cikgu, pasal warden, pasal KU, pasal prefect, pasal jambu, pasal betik. Haha. Masa tu, ada yang mood happy, so, semua gelak sama-sama. Kalau mood sedih, semua bagi support and try cheer up balik keadaan. Kalau time tu member ada masalah, sama-sama cari solution. Kalau time nak membahan orang, paling meriah sekali. Mesti ingat sampai bila-bila.

Tapi, masa dekat universiti, dekat kolej, balik kelas or waktu malam je, mesti mengadap laptop masing-masing. Buat assignment tu jarang, tapi yang tengok movie dengan bukak Facebook tu yang selalunya roommate aku buat. Haha. Tu ok lagi la kot, yang bukak lagu kuat-kuat macam nak bagitau semua orang yang ko tengah dengar lagu tu lagilah. Rasa nak hempuk je laptop dia pakai seterika.

Tapi, kesimpulannya, teknologi tak memudaratkan kalau pandai guna dengan betul. Kalau dah 24 jam nak BBM, susahlah, kenalah pandai bersosial dengan alam nyata jugak. =)

Saman UiTM


Maklumat ini aku dapat daripada Facebook kawan aku, Berque, MPP Fakulti Sains Gunaan UiTM Shah Alam. Yang ni, kira macam panduan untuk sesiapa yang kena saman.


Saman Tatatertib, maksimum= RM500..


Saman Trafik, maksimum=RM 100


Perlu dibayar dalam tempoh 7 hari dr tarikh saman dikeluarkan. Namun begitu, unit polis bantuan (unit keselamatan) sudah ada rate-rate bagi kesalahan-kesalahan tertentu mngikut justifikasi kesalahan...untuk mendapat pengurangan ini,pelajar harusah:


1. Bayar saman dalam tempoh 7 hari selepas tarikh saman dikeluarkan.

2. Datang sendiri ke unit polis bantuan bersama surat saman DAN surat rasmi rayuan pengurangan saman di alamatkn ke unit polis bantuan.

3. Datang dengan sikap yg berhemah (tanpa marah2 dan sebagainya) bila berurusan dengan unit polis bantuan ni.

4. Sekiranya masih tidak berpuas hati dengan nilai pengurangan yg diberikan, kemukakan rayuan untuk kali kedua pula..di alamatkan kepada ketua unit polis bantuan UiTM..Tn. Badar bagi mendapat budi bicara untuk kali kedua.


Sekian. Harap maklumat ini dapat disebarkan kpd warga UiTM yg lain.


** kepada mereka yg akan konvo...langkah yg sama (dari nombor 2-4) perlu dilakukan bagi mengurangkn kadar saman yg anda kena. Harap maklum..=)


nota kaki : student uitm memang selalu kena saman. kadang-kandang parent student pun kena saman.

Tahan Kencing Dapat Batu Karang




Aku buat post ni lepas tengok Wanita Hari Ini semalam. Haha. Aku tengok wanita hari ini? Haahlah, dah boring tak tau nak buat ape, tengok je lah kan. Kat sini, aku just nak explain pasal batu karang in brief je sebab aku pun tak expert pasal benda ni. Ini semua based on apa yang aku dapat dekat Wanita Hari Ini tu. Kiranya this information is only from a layman in medical field. Huhu.
Batu karang ni, selalunya ada 3 jenis. Paling biasa, kalsium oxalat, kalsium phospate and yang lagi satu tu tak ingatlah. malas nak google. Haha.

Tanda-tanda awal yang korang akan rasa bila dapat batu karang ni, bila tiap-tiap kali korang kecing, kencing korang pekat semacam. Tak pun, sakit pinggang yang teramat sangat. Tak pun, sakit belakang yang sangat sakit.

Mengikut doktor yang jadi panel tu, batu yang lebih besar selalunya sakit dia dekat satu tempat je. Sebab saiz dia besar, so dia tersekat kat satu tempat je. Selalunya kat usus la sebab kat situ tempat air kencing kan. Tapi kalau yang kecil, lagi bahaya sebab batu tu boleh masuk dalam saluran darah yang circulate sampai ke jantung and all part of the body. So, batu tu boleh dibawa oleh darah mungkin ke bahagian hati, jantung or perut. Oushh!! Sakitnya

Untuk nak buang batu tu, selalunya, kalau kecik, doktor memang suruh minum air banyak-banyak. Kalau yang memang besar, kena operate. Pastu, aku ada tengok ada satu orang ni, dia guna rawatan tradisional, dia minum air akar apa entah tak ingat, tapi lepas dia minum, batu tu keluar masa dia kencing keesokan harinya.

Doktor tu cakap, penyakit batu karang ni dah ada lama dah kat muka dunia ni. Ada satu mumia ni, diorang jumpa batu dalam buah pinggang dia. So, dah lama dah la wujud batu karang ni.

Plus, doktor tu cakap, kalau nak elak dari batu karang ni, first, serius memang kena minum banyak air. Sebab lagi sikit air, lagi senang garam-garam or chemical-chemical dalam badan kita termendap and jadi keras. Lagi satu, jangan tahan kencing. Sebab logically, kalau tahan kencing, mesti orang tu takkan minum air kan? So, air dalam badan dia kurang. Plus, tekanan sebab tahan kencing tu mempercepatkan pemendapan and proses chemical tu jadi keras.

Doktor tu cakap, perempuan lagi senang dapat batu karang, mungkin sebab perempuan suka tahan kencing. Perempuan kan suka memilih toilet kan? Kalau kotor sikit, tak nak masuk jamban tu, lagi rela tahan lepas tu kencing kat rumah. Kalau lelaki ni, macam tak kisah, mana sempat je. Haha.



Apa-apa pun, kalau ada nampak tanda-tanda nak kena batu karang ni, pergi jumpa doktor dengan segera!! Itu je sebab kadang-kadang, air kencing kita tu pekat tapi takde darah. Memang dengan mata kasar takde darah, tapi kalau pakai mikroskop doktor, boleh nampak darah.

So, ini just penerangan daripada aku yang tak tau sangat pasal batu karang ni. Mana-mana doktor or bakal doktor yang baca tu, kalau ada yang aku terkurang, jangan marah yer. Hehe.

Thursday, 28 July 2011

Majlis Tahlil Arwah Shahnour Dan Iftar Starian037 2011

Link
(Credit to Mago)


Insya Allah, 6 Ogos, Sabtu minggu depan, batch sekolah aku akan buat majlis tahlil untuk arwah kawan kami dengan majlis berbuka puasa 2011.

Majlis tahlil ni, yang kali ke 2. Majlis Iftar pulak kali ke 4. This time, majlis tahlil dengan iftar buat sekali.


(These pictures are our first iftar in 2008. Muka semua macam kena kejutan budaya je sebab baru setahun keluar STAR. Haha.)

(Our Second Iftar in 2009)




(Majlis Iftar Yang Ke 3, Tahun 2010)



Untuk tahlil,kami buat dekat Masjid Jamiur Rahman, Kampung Jeram, Selangor Darul Ehsan. Waktu, lepas solat asar. Kitorang jemput jemaah masjid tu dengan budak-budak batch kitorang baca tahlil. So, yang lead, imam masjid tu.


Lepas tahlil, bergerak ke Aroma Ikan Bakar yang jalan kaki dari masjid pun boleh sampai. Lepas berbuka puasa, pergi terawih. Lepas tu, bersurai. Tapi, rasanya memang tak balik, mesti sembang-sembang lepas rindu punyalah.


Hopefully, event kali ni berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Aizat yang organize event ni. =). Takde mamat ni, takde la event ni. Huhu


Pesan tulus ikhlas dari aku untuk STARIAN037 :


"There's no point of telling everybody that we love Leonairats, what is more important is show it!"

(Tapi mana-mana yang memang tak boleh datang, takpelah, kitorang faham dan tak paksa pun. Huhu)



Wednesday, 27 July 2011

Couple Islam (Tak Berani Nak Post, Tapi Post Je Lah. Huhu)



Couple couple couple. Zaman sekarang ni, memang dah common sangat couple-couple ni. Kawan-kawan aku sendiri ramai couple. Aku? Hampir. Sebab tu aku macam takut nak post benda ni. Satu, takut kawan-kawan aku kecik hati. Dua, aku sendiri pun kadang-kadang lagi lagha dan jahil dalam agama kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang couple ni. Apa pun, aku just nak kongsi satu cerita ni je. Maybe ada yang dah tahu. Maybe ada yang tak. Hopefully cerita ni tak mensia-siakan korang untk baca post ni. =)

Kisahnya mengenai 3 orang, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamik punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di Radix Fried Chicken (RFC). Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,

dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,

dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,

dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.

Ketahuilah ia adalah hati."


(Hadis riwayat lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Dipetik daripada : IBNUDDIN TM

Tuesday, 26 July 2011

60 Panduan Untuk Mencari Pasangan Daripada Dr Fadzilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.



Sumber: Selangor2u

Tolonglah Aku Sebab Aku Confuse Dah Lama

Kadang-kadang aku keliru dengan benda yang aku tengah study sekarang ni. Cuak pun ada. Cerita dia macam ni.

Bila aku masuk degree,aku ada subjek CTU.CTU ni belajar pasal tamadun, hubungan etnik semua tapi macam in Islamic punya atmosphere jugak la sebab yang mengajar tu mostly ustaz dengan uztazah. So, masa semester 1, ustazah aku ada cakap, kenapa kita selalu nak ikut undang-undang buatan manusia? Walhal Allah dah buat undang-undang yang memang khas untuk manusia. Allah tu kan pencipta manusia, so Dia tau lah macam mana nak mengawal dan menagaturcarakan manusia.

Macam contoh, kalau kita beli rice cooker, dekat rice cooker tu mesti ada manual daripada kilang yang buat rice cooker tu tentang macam mana nak guna and manage rice cooker tu. Sebab apa? Sebab kilang tu yang buat rice cooker tu.

Sama jugak macam manusia. Allah yang menciptakan manusia. Manualnya ialah al-Quran dan hadis. So, kenapa nak teruk-teruk fikir nak buat undang-undang dan peraturan sendiri yang keberkesanannya belum pasti?

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh ustazah aku masa kelas ctu. Dan sejak dari tu, aku mula fikir pasal perkara tu. Kadang-kadang benda tu effect study aku jugak. Nak belajar law ni kan susah. Nak baca banyak and hafal semua. So, masa tengah-tengah baca and tak dapat-dapat ingat lagi nama kes or principles, aku selalu fikir, kenapa aku penat-penat nak hafal, padehal hokum Allah kan ada? Kenapa penat-penat nak belajar hokum manusia? Serius aku tak tipu. Aku rasa benda ni jugak yang kadang-kadang buat aku give up and macam pasrah je jawab test or final. Sebab tu lah kot result aku makin tak memberangsangkan. Kot nye lah. Huhu

Maybe ada budak-budaklaw yang baca marah dekat aku. Mesti ada cakap, “dah tu, apesal ko masuk law?” “apesal ko tak amik syariah je?bahasa arab komunikasi ke? Tasawuf ke?”.

Aku dekat sini just nak luahkan kekliruan je and nak tanya reaksi je. Plus, bukanlah semua benda dalam subjek law tu macam tak kena belajar. Pada aku benda tu pun ilmu jugak. Tapi tu lah, sampai sekarang aku fikir ayat ustazah aku tu.

So, siapa-siapa yang boleh tolong aku, tolonglah, so that aku dah tak was-was and boleh belajar dengan aman dan tenang. Terima kasih..

Saturday, 23 July 2011

Asset Dunia Semata

Cuti gila lama 4 bulan sangatlah menjengkelkan. Aku dah takde kerja, selalu pergi buat post panjang-panjang dekat blog.

Masa aku online, selalu memang aku bukak Facebook, Youtube dan Blogspot. Itu jelah. Tapi aku pun selalu bukak laman-laman web jual rumah, jual kereta, jual tanah. Contoh macam mudah.my, www.starproperty.com, www.lelong.com.my, 701panduan.com. Haha. Gila.

Bukanlah apa, aku saje nak plan masa depanlah konon. Haa, merancang perbelanjaan dari sekarang. Haruslah kan. Nak-nak pulak zaman sekarang ni ekonomi bukan macam stable sangat. Ini semua salah sistem kapitalis. Huh, tiba-tiba.

Bila aku tengok-tengok balik harga rumah, memang aku macam pening jugak. Kalau rumah dekat Shah Alam, macam rumah apartment, range harga RM300 000 paling murah. Kalau macam semi D, paling murah pun RM500 000. Kalau dekat Ipoh, semi D dalam RM 150 000. Lebih kurang jugaklah dengan Melaka. Aku selalu tengok harga rumah area tu je sebab aku teringin nak tinggal samada kat Shah Alam, Ipoh, or Melaka.Tak pun, dekat area Bangi, Nilai or Kajang. Haha. Plus, aku teringin nak beli rumah semi D. Selesa sikit sebab kalau rumah bertingkat-tingkat ni tak best. Tapi bila tengok harga, tu dia lah hai, mahal gila. Aku pun macam risau jugak macam mana lah aku nak beli rumah nanti. Pening kelapa. Gaji paling tinggi lepas grad mesti dalam RM2500-RM3000 je, so,mampu ke nak beli rumah yang harga RM 150,000 ke atas tu? Hurm..


Lepas tu, kereta. Kereta ni mesti macam tradisi yang wajib beli lepas dapat kerja. Tak kisahlah ada MRT ke, takde MRT ke, kereta memang kena beli kat Malaysia. Malaysia ni pulak, sebab dah memang polisi, so, harga kereta dekat Malaysia serius shit mahal gila. Polisi automotif kat Malaysia ni still protect Proton so that Proton can still survive. Sebab Proton ni memang harap orang Malaysia beli je. Aku pernah baca, jualan kereta Proton dekat UK berapa belas je. So, kalau polisi yang pakai sekarang ni takde memang lingkup Proton. Sebab, setahu aku, harga Vios tu kalau nak ikutkan, dalam RM 40 000 je, bukan RM 89 000 macam sekarang ni. Tapi, aku ni berangan, aku tak nak la pakai Vios. Aku berangan at least nak pakai Peugeot ke, sebab kereta conti ni sedap sikit. Hehe. Kalau nak beli BMW macam mahal sangatlah pulak.


Kalau nak pakai kereta Jepun pun, at least pakailah City ke, Civic. Tapi, harga kereta memang mahal kat Malaysia. Itu masalah utama. So, rasanya, mungkin aku beli kereta second hand je kot waktu mula-mula grad and nak kerja. Huu. Kalau bapak aku sudi nak bagi kereta Proton Saga yang lama tu kat aku, aku pakai lenjan je lah kereta tu, dalam 5 tahun kumpul duit, maybe boleh lah kot kalau nak beli kereta harga yang RM 100k plus2. Hehe. Tapi memang betullah, akak aku beli MyVi, tiap-tiap bulan bayar RM 500. MyVi tu harganya RM 55000 lebih kurang. Gaji akak aku dalam RM 2800. Macam tinggi gila je nak bayar RM 500 tiap-tiap bulan. Nak makan lagi, bayar rumah lagi. Nak simpan duit lagi. Nak shopping lagi. Nak beli perabot, periuk nasi segala. Kumpul duit nak kahwin.

Ha, kenduri kahwin ni satu hal. Paling-paling pun sekali kenduri mau habis RM 30 000. Adoi.. Poning palo den!! Kan bagus kalau buat kenduri waktu-waktu pukul 10 pagi. Menu, bihun goreng. Habis kenduri waktu Zohor. Bihun, satu bungkus baru seringgit lebih. Haha. Tak payah nak sanding-sanding nak renjis-renjis. Jamuan makan dah cukup. Save sikit belanja. Barulah dapat guna duit untuk beli apa yang patut untuk membina keluraga bahagia. Huhu.

Friday, 22 July 2011

Tempah blazer, Sungai Seremban, Mooting, LRM, Seluar Tinggi, Groupmate Dan ...


Baru nak tempah blazer? Hurm, sepatutnya aku dah ada blazer sendiri waktu awal-awal semester lepas lagi. Namun, apakan dayaku ini aduhai, aku tak sempat nak tempah awal-awal lantaran kesibukan diri yang melanda. Busy lah sangat!! Haha. Nak beli terus? Hurm, jangan berangan lah. Aku ni dari jenis badan yang tak besar. Nak kata orang kerdil tu tipulah. Haha. Cuma memang aku ni size kecik lah. Nak beli baju pun susah sebab size baju mesti nak yang size S or SX. Ha, selalunya, size SX kena bayar mahal sikit kalau tempah print tee sebab size XS tu macam custom made. Aku tak tau la betul ke or aku kena tipu. Haha. Diorang cakap, size standart cuma size S, M, L, XL dengan XXL je. XS dengan XXXL memang bukan size standart, so kena custom made. Therefore, kena bayar lebih.

Last semester, semua kawan-kawan aku dah ada blazer sendiri sebab nak pergi majlis makan malam dining and etiquate yang sangatlah kena makan dengan bersopan dengan sudu, garfu dengan pisau. Kalau tak makan dengan sopan, kena bamboo dengan ketua program BLS and mesti batch aku kena kutuk gila-gila dan menjadi subjek matter untuk dikeji oleh pensyarah-pensyarah fakulti undang-undang punyalah. Haha. So, waktu tu kenalah berdrama berlakon makan dengan penuh tertib dan etika. Aku rasa kalau compare dengan Dumbledore, memang Dumbledore makan lagi gelojoh dan tak beretika aku rasa. Haha. So, time tu semualah bergaya sakan dengan blazer and suit memasing, aku je yang pinjam blazer orang lain. Hoh, sadisnya. Haha.

Hasil lepas makan, makin tough. Haha.


Sebut pasal blazer pinjam tu, adoh!! Aku dah lah terhilangkan blazer tu. Cerita dia macam ni. Aku pinjam blazer tu lepas tu aku sangkut pakai hanger dekat hujung katil aku. Lokasi blazer aku tu macam susah sikit nak nampak sebab terlindung dengan besi katil. Masa last day aku nak clearkan semua barang aku dalam bilik tu, aku terlupa nak angkut sekali dengan blazer tu. Esoknya, aku tengok, blazer tu dah takde. Haih!! Roommate aku semua dah balik dah time tu. Hurm, kena ganti lah nampaknya blazer tu. Nasib baik RM250 je. Adoh, rugi duit PTPTN aku. Duit rakyat tu!! Haish!! Patutnya duit tu boleh jugak beli buku ke ape kan. Ceceyh. Haha.

So, cuti ni, dan hari ini adalah harinya, aku pergi tempah blazer dekat kedai Pacific. Kedai ni kedai kecik je, bukannya kedai yang grand pun. Kedai dia dekat tepi sungai yang dekat dengan Terminal One Seremban. Nak kata sungai pun segan jugak sebab bau dia busuk je. Aduh Majlis Perbandaran Seremban, tolonglah bersihkan sikit sungai tu. Dahlah buat pasar malam tepi sungai tu, memang orang Malaysia ni buang plastic burger,cawan semua dalam tu je lah.

Kedai Pacific ni aku selalu tempah seluar sekolah. Aku bukan gedik tempah seluar sebab aku banyak duit (obviously tak, aku hanyalah rakyat marhaen)tapi seluar sekolah aku, seluar putih. So, susah nak beli dekat kedai biasa sebab kedai biasa banyak jual seluar sekolah menengah yang hijau tu je. So, tempahlah kat kedai tu. So, tu yang dah biasa kat situ. Kedai ni, ada apek tua gigih tu seorang tu je yang jaga. Dialah yang amik sukat and tentukan harga semua. So, sebab dah biasa, harga sepatutnya RM450 untuk sepasang blazer, tapi dapat kurang jadi RM 400. Hurm, Alhamdulillah...

Mengikut pengalaman aku dengan kedai ni, selalunya, seluar yang aku tempah dekat dia ni, cepat ketat dekat bahagian pinggang. Salah siapa? Haha. Salah akulah kot. Masa fitting, kurus, lepas siap, badan naik. So, pinggang ketat. Sesak jugaklah menahan nafas. So, this time memang kena pesan siap-siap, suruh apek tu buat besar sikit dekat pinggang. Tapi, mungkin apek tu jugak yang salah faham. Sebab, aku rasa, mesti dia bajet aku pakai seluar atas pusat. Padehal, aku memang confirmlah pakai bawah pusat sebab memang buruk weh kalau tuck in baju pastu seluar tu atas pusat. Owh, hodoh!! So, kalau atas pusat, memanglah kecik, kalau bawah pusat, diameter memang lagi besarlahkan. Hurm, ntahlah.Tengok jelah nanti. Mintak-mintaklah muat. Haha.

(Takkan aku nak pakai seluar macam ni weh. Haha)

So, lepas ni, blazer tu bolehlah pakai untuk next semester. Especially untuk kelas subjek mooting. Ape itu mooting? Kelas mooting tu ialah satu kelas dimana korang akan diberikan satu kes, lepas tu korang kena cari and settle kan kes tu. Kes yang diberikan tu, kes rayuan. Bukan kes yang kena mula-mula sekali, yang kena panggil saksi bagai macam dalam mock trial. So, kena argue based on facts of the law, bukan facts of the case. Kena buat research, lepas tu kena present dekat hakim. Hakim untuk kelas ni, pensyarah yang ajar tu je. Lepas tu, yang ni tak sure, tapi, aku rasa, setiap group ada 3-4 orang. Kiranya, satu group ni, satu firm. So, kena lawan dengan group lagi satu. Or in other word, kena lawan firm lagi satu. Siapa yang dapat present lagi bagus, dia dapat markah lebih lah, tapi rasanya penialaian based on individual bukan based on group. Huhu. So, masa tu kena pakai black and white. So, haruslah pakai blazer kan. Ha..

Hopefully, next semester, aku dengan kawan-kawan aku dapat study dengan lebih elok sebab subject makin lama makin tough. Plus, aku sangat concern sekarang ni pasal subjek Law Research Method dengan Mooting sebab subjek ni kena cari group member. Group members ni pulak mesti yang memang fully committed dengan kerja. Kalau macam Law Research Method, kena rajin cari maklumat, bukak law reports, pergi library UiTM dengan library UM, kena buat interview lagi. Kalau mooting pulak, kena buat research yang gila-gila jugak untuk siapkan “bundle”. Bundle ni macam satu dokumen yang ko bawak masa mooting untuk bagi judge baca. Dekat situlah segala points and arguement. Selalunya,ukuran tebal yang standart, adalah dalam 10 centimetre untuk satu bundle and mesti well prepared untuk present your case. So, pemilihan ahlil kumpulan sangat penting. Aku tak taulah apa pendapat orang tentang prestatsi aku selama aku buat assignment masa belajar kat university ni. Yang aku tau, aku dah memang give effort and well committed untuk buat assignment. Tapi tu aku katalahkan, bukan orang lain kata. Nanti aku syok sendiri pulak. Haha.

Apa-apa pun selamat mengahadapi semester ke 4 untuk Bachelor in Legal Studies kawan-kawan!! (Aku ni bercakap macam esok dah nak start semester baru tau. Haha)




Gambar LWB03E lepas paper criminal yang bajet last paper, so konon dah merdeka. Haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...