Wednesday, 10 November 2010

Kesihatan



Final exam habis sudah. Tanpe membuang mase, aku terus blah balik Seremban. Sampai kat Seremban, abah aku amik. Abah aku bagitahu, Pakcik Meor dah meninggal. Innalillah... Al Fatihah untuk arwah..

Pak Meor ni meninggal sebab kencing manis. Sempat la jugak aku pergi ziarah die mase die sakit dulu. Seram.. Insaf jugak. Hidup kat dunie ni tak lame.

Mase time exam week, kawan aku sorang ni, takde la gemuk mane pon. Tapi nak diet jugak sebab nak nampak lagi kurus. Pelik betul aku. Dah la diet gile gile punye. Bayangkan, tak makan nasik seminggu. Makan capati dengan roti bakar je. Kalau aku, dah boleh masuk wad dah. Tak makan nasi time lunch pon da cukup buat aku muntah muntah dalam ktm, inikan pulak nak diet tak makan nasi sampai jadi kurus. Dah tu, die langsung la tak tergode dengan nasi ngan lauk lauk yang aku makan depan depan dengan die. Mak die pulak yang masak. Ade ayam masak merah, nasi mentega, kek pisang, nugget, karipap, putu mayam, sate. Semue sedap sedap. Tapi tak tergugat langsung keazaman nak kurus.

Aku tanye die. Nape nak kurus? Tak hine pon jadi gemuk ni. Die cakap, tak selese jadi gemuk ni. Payah nak duduk. Kawan aku lagi satu pulak, yang nak kurus same same nex sem, cakap, kalau nak jalan, malas gile. Penat. Tu yang nak kurus tu.

Makan ni je hari hari?Tak sanggup tak sanggup...

Aku bersyukur sebab so far, orang sekeliling aku cakap, aku kuat makan. Lepas makan nasi setengah jam, mesti kene makan something macam kuih ke, biskut ke, roti ke. Tapi, alhamdulillah la, berat tak pernah lebih 55 kg. Average 50-55kg je.hehe. Bentuk badan pon takde la kurus sangat. Ok ok la. haha. Bak kate Ziela Jalil dalam iklan Kayla, berat badan tak penting, yang penting bentuk badan. haha

Tapi, risau jugak bile makan taak jage ni. Sebab asyik makan je, tapi exercise haram tak pernah buat. Yela, mane ade mase nak buat bende tu semue. Keturunan aku dah la ade darah tinggi. Mintak2 tak kene kat aku.

Kesimpulannye, jagelah kesihatan anda. kesihatan itu penting. Ianye tidak dapat di beli dengan wang ringgit.

2 comments:

iqbalsyarie said...

yang penting ialah sehat, kan? :)
btw, aku da gemuk balik T_T

Post-post menarik.
Allah wujud ke?

Allah Sangat Baik. Setuju?

- abdul hadi abdul muti - said...

haha. jogging la iba oi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...