Friday, 12 November 2010

Crayon


video

Daripade layan citer hantu kat tv, bek tengok citer ni

ADAM dan RAFAAT adalah rakan sebilik yang sedang mengikuti pengajian di sebuah Universiti ternama di Singapura. Adam adalah seorang pelajar Asean berbangsa Cina Malaysia yang amat rajin dan Rafaat pula seorang pelajar Singapura berbangsa Melayu dan amat bijak di bahagian IT. Pada dasarnya, anda lihat kedua-duanya saling bertentangan dari segala segi, namun pada hakikatnya, semakin kita berlainan, semakin perlakuan kita sama. Adam dan Rafaat melambangkan perpaduan, toleransi dan penerimaan di antara perbezaan bangsa dan ini dapat dilihat melalui persahabatan mereka.

Sepanjang pengajian mereka, kedua-duanya dikehendaki menawarkan diri ke dalam program sosial semasa musim cuti semester. Mereka membuat keputusan untuk membantu di sebuah Rumah Anak Yatim di Malaysia. Mereka pun bertolak ke pantai timur Malaysia di mana mereka bertemu dengan MAK ENGKU, ketua Rumah Anak Yatim tersebut yang amat penyayang. Mereka juga bertemu dengan AFIQ, salah seorang penghuni anak yatim yang amat aktif dan nakal tetapi mudah disayangi. Perilaku Afiq yang lasak dan menyanjungi kehidupan telah membuka mata rakan berdua tadi untuk menghargai kehidupan. Semasa di sana juga mereka dapat melihat sendiri kesusahan yang ditempuhi para penghuni Rumah Anak yatim itu. Mereka juga memahami cinta tanpa batasan dan bagaimana untuk memperbaiki kehidupan masing-masing.

Walau bagaimanapun, keselamatan mereka terancam oleh pemaju tanah yang ingin mengambil alih hak milik tanah, di mana Rumah Anak Yatim itu didirikan, untuk keuntungan masing-masing. Adam dan Rafaat cuba untuk membantu Rumah Anak Yatim tersebut dengan mengadakan konsert amal, namun telah berlaku kejadian yang di luar dugaan. Rumah Anak Yatim itu telah musnah di dalam suatu kebakaran.

Kejadian mengejutkan tersebut membuat kedua-dua sahabat ini sangsi akan usaha mereka dalam memperbaiki keadaan. Erti sebenar keakraban dan persahabatan telah diuji melalui kesedihan dan kepasrahan yang terpaksa dilalui. Adakah segala kerja keras mereka sia-sia disebabkan tragedi ini? Dapatkah persahabatan mereka mengatasi halangan ini atau ianya akan musnah dan kedua-duanya hilang harapan?

2 comments:

hans said...

haih...
sedih aku baca benda nih
sedih sebab wayang dekat sini tak ada padahal aku dah buat entry pasal filem nih dah lama
dan tak sabar nak tgok
tapi rezeki tak ada
haih

apa2pun tq lah sudi follow blog aku yg tak seberapa tu yer
thanks

- abdul hadi abdul muti - said...

same2.hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...