Saturday, 4 August 2012

Cara Membuat Lemang

Zaman-zaman orang tulis surat pakai typewriter dulu-dulu, lemang ni kalau nak jumpa masa raya je. Tapi sekarang, bila zaman-zaman uber social ni, lemang boleh jumpa mana-mana. Tak kiralah raya ke tak raya ke mesti ada. Yang lemang instant pun ada. So, kemeriahan gotong-royong buat lemang ni dah hilang aku rasa. Macam aku, dulu-dulu, kalau kampung belah abah aku, dekat Parit, Perak, opah aku selalu jugak buat lemang. So, dari pagi tu, ramai-ramai buat lemang sekali dengan masak rendang. Kalau kampung belah mak aku kat Tanjung Ipoh, Kuala Pilah pulak, wan aku memang beria buat lemang ni. Bak kata wan aku, takdo lomang, tak ghayo. Tapi sekarang, maybe sebab dah tak larat lepas tu lemang ni boleh dapat mana-mana je kat tepi-tepi jalan or pasar malam. So, beli je. Senang.

But dor those people yang kat luar sana tu nak tau macam mana buat lemang, mula-mula macam biasa, kenalah prepare bahan-bahan dia. So, bahan-bahannya ialah :


Nyior atau nyoq atau kelapa.

Beras pulut

Daun pisang



Buluh lemang



So, lepas dah ada semua bahan, the first step is, kukur kelapa. Or parut kelapa. Lepas dah kukur nyior,amik kelapa parut tu, perah buat santan.













Lepas tu, basuh beras pulut tadi tu untuk buang dia punya kelabu-kelabu segala tu.












Lepas tu pulak, kan ada daun pisang tu tadi kan. Ambil daun pisang tu lepas tu koyakkan lepas tu gulung elok-elok, masukkan dalam buluh tadi tu.












Lepas dah gulung, masukkan beras pulut yang dah dibasuh tadi tu.












Lepas tu, masukkan santan.
















Lepas dah masukkan santan, hidupkan api lepas tu bakar. Selalunya orang bakar pakai ranting pokok rambutan sebab api pokok rambutan ni dia tak kuat sangat. So, nanti lemang tu masak sekata. Make sure api jangan besar. Lepas tu make sure kena pusing-pusingkan lemang tu so semua bahagian dapat haba yang sama.







Lepas dah masak, nak tahu dah masak ke belum, kalau santan tu dah kering, maknanya dah masaklah tu. Ha, angkat lemang tu, biar sampai sejuk lepas tu ambil parang, belah buluh lemang tu. Lepas tu, potong lemang tu satu satu.
 Lepas tu, siap!! Boleh makan dengan rendang tok!!






5 comments:

Wan Ahmad Izudean said...

terbaik! siap bagi resepi bergambar lagi.

kecik2 dulu pun selalu tolong mak kukur kelapa pakai benda alah tu. hehe

laskar pelangi said...

siap ada perisa2 segala tu...hik3

::FAIZ:: said...

suka makan

eszyamin said...

eh untungnya kau ada pengalaman buat lomang ni..atleast tau cana nk buat n masak makanan warisan ni..bagus2..

asliner said...

gile kelakar kan tgk gambar tgh parut kelapa..haha

tahun lepas first time abang buat lemang..menjadi woo..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...