Monday, 6 August 2012

Penangan Kopi


Huarghhh!! Masa aku taip post ni, jam bermotifkan katak betina aku tu menunjukkan pukul 317 pagi. Serius aku tak boleh tidur. Dah try golek-golek, tonggeng-tonggeng atas katil, dah buat segala macam aksi dan juga posisi (macam lirik lagu Too Phat-Alhamdulillah) untuk tidor. But still, no positive result. Mata aku still terjegil tak boleh tidor.

Ini semua gara-gara aku minum kopi dua gelaslah ni gamaknya. Aku ni bukan jenis yang suka ambil kopi. Nescaffe pun tak suka sangat. Tapi, malam ni mak aku ada bancuhkan kopi satu teko. Masa aku minum tu, macam banyak gila air kopi dalam teko tu. So, aku habiskan jelah sebab tak nak membazir. Lepas tu, bila abah aku selesai solat maghrib, dia pergi meja makan, lepas tu, nak minum kopi. Padahal, aku dah habiskan. Rupa-rupanya kopi tu mak aku buat untuk abah aku minum. Sebab abah aku memang jenis suka minum kopi. Yang aku ni boleh selamber je pergi habiskan sampai licin tak tinggal sestitik pun. Haha. Aku offer nak bancuh kopi sebab nak ganti balik. Tapi abah aku cakap tak payah, sebab abah aku cakap dia nak minum Vitagen je. Ha.. Vitagen hokayh, tengok, family aku ni memang health conscious habislah. Sebab minum vitagen dah macam minum air masak je. Vitagen, sayangi perut anda setiap hari.

Lepas minum dua gelas kopi yang memang kaw mak aku bancuh untuk abah aku tu, start aku pasang kelambu lepas tu baring atas kati daripada pukul 130 pagi, sampai la la ni ha, masih jua tak dapat ku beradu dengan lena diulit mimpi.

Tapi, masa aku nak stay up untuk study untuk final exam or nak stay up untuk study test, or siapkan assignment or prepare untuk presentation, takde pulak sesegar bugar macam ni. Hurm, maybe sebab aku memang tak pernah ambil benda-benda macam kopi or nescaffe or redbull or livita or tongkat ali orang kampung dijamin ori or kacip Fatimah kat nita gamaknya.

Sebab aku memang tak berapa nak consume benda-benda macam tu untuk berjaga malam since aku rasa benda-benda macam tu banyak side effects yang tak elok kot. Sebab dia macam stimulate badan ko tapi badan ko bukan larat pun nak stay up sebenarnya. Yelah, tidur yang berkualiti kan penting untuk kesihatan.

Lepas tu, minuman-minuman macam tu kan macam banyak kafein. Kafein ni tak tahulah, aku macam ada strong instinct yang cakap kafein ni tak elok. Aku rasa memang tak elok pun. Heh, padia aku cakap ni, ayat agak carca merba disitu. Tapi takpe, yang penting kat sini, aku nak cakap, kafein tu memang tak elok. Plus, masa puasa, orang yang selalu consume kafein ni akan mengalami gejala sindrom kafein. Sindrom tu akan membuatkan korang rasa loya, and macam tak tahan dengan cahaya dan segala bagai.

Lepas tu, lecturer Public International Law aku selalu cakap dia akan jadi hyperactive gila kalau dia minum nescaffe pagi-pagi. Tapi dia memang minum nescaffe pagi-pagi sebab kalau tak minum, nanti dia ngantuk pulak. So, lecturer Public International Law aku memang selalunya hyperactive gila sebab lecturer start 830 pagi. Memang activelah. Tapi lecturer jelah yang hyperactive, students menngantuk, sebab makan sosej roll tikus. Wuek!!!

Lepas tu, aku selalu tengok kengkawan aku bagitau, nescaffe dah tak effective untuk stay up. Tak pun, livita tak menjegilkan mata diorang pun. Maybe sebab body ko dah biasa sangat terstimulate dengan benda-benda tu sampai dah tak boleh stimulate dah. Bahaya je bunyinya. Sebab tu aku tak amik benda-benda tu. Kalau ngantuk, aku selalunya minum air kosong ja.

Sebab, korang pernah tak masa zaman-zaman ambil UPSR dulu, pergi ceramah motivasi? Lepas tu penceramah tu, panggil sorang budak datang depan lepas tu, dia nak buat eksperimen kat budak tu. Mula-mula dia suruh budak tu angkat tangan lepas tu dia tekan tangan budak tu kuat-kuat bagi jatuh.

Lepas tu, dia suruh budak tu minum air coca cola. Or, dia suruh budak tu makan jajan. Lepas tu, dia suruh budak tu angkat tangan balik, then lepas tu, dia tekan, time ni, senang je dia tekan tangan budak tu sampai tangan budak tu terkualai layu.

Lepas tu, dia suruh pulak budak tu minum air masak. Lepas tu, entah macam mana, aku tak taulah dia tipu ke ape, tiba-tiba tangan budak tu jadi tough dan mangko gila. Penceramah tu tolak kuat-kuat tapi still tangan budak eksperimen tu tak jatuh-jatuh. So, kesimpulannya, dia nak cakap, hipotesis yang cakap air masak tu membantu kita untuk menjadi segar dan focus, memang terbukti betul. So, aku pun masa darjah enam tu, macam terkasima gila. So kalau ngantuk je, aku minum air kosong sampai kembung, Ceh takdelah sampai kembung, tapi sampai tak ngantuklah.

Tapi, papehal pun, semua tu terletak jugak pada Allah yang Maha Kuasa. So, kalau nak hilangkan ngantuk sebab nak study tu, betulkan niat, mintak kat Allah, insyaAllah, tak ngantuk.





6 comments:

eszyamin said...

amboi enam minit menaip pepagi buta dah dapat taip entri sepanjang ini ye..mmg nmpak la gejala insomnia kau disitu..

eh btw,nescafe feveret aku n ya betul kafein ni sgt x elok sbnrnyer..aku selalu pening2 kepala aku rasa mungkin pengambilan kafein yg berleluasa la agaknya tu sbb aku selalu pening pale..tp xboleh la..aku mmg kena minum nescafe..xtau kenapa..

Rapunzeel Cikilolo said...

kafien elok sbg bahan anti-oksida dalam badan. maknenye buang toksik dalam badan. org yahudi je yang cakap kafien tak elok pdhl diorang minum. huhuhu.

Sue Unnie.. said...

comei bapak ko minum vitagen. ko minum kopi tak comei.

aku zmn student xsuke sgt kopi tapi kopipes asaimen aku suke.

Cik Beruang said...

neslo jugak yang sedap. hahaha. tp aku jenis tak boleh start minum setiap hari nanti ketagih :\ so kena selang-selang. pernah sekali terbancuh yg kaw punya, 1 malam x tidur. esoknya pun x tidur. rasa mcm zombie

eton tom yam said...

minumlah byk air putih utk kesihatan dlm dan luar

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

suka kopi tp saya tkleh minum byk pasal mesti susah tido. ... btw ur blog sgt relax...i enjoy reading it

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...