Monday, 30 July 2012

Cara-cara Memakai Kain Pelikat Yang Betul

"Comelnya budak-budak lelaki ni pakai baju melayu dengan kain pelikat". Orang-orang perempuan selalu post macam tu dekat Facebook tak pun tweet dekat Twitter. Muka laki tu pecah pun cute, katanya. Haha.

Kain pelikat ni memang simple and senang je nak pakai. Tapi bukan semua orang tahu nak pakai. Ada kawan aku ni, dia nak pergi beli kuih dekat depan kolej. Lepas tu, takde seluar nak pakai. So, dia pakailah kain pelikat. Tapi dia tak reti pakai kain pelikat. Kelakar gila. Dahlah senget sebelah. Depan labuh, belakang singkat sampai nampak macam kain tu terangkat-angkat. Sumpah lawak gila tapi sebab dia lapar and nak beli goreng pisang dengan keropok lekor jugak dekat depan kolej tu, so dia pakai jelah dengan gaya macam tu. Mesti pak guard pun tersenyum sipu melihat kainnya itu. Haha.

Sebenarnya, senang je nak pakai kain pelikat dengan betul ni. Meh aku bagi korang kelas memakai kain pelikat dengan betul. 


  1. Murid-murid sekalian, mula-mula ambil kain pelikat lepas tu sarungkan. Make sure cap jenama kain pelikat tu dekat bahagian bawah belakang kain pelikat tu. Lepas tu make sure tulang kain pelikat tu dekat depan and lidah kain pelikat tu dekat belakang. Make sure kedudukan lidah and tulang kain pelikat tu dekat center. Barulah nampak balance nanti. 





2. Langkah seterusnya yer murid-murid, lipat kain pelikat tu di kiri. Selalunya, orang lipat bahagian kiri dulu lepas tu baru lipat belah kanan. Sila lihat gambar di bawah. Sambil menutup mata pun boleh buat. Nak menunjukkan betapa senangnya nak pakai kain pelikat ni.






3. Lepas dah lipat belah kiri, lipat bahagian sebelah kanan pulak. Seperti gambar di bawah juga, melipat sambil menguap. Kekdahnya. Lepas dah lipat dua-dua belah, make sure dekat bawah tu ada macam bukaan  tiga segi so that bila nak gerak senang.







4.Lepas tu, lipatkan bahagian atas kain pelikat tu ke bawah. Lipat kecil-kecil je sebab nanti kalau lipat besar-besar nanti terjojol sangat bahagian yang lipat tu. Masa nak lipat ni, tahan nafas sikit sebab nak bagi kain pelikat tu muat-muat. 







5. Lepas tu, dah siap!! Boleh bergambar bersama kain pelikat dengan berposing seperti pemain rugby seperti yang ditunjukkan dekat gambar bawah ni ha. Nak tahu kaedah berposing gambar player rugby?Mudah sahaja semudah A B C. Mula-mula tarik nafas, tahan, angkat bahu sikit, lepas tu berpeluk tubuh sampai ke dada. Haha







6.Lepas bergambar dengan gaya persis seorang player rugby, bolehlah memakai kain pelikat kemana sahaja tidak kira dimana jua anda berada. Haha






7. Ha, lagi satu, kalau lelaki, kalau pakai kain, make sure kalau nak sembahyang pakai kain tu adjust kain pelikat tu atas buku lali. Kalau pakai seluar, kaki seluar tu lipat sampai atas buku lali sebab kalau tak nanti kita ni jadi hamba yang sombong.


Pesanan penaja : gambar-gambar ni semua tangkap masa baru lepas bangun tidor. So, sebarang kespletan, kecomotan, keserabutan, harap dimaafkan.  Lepas tu, aku bukan player rugby. Haha.

25 comments:

::FAIZ:: said...

jarang pakai...

ain1914 said...

hmmm... 'cute' nye model kain pelikat ni... hehehe

iZ said...

wawawa.. siap tutorial..hehe

:: Mrs.Eady :: said...

lelaki yg pakai kain pelikat ni sekssi tauuuu..hahahaha...

Wan Ahmad Izudean said...

terbaik :D

- abdul hadi abdul muti - said...

::FAIZ::

kenapa?

- abdul hadi abdul muti - said...

ain1914

maknanya bukan seperti yang dikatalah kan?haha

- abdul hadi abdul muti - said...

:: Mrs.Eady ::

hahaha.seksi belah mana??

eszyamin said...
This comment has been removed by the author.
eszyamin said...

okay x dinafikan mmg cute..haha...tutorial yg jarang2 ada..kih3

nizatus syahida said...

haha..ingatkan semua laki tau..huhu

Sue Unnie.. said...

tolong wat tutorial cara pakai kain batik pempuan pulak. ko kan pemain rugby..msti tau punye. sila wat eh.. aku tggu..~

- abdul hadi abdul muti - said...

eszyamin

eh,lelaki yang aku cakap cute tu bukan akulah. haha

- abdul hadi abdul muti - said...

nizatus syahida

zaman-zaman moden ni banyak yang tak tahu.

- abdul hadi abdul muti - said...

Sue Unnie

Ini satu cabaran!! Nanti aku buat. Ko tunngu je kat situ diam-diam

Razil Tahir said...

Kain pelikat aku kau dah pulangkan kan?
sebab gambar yg last tue nampak familiar plak...

- abdul hadi abdul muti - said...

Razil Tahir

itulah kain ko!! Haha. Aku nak bagi ko aritu tapi ko takde sebab ko kat rumah sebab accident. Next xem jelah aku bagi razil oit yer..hehr

dyabunga said...

bagusnya ada tutorial pakai kain pelikat..hihihih

IMANSHAH said...

macam baru lepas sunat cikgu tengok

LELAKI INI said...

selalu pakai
so dah expert!

Azham Vsvc said...

haha memang sesuai utk aku yg x reti pakai kain pelikat hahahaha!

Anonymous said...

Segan bro...masa nek motor terselak sana sini

NONTON FILM ONLINE said...

hahahah,,,seksi tuh,,

Noor Melaka said...

Terima Ladin info ..

Noor Melaka said...

Terima kasih info

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...