Saturday 28 July 2012

Baju Batch Saya

Selalunya, masa zaman kita sekolah dulu-dulu mesti ada yang suka buat baju untuk batch sendiri. At least buat baju kelas. Dekat baju tu, kat belakang dia, ada letak nama sorang-sorang. Haha. Betul tak?


Tapi so far, batch aku, Leonairats tu tak pernah ada bahu batch sendiri. Budak junior yang bawah-bawah kitorang ni dah ada tiga empat helai baju batch sendiri dah. Baju round necklah, baju jerseylah, baju pololah, baju korporatlah, kardigenlah. Nasib baik sekolah budak laki. Kalau tak, mesti buat tudung batch. Lepas tu pakai tudung gaya Hana Tajima. Tak pun, buat gaya tudung baru so lagi gempak tudung tu sebab ada tudung tu label sendiri and gaya sendiri. Haha. 


So, makanya, entah macam mana, si Mago tu tiba-tiba post gambar logo batch baru. Lepas tu, katanya nak pakai logo tu untuk buat baju. Lepas tu, bila dah post dekat group Facebook, mulalah ada juri-juri awam yang akan cakap kena tambah itu kena tambah kaler kuning, kena masukkan unsur-unsur alam, ada unsur illuminatilah segala bagai. Haha.


Lepas tu, pending. So, last-last sekali, ambil design yang paling simple. Sebab masing-masing dah besor dah yeop. Takkan nak pakai baju-baju yang serabut-serabut pulak hok?



So, sekarang ni, tengah nak kutip duit. Ha, kutip duit ni satu lagi masalah. Memang tak boleh nak expect semua orang bayar. Sebab ada setengah tu dah hilang entah pergi mana. So, tak boleh contact. 


By the way, 31 Julai ni dateline untuk buat bayaran. Lepas tu, kena pergi tempah. So, insyaAllah, before Staroba Weekend bulan September ni siap. So, boleh pakai masa tu ramai-ramai. Yeay!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...