Thursday 26 July 2012

Manisnya Madu Itu!! (Poligami)

Siapa ada baca Harian Metro 25 Julai 2012? Kalau yang tak sempat baca, cer baca berita kat bawah ni ha.



PASIR PUTEH: “Sekali pandang wajahnya biasa saja dan mungkin ramai wanita tidak berkenan, tapi bila sudah kenal hati kami yang gundah jadi tenang sebaik melihat senyumannya,” kata Siti Aisyah Awang Kechik, 56, isteri pertama Muhamed Yunus, 58, sambil disokong dua madunya, Asiah Yahya, 48, dan Ani Abd Rahman, 42.
(Rumah madu yang sebelah-menyebelah)


Menariknya, rumah dua madu Muhamed, Asiah dan Ani didirikan berhampiran rumahnya bersama isteri tua, Siti Aisyah di Kampung Kandis, Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli, dekat sini, dan mereka hidup berjiran dengan penuh harmoni.


Menurut Siti Aisyah, ketika Muhamed berhasrat untuk berkahwin dengan Ani, lelaki itu secara ‘gentleman’ meminta dia dan Asiah masuk meminang madu ketiganya.


“Kami tidak terkejut dan rela hati menunaikan permintaannya kerana yakin dia mampu berlaku adil kepada semua isteri dan anak-anak,” katanya.



Ha.. Siapa kata Abang SY je yang mampu beristeri empat yedak? Haha.


Sebenarnya, apa yang aku belajar dalam subjek Islamic Family Law, poligami ni, ada disebut dalam ayat al-Quran, Surah an-Nisa, ayat 3. Ayat tu cakap, jika kamu tak mampu berlaku adil kepada anak yatim, kahwinlah dengan perempuan pilihan kamu, dua, tiga atau empat, tapi kalau tak mampu berlaku adil kepada mereka, kahwin satu sahaja. Sesungguhnya, yang sedemikian lebih sesuai untuk mengelakkan kamu daripada melakukan ketidakadilan.


Lepas tu, dalam surah yang sama, ayat 129, Allah berfirman, Kamu takkan sama sekali berlaku adil di antara perempuan, walaupun ianya kemahuan kamu.


Sebenarnya, sejarah poligami ni mula masa Perang Uhud. Masa perang tu, ramai laki-laki yang gugur di medan perang. Jadinya, meninggalkan ramai anak-anak yatim dan juga balu-balu. Makanya, lepas tu, dibolehkan berpoligami di dalam Islam. (Kalau salah, tolong betulkan yer.)


Kalau dari segi undang-undang Syariah kat Malaysia ni, dalam Seksyen 23 ada terangkan macam mana nak berpoligami ni. Seksyen 23 ni. Nak tau seksyen ni bagitau ape? Just tengok kat bawah ni.


Seksyen 23. Poligami

(1) Tiada seorang pun lelaki, semasa wujudnya sesuatu perkahwinan, boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain atau perkahwinan yang dikontrakkan tanpa kebenaran sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini:


Dengan syarat Mahkamah boleh jika ia ditunjukkan bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak, memerintahkan perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 123.


[Gan. Akta A902:s.9]
(2) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Wilayah Persekutuan dan perkahwinan di luar Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan.


(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan menyatakan alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada keizinan atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.


[Pin. Akta A902:s.9]
(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati—
(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan


[Pin. Akta A902:s.9](d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;


[Pin. Akta A902:s.9](e) [Dipotong oleh Akta A902:s.9].
(5) Suatu salinan permohonan di bawah subseksyen (3) dan akuan yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama-sama dengan surat panggilan ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada.


(6) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak puas hati dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran bagi rayuan dalam perkara sivil.


(7) Mana-mana orang yang berkahwin melanggar subseksyen (1) hendaklah membayar dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jumlah itu, jika tidak dibayar sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.


(8) Tatacara bagi akad nikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini adalah serupa dalam semua hal yang berkenaan dipakai bagi perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Wilayah Persekutuan di bawah Akta ini.


Kalau tengok in real life, dalam kes Rajamah v Abdul Wahab, mahkamah reject application si suami ni, sebab si suami ni tak mampu dari segi kewangan.


Pastu, dalam kes Kassim v Kuning, si suami ni punya permohonan berpoligami ni dibenarkan mahkamah sebab dah 16 tahun tak melakukan hubungan seks. Hoh, kesianlah kat suami tu ye la kan..


Kesimpulannya, jika si suami boleh melakukan keadilan, and ada sebab-sebab kukuh untuk berpoligami, and tak menyebabkan dara syarie dekat isteri, so, nak berpoligami takde masalah. Yang jadi masalah bila si suami ni tak boleh melakukan keadilan dan kurang berkemampuan. So, kepada laki-laki kat sana tu, tepuk dada tanyalah iman.. Wallahualam.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...