Saturday, 21 July 2012

Tikus Menjadi Ganas!!

Semalam aku ada baca seorang lelaki ni hilang jari dia bila dia try keluarkan tikus yang tercekik dalam mulut kucing dia. Benda tu jadi sebab kucing dia tu pergi gigit lepas tu cakar-cakar tangan dia sampai bacteria pun masuklah dalam luka dekat tangan dia tu. Kucing tu lepas tu mati. Tikus tu? Tikus tu pun memang dah kojollah kot. Takkan dah kena makan tiba-tiba hidup balik. Haha. Nak baca berita dia, klik gambar kat bawah ni ha


Bahaya tikus ni jangan buat main-main. Lecturer Jurisprudence aku, Puan Maryam, dia pernah pesan dekat kitorang, kalau beli air tin, make sure minum pakai straw. Tak pun, kalau takde straw, make sure basuh betul-betul air tin tu before nak minum. Sebab, dia punya nephew meninggal dunia (innalillahiwainnalillahirrojiun) dipercayai sebab kencing tikus. Sebab, nephew dia suka tinggalkan bekas minuman macam cawan, botol and etc kat atas lantai, lepas tu minum. 


Lepas tu, nak dijadikan cerita, aku pernah bukak bekas hotdog roll yang ada tikus dalam dia. Cerita dia macam ni. Dalam pukul 1230 tengahari tu, dekat Fakulti Undang-undang UiTM, Shah Alam, to be more specific, dekat Cempaka 2, memang ada orang jual macam cucuk-cucuk dengan bebola dekat situ. Tapi takde orang jaga. Kalau nak beli, kena ambil sendiri, lepas tu masukkan duit dalam bekas yang dah disediakan. (Gambar sosej roll seperti yang tertera di sebelah kiri)



Sekali tu, masa lunch hour, aku nak beli sosej roll kat situ. Selalunya aku memang tak beli kat situ sebab aku tak berapa gemar sangat makan benda-benda macam cucuk-cucuk ni. Aku beli kalau memang lapar gila je or takde benda lain dah nak makan. So, masa tu, aku nak cepat and takde benda lain dah nak makan, so aku pergilah beli sosej roll tu. 


Sosej roll tu penjual tu letak dalam bekas. Bila aku bukak je bekas tu, aku nampak ada macam benda hitam berbulu tengah gerak-gerak. Aku ingatkan apemende sekali tikus tengah makan sosej roll tu. Rupa-rupanya,  maaakkkk!!  Tiiiiikuuuuussss!!!!


(Miaw!! Miuaw!! Tikus tengah makan sosej roll. Tikus juga dikenali sebagai mak menti dekat kampung aku)


Terkejut badak aku. Serius weh, siapa yang tak terkejut tengok tikus tengah makan sosej roll tu!! Masa tu ada kawan aku, Shila. 


Lepas tu, ada lagi dua orang yang nampak, Shidee dengan Din(Din ni roommate aku dekat Perindu masa part 3). Mula-mula diorang gelakkan aku dengan Shila sebab gelabah terkejut tengok tikus lepas tu sekali tikus tu lompat keluar lepas tu tikus tu pulak gelabah. Lepas tu tikus tu lari-lari pergi dekat diorang. Then, diorang pun terkejut jerit-jerit. Siap lompat-lompat lagi. Hahaha. Padan muka. 








Weh, geli gila kot. Kelakar memang kelakarlah jugak. Tapi serius bahaya. Kawan aku si Iz dengan si Apan tu straight mesej aku tanya, bila aku jumpa tikus tu. Diorang risau sebab takut kena kencing tikus. Bahaya kot. 

So, bila bab makan ni, berjaga-jagalah.

9 comments:

Cik Beruang said...

weh asal cerita kau sama mcm cerita aku? baru nak post entry psl tikus sbb dlm bilik aku tikus suka sepahkan kain. nak kata bilik aku sepah, bilik aku la paling indah. dahlah aku mmg geli dgn tikus :S

- abdul hadi abdul muti - said...

Cik Beruang

haha.manelah aku tahu. btw, tikus tu nak makan sebab baju ko sedap kot.haha

Wadi AR said...

mohon admin menjerit bile jumpa tikus macam dalam gambar diatas

- abdul hadi abdul muti - said...

Wadi AR

maaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkk!!!!!haha

encik Cool said...

mak menteri teringat kata2 mak aku..

- abdul hadi abdul muti - said...

mak menteri?menteri mane pulak ni?haha.mak menti lah

Iffah Afeefah said...

ketawa ketawa jugak

hati2 bile makan

thanks for the entry

#wedges beli y beku tula

FarhanaBekeri said...

weeh aku penah jumpa weh. Ya Allah. besar gila tikusnya. bapak geli siod. aku ni dah lah kaki beli cucuk-cucuk. ish insaf terus

- abdul hadi abdul muti - said...

FarhanaBakeri

habislah ko.malam2 tumbuh bulu.haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...