Saturday 8 January 2011

The 8th Leonairats' Anniversary


“Kawan yang baru dirapatkan, kawan yang lama jangan pernah dilupakan...”

LEOnairats adalah nama lain untuk STARIAN037. Ianya tercetus apabila anda menulis perkataan “STARIAN037” itu di atas kertas, lalu anda terbalikkan kertas itu 180 darjah. Selepas itu, akan terpampang lah perkataan LEOnairats tersebut.

LEONAIRATS adalah satu golongan lelaki-lelaki yang telah bersekolah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak dari tahun 2003 sehingga 2007. Selain itu, terdapat juga ahli yang memasuki STAR pada tahun 2006 juga diiktiraf sebagai LEONAIRATS. Tidak dilupakan juga kepada ahli-ahli LEONAIRATS yang telah meninggalkan bahtera LEONAIRATS sebelum tahun 2007 yang masih memegang status sebagai ahli LEONAIRATS. Bak kata pepatah klasik, ‘once a Starian, always a Starian’.

Ramai orang-orang di luar yang acap kali memandang serong terhadap ahli-ahli LEONAIRATS dan juga STARIAN-STARIAN yang lain saya kira. Mereka sering kali melabel LEONAIRATS sebagai golongan gay kerana mereka telah tersalah tafsir tentang keintiman dan keakraban yang ditunjukkan oleh ahli-ahli LEONAIRATS ini. Namun, ahli-ahli LEONAIRATS tidak marah atau melenting dengan tuduhan sumbang tersebut. Biarlah apa yang hendak dikata. Maklumlah, bukan semua yang memahami apa yang ahli-ahli LEONAIRATS rasai. Pahit maung, manis masam, duka lara, semuanya dikongsi bersama.

Kini, usia LEONAIRATS telah menginjak ke 8 tahun. Masih muda. Jika diaplikasikan ke dunia nyata, baru mahu memasuki darjah 2. Baru ingin mempelajari topic pecahan rasanya. Nasib baik pendidikan seks belum diajar sepenuhnya, jika tidak, usia 8 tahun juga sudah berpeluang mempelajari pendidikan seks. Oh, terkeluar topic sebentar. Baik, mari kembali kepada topic asal.

Jika ditanya pada semua semua LEONAIRATS, jika diberikan peluang memasuki STAR,IPOH kembali, atau jika diberikan peluang memutarkan masa kembali pada tahun 2003, sudah tentu jawapannya tentu sekali ‘YA!!’. Namun apakan daya. Itu semuanya hanya bisa dizahirkan hanya pada alam mimpi semata. Masakan mungkin masa berputar kembali. Oleh yang demikian, lebih elok kiranya jika kita memikirkan apa yang boleh dilakukan selepas meninggalkan bumi tercinta, STAR, Ipoh.

Kini, LEONAIRATS-LEONAIRATS sekalian sedang bertungkus lumus menjerih tenaga dan usaha untuk menggenggam cita-cita yang sudah lama menjeruk di dalam jiwa raga. Kejayaan harus dibuktikan kepada ibu-bapa, guru-guru, senior-senior, junior-junior, dan sebagainya. Jika tidak, hancurlah segala harapan mereka untuk melihat LEONAIRATS mencorak dunia yang fana.

Justeru itu, marilah LEONAIRATS-LEONAIRATS sekalian, marilah bersama-sama kita membantu antara satu sama lain untuk mencapai kejayaan bersama. Mana-mana LEONAIRATS yang berkelana di tempat yang sama, sama-samalah menjaga antara satu sama lain. Yang susah dibantu, yang terleka ditegur. Janganlah mudah lupa dengan ahli-ahli LEONAIRATS yang lain yang telah hidup bersama selama 5 tahun di tanah STAR tercinta.

Reunion-reunion setelah meninggalkan alma meter datang silih berganti. Rasanya, perkataan reunion tidak sesuai menggambarkan pertemuan yang nyata membawa penuh makna. Perkataan gathering lebih sesuai. Masakan tidak, tahun 2010 sahaja menyaksikan pelbagai gathering dijalankan. Lebih daripada 10 rasanya. Namun, tidak pernah terlintas perkataan bosan walaupun agak kerap juga bersua muka berbalas bicara. Bagi yang belum berkesempatan, tidak mengapa jikalau tidak berkesempatan untuk bersama-sama memeriahkan suasana semasa gathering. Dengan izin Allah, gathering-gathering pasti jua akan disuahakan oleh mana-mana ahli LEONAIRATS pada masa akan datang.

Oleh itu, pada tanggal 8 Januari ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KE -8 LEONAIRATS. Semoga jalinan persahabat yang dibina akan kekal buat selamanya.

9 comments:

wahida said...

walaupun dah byk kali bukak blog ko, still x tahan tgk cekodok kat atas tu..huhu..mg buat lapar sungguh...

Unknown said...

slamat besday semua leonairats!!!

muzhafar said...

Selamat Hari Lahir LEOnairats! :)

- abdul hadi abdul muti - said...

wahida
buat la sendiri.boleh aku tumpang makan free.haha

- abdul hadi abdul muti - said...

nub, muzhafar

selamat!selamat!!

IMANSHAH said...

tahniah leonairats

- abdul hadi abdul muti - said...

IMANSHAH
Timekaseh cikgu!!tanpe cikgu,siapelah kami

snf said...

selamat2 dak dak sbp 0307..majulah untuk negara.

- abdul hadi abdul muti - said...

snf
selamat!!selamat!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...