Saturday, 29 January 2011

KFC!! TOLONGLAH!!!!!!


KFC aka Kentucky Fried Chicken. Aku tak pasti sangat same ade KFC ni sape yang punye, same ade J-CORP yang punye ke atau bukan.

Tadi aku dengan member-member aku pergi kat KFC Cawangan &^!^&@!. Teruk giler service die. Dah la slow. Yang jage kaunter tu pulak macam tak tau die tu sebenarnye jual ape. Bile orang mintak nak order menu bla3, cakap takde, tapi, tibe-tibe boleh ade pulak.

KFC ni lambat bukan ape. Lambat sebab orang tu lah cashier, orang tu lah nak isi air, orang tu la nak letak ayam,letak burger, letak wages segale. Sebab tu la slow. Kesian kat customer yang kene berdiri sebab nak beratur nak order.

Lepas tu, kalau kat KFC Seksyen *!@, jangan berharap sangat la pekerje die nak angkat tray and lapkan meje korang. Aku pernah study kat sane, and aku sendiri yang kene angkat tray and clearkan sampah2 yang ade atas meje sebab dah takde meja lain untuk aku duduk. Dah macam aku pulak yang keje kat situ. Pekerje kat situ buat ape? Baik tak yah ade pekerje kat situ.

Pape pun, aku rase, KFC ni kalau tak silap syarikat Bumiputera. So, nak jugak tengok KFC ni maju. Aku rase, dulu-dulu, KFC ni memang tak de sape boleh challenge. Tapi, sekarang, aku rase, ramai yang pergi fasfood lain especially McD sebab servis cepat, pekerja mesra, restaurant lawa, wifi laju.

So, diharapkan supaye dapatlah KFC meningkatkan mutu kualiti syarikat anda. Sekian, terime kasih.

Saturday, 22 January 2011

Kucingku Comel Kucingku Ke Mari!!





Hurm...
Kat koridor luar bilik aku ni banyak kucing. Mak kucing, anak kucing, bapak kucing, makcik kucing, pakcik kucing, nenekkucing, atuk kucing.

Kucing-kucing ni semue agak comel la. Lepas tu suke sangat mengiaw-ngiaw mintak makanan. Ha.. tang part ni la yang buat aku lemah ni. Aku bukan tak nak kasi kucing-kucing tu makanan, tapi memang takde. Aku ni,kalau balik bilik, mane nak bawak nasi or ayam or ikan. Paling-paling pun roti manis yang ade kismis tu je. Takkan aku nak bagi makan kucing-kucing tu rotitu kot. Confirm-confirm la kene reject.

Yang sikucing-kucing tu pulak kalau nampak je aku, pergi ngiaw-ngiaw kat aku. Alahai, kesian nye. Lepas tu pergi gesel-gesel kat kaki aku.Nak jalan pun payah. Arghhh!!! Tension tapi kesian.
Kucing tu dah la comel. Die punye memujuk nak suruh aku bagi makanan memang sadis giler weh dengar.

Ade sekali tu, aku dengar bunyi plastik "kriuk.kriuk.kriuk". Aku ingatkan roommate aku nak packing balik umah, rupenye kucing nak bukak plastik satay ikan pedas. Nasib baik kucing tu tak selongkar habis. Aduinaa... nak tak nak, aku bagi je la satay ikan tu sikit kat kucing tu. Yang peliknye, tak pedas ke kucing tu makan satay ikan tu. Aku tengok selambe je muke die. Siap mintak lagi satu. Tapi sorry, tu roommate aku punyer. Kang kempunan pulak roommate aku sorang ni.

Thursday, 20 January 2011

Mase Itu Duit!!

Cube korang bace berite nih

Hah!! Kan dah tak kene buang kes dengan judge sebab tak punctual..

Ketepatan mase tu penting sangat-sangat ye dalam hidup ni tuan-tuan dan puan sekalian. Jangan tak tahu bende tu.

Aku tak kate aku seorang yang sangat menepati mase tapi, I'll try my best to be on time. So far, alhamdulillah, jarang dengar orang mengomel sebab aku lambat ke ape.

Kalau dah memang tak boleh elak kelewatan tu, sile bagitahu dengan segera. Jangan buat dunno je. Tercangak-bangak je orang tu tunggu kite. Ade respect sikit la. Die pon ade hal lain jugak.

Ok lah, malas nak citer panjang-panjang bab ni. Rasenye semue orang pon boleh paham cume tinggal nak buat atau tak nak buat je.

Saturday, 15 January 2011

Pengalaman di AJL 25

Mungkin ini cerite basi. Sebabkan gambar baru diupload semalam, so, aku just buat post ni hari ni. Sobss!! Tak kire!! Nak post gak.


Okayh,aku tak ingat berapehari bulan ntah AJL tu.Tapi aku bertolak dari Seremban, naik KTM pukul 11.30. Sampai UKM, Faris amik aku dengan motor Honda Wave si Zain. Lepak UKM, mule mule stalk Ismeth basuh baju. Wahaha. Lepas tu, lepak bilik Faris, sambil usyar-usyar video. Lepas tu, Palo, bekas pelajar kolej UKM mane ntah, muncul dengan tibe-tibe memeriahkan suasane.

Pukul 350, aku, Faris, Khai, Yasir dangan pacarnya si Yasir(tak tau name, tak sempat nak kenal) bertolak dengan menaiki Kancil hijau yang otai yang bername Mira. Go Mira Go!! Dengan skill pemanduan Khai yang gempak giler, kitorang sampai Bukit Jalil dengan penuh bergaye. Wahaha.

Sampai-sampai je, pergi makan goreng pisang dekat kedai Makcik Garang. Weh!! Sumpah tak tipu!! Garang giler makcik ni. Habis menyembur nyembur die marah Aney kedai depan die sebab lambat bagi air. Saba je la Aney tu. Ayoyo..

Lepas tu, terus pergi surau, sembahyang, lepas tu beratur kat entrance. Mase tengah beratur tu, ade sorang laki ni. Ce tengok gambor yang dekat bawoh ni ha. Ce tengok!! Ce tengok!! Ce tengok!!

(Nak buat macam mane. Dah nasib die macam tu.Nanti dalam kubur tak kene seksa. Betul tak?)


Okayh, sambung.Disebabkan orang yang sepatutnye jage tiket tu lambat, so, kitorang boleh masuk setelah kene delay setengah jam. Dah la masuk tak boleh bawak makanan ngan air. Nak seludup pun payah!! Die gi sek beg sorang-sorang.Mak aih!!




Masuk-masuk je, dapat seat yang tengah-tengah. Best jugak la. Nampak la atas bawah. Haha. Tapi, seat die, kalau kaki panjang memang cramp. Sebab gap antare seat kecik giler. Sabo je la.

Aku malas nak komen persembahan satu-satu artis. Yang aku tau, semue pon ok. Menghiburkan. Cube cahaye stage tu kadang-kadang buat mate aku pedih sebab terang sangat.



Lepas habis je AJL, kitorang gerak pi McD Bangi. Mekantedarah aku kat situ. Bayangkan, dari petang sampai pukul 3 macam tu, perut aku ni bergantung kat goreng pisang Makcik Garang Bukit Jalil je.

Haha. Pengalaman tengok AJL memang susah nak dapat. Tak sangke boleh tengok depan depan. Selalu tengok depan tv je. Tu pun dah 2 tahun aku tak tengok. Huhu. Sekali, nah kau!! Live depan mate. Terime kasih dekat Faris sebab bagi tiket free. Terime kasih kat Khai yang sudi tumpangkan aku pergi ngan balik even baru sehari kenal. Terime kasih kat Zain sebab tangkap gambar. Gambar tu semue Zain la yang tangkapkan. Huhu. Tak lupe gak kat Yasir dan teman wanitanye, teman wanita Zain, dan Wiena. Aku confius sikit hubungan si Wiena ni dengan Khai. Hurm, pape je lah. Pape pun, best lepak ngan korang. Thanks!!

Kacak??

Sumber : Majalah Remaja

Nasi, Kicap, Kuah, Mak





(Caption gambar, dari kiri : Nasi, Kicap, Kuah, Mak)

Aku tak ingat hari ape, tapi minggu ni jugak la rasenye. Aku pergi kafe dengan si Z sebab lepas kecewe nak jumpe Dr. Baharin, nakt tanye pasal paperwork dah lulus ke belum. Hampe, Dr. baharin takde. So, perut pon lapor bebenor. Pergi la kafe kat Cempake tu.

Memandangkan hari pon dah tinggi, so, nasi pun ade macam takde je. Lauk pon yang hado je. Biaselah, budak-budak law ni stress belajar. Bile dah stress belajar, kene la makan banyak-banyak. Agak-agak dah pukul satu lebih,jangan la nak mengharap sangat nak makan nasi kat situ. Baik tunggu kuih je.

Tapi aku nak makan jugak!!Lapar!!!Lapar!!Nasib baik ade nasi ngan ayam goreng. Cume takde kuah je. So, aku just amik kicap letak kat nasi tu. Lepas tu aku gi la bayar kat kaunter.

Mase kat kaunter tu, ade makcik worker ni tegur. "Sian makcik tengok. Kicap je dik?"
"Haah, kicap je cik. Kuah dah kering. Dah kene sejat." "Teringat anak makcik kat rumah." Ayat "teringat anak makcik kat rumah tu" bile dengar macam sayu je rasenye.

Seorang ibu memang tak pernah melupekan anaknye walau di mane, dan walau ape pong anak tu dah buat bende tak elok kat die. Aku pernah tengok satu temuramah ni, macam mane makcik ni kene pukul ngan anak die sebab nak tinggal serumah dengan die. Ape nak jadi la.

Dekat rumah kenangan yang same,(cerite ni pernah keluar paper) ade makcik ni ingat anak die bawak biskut, nak amik die bawak balik. Yang makcik ni dah siap-siap kain batik die buat bundut baju sebab dah excited nak balik rumah anak die. Last-last anak die naik kerete blah macam tu je. Dengar cerite, makcik tu siap lari lagi pergi kejar kerete anak die. Hish..

Kesimpulannye, hargailah ibu anda.

Saturday, 8 January 2011

Ikhlas vs Roda Kehidupan


Secara mudahnya, ikhlas tu maksud nye tak mengharap apa-apa balasan. Contoh ayat, " takpe, amik je lah buah ni, aku ikhlas nak bagi ko.."

Roda kehidupan pulak, alah, ayat klise tu. Hidup ni bagaikan roda, kejap kita di atas, kejap kite kat bawah.

Hurm, aku tibe-tibe je, mase bukak peti ais nak amik jamtu batu, aku terpikir. Kalau nak tolong orang lain, tapi setakat ko berpegang pade pepatah hidup bagaikan roda, kejap kat atas, kejap kat bawah, baik tak payah tolong. Nampak sengat nak mengharapkan balasan daripade pertolongan yang dah diberikan. Mane perginye keikhlasan ko nak tolong orang tu?

Jadi, kesimpulannye, nak tolong orang tu, kene ikhlas. Jangan fikir hari ni die susah ke, hari ni die senang ke, hari ni kite senang ke atau hari ni kite susah. Kalau asyik pikir macam tu, tak ikhlas namenye.

The 8th Leonairats' Anniversary


“Kawan yang baru dirapatkan, kawan yang lama jangan pernah dilupakan...”

LEOnairats adalah nama lain untuk STARIAN037. Ianya tercetus apabila anda menulis perkataan “STARIAN037” itu di atas kertas, lalu anda terbalikkan kertas itu 180 darjah. Selepas itu, akan terpampang lah perkataan LEOnairats tersebut.

LEONAIRATS adalah satu golongan lelaki-lelaki yang telah bersekolah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak dari tahun 2003 sehingga 2007. Selain itu, terdapat juga ahli yang memasuki STAR pada tahun 2006 juga diiktiraf sebagai LEONAIRATS. Tidak dilupakan juga kepada ahli-ahli LEONAIRATS yang telah meninggalkan bahtera LEONAIRATS sebelum tahun 2007 yang masih memegang status sebagai ahli LEONAIRATS. Bak kata pepatah klasik, ‘once a Starian, always a Starian’.

Ramai orang-orang di luar yang acap kali memandang serong terhadap ahli-ahli LEONAIRATS dan juga STARIAN-STARIAN yang lain saya kira. Mereka sering kali melabel LEONAIRATS sebagai golongan gay kerana mereka telah tersalah tafsir tentang keintiman dan keakraban yang ditunjukkan oleh ahli-ahli LEONAIRATS ini. Namun, ahli-ahli LEONAIRATS tidak marah atau melenting dengan tuduhan sumbang tersebut. Biarlah apa yang hendak dikata. Maklumlah, bukan semua yang memahami apa yang ahli-ahli LEONAIRATS rasai. Pahit maung, manis masam, duka lara, semuanya dikongsi bersama.

Kini, usia LEONAIRATS telah menginjak ke 8 tahun. Masih muda. Jika diaplikasikan ke dunia nyata, baru mahu memasuki darjah 2. Baru ingin mempelajari topic pecahan rasanya. Nasib baik pendidikan seks belum diajar sepenuhnya, jika tidak, usia 8 tahun juga sudah berpeluang mempelajari pendidikan seks. Oh, terkeluar topic sebentar. Baik, mari kembali kepada topic asal.

Jika ditanya pada semua semua LEONAIRATS, jika diberikan peluang memasuki STAR,IPOH kembali, atau jika diberikan peluang memutarkan masa kembali pada tahun 2003, sudah tentu jawapannya tentu sekali ‘YA!!’. Namun apakan daya. Itu semuanya hanya bisa dizahirkan hanya pada alam mimpi semata. Masakan mungkin masa berputar kembali. Oleh yang demikian, lebih elok kiranya jika kita memikirkan apa yang boleh dilakukan selepas meninggalkan bumi tercinta, STAR, Ipoh.

Kini, LEONAIRATS-LEONAIRATS sekalian sedang bertungkus lumus menjerih tenaga dan usaha untuk menggenggam cita-cita yang sudah lama menjeruk di dalam jiwa raga. Kejayaan harus dibuktikan kepada ibu-bapa, guru-guru, senior-senior, junior-junior, dan sebagainya. Jika tidak, hancurlah segala harapan mereka untuk melihat LEONAIRATS mencorak dunia yang fana.

Justeru itu, marilah LEONAIRATS-LEONAIRATS sekalian, marilah bersama-sama kita membantu antara satu sama lain untuk mencapai kejayaan bersama. Mana-mana LEONAIRATS yang berkelana di tempat yang sama, sama-samalah menjaga antara satu sama lain. Yang susah dibantu, yang terleka ditegur. Janganlah mudah lupa dengan ahli-ahli LEONAIRATS yang lain yang telah hidup bersama selama 5 tahun di tanah STAR tercinta.

Reunion-reunion setelah meninggalkan alma meter datang silih berganti. Rasanya, perkataan reunion tidak sesuai menggambarkan pertemuan yang nyata membawa penuh makna. Perkataan gathering lebih sesuai. Masakan tidak, tahun 2010 sahaja menyaksikan pelbagai gathering dijalankan. Lebih daripada 10 rasanya. Namun, tidak pernah terlintas perkataan bosan walaupun agak kerap juga bersua muka berbalas bicara. Bagi yang belum berkesempatan, tidak mengapa jikalau tidak berkesempatan untuk bersama-sama memeriahkan suasana semasa gathering. Dengan izin Allah, gathering-gathering pasti jua akan disuahakan oleh mana-mana ahli LEONAIRATS pada masa akan datang.

Oleh itu, pada tanggal 8 Januari ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KE -8 LEONAIRATS. Semoga jalinan persahabat yang dibina akan kekal buat selamanya.

Thursday, 6 January 2011

Pertama Kali Ke KL KRASH PAD

Wah..lame dah tak update blog..

Hari sabtu haritu, aku, acap, si zahin, si khairul, si sape lagi eah? Hurm..si Ekin ngan si Tokie pergi melawat KL KRASH PAD untuk pertame kalinye. Takut pun ade.

Kitorang bertolak memang lambat dari plan sebab nak tunggu the divas devos pergi breakfast. So, dengan bus Rapid KL U80, kitorang meredah Federal Highway dengan meriahnye. Haha.

Sampai kat KL Sentral, naik monorail, sampai dekat Stesen Chow Kit. Ramai betul orang. Mungkin sebab haritu 2nd last day year end sale, sebab tu ramai orang. Hish, nak tunggu sale je kejenye rakyat Malaysia ni. Pantang sale betul.

Ok, sampai dekat Stesen Chow Kit, kitorang tak tau nak cari KL KRASH PAD kat mane. Jenuh tanye orang, tak jumpe-jumpe jugak. Last-last, nasib baik ade akak yang meniage jeans kat situ bagitau kitorang. Kalau tak memang berejam-jam nak mencari KL KRASH PAD tu.

Sampai-sampai je kat situ, kitorang disambut dengan begitu meriah sekali oleh Encin Zulfirdaus, koordinator kat situ. Penat jugak la kene sambut tu. Haha, tipu je. Padehal mase tu die tengah makan. Adoh.. Kesian die kene stop makan sebab nak layan kitorang.
Ini tempat macam class diorang..
mengisi mase lapang
Sape nak kurus boleh gi sini yer..

So, kitorang berkenalan la dengan remaje-remaje kat situ. Mesre jugak diorang ni. Ingatkan nak buat program start 9 january ni tapi tak boleh sebab atas-atas sebab yang tak boleh dielakkan. Hish, buat penat je kitorang promote aktiviti kitorang kat diorang hari tu. Hish! Hish!

So, mengikut plan yang baru, kitorang punye program kat sane start 23 january, lepas tu 20 febuari, lepas tu 20 mac. So, mintak-mintak la semue berjalan lancar..Haih, risau ni, paperwork pun tak sign lagi ni...

Nota kaki : terime kasih kepade P sebab derme baju untuk kitorang bagi kat remaje-remaje kat KL Krash Pad ni..=)

Monday, 3 January 2011

Aku Dan Examo




Aku amik keputusan untuk membeli Examo yang berharge RM56.00 dekat Kompleks PKNS Shah Alam. Lepas je dengar akak tu bagi penerangan macam pengacara Majalah 3, aku terus beli. Rasenye, tak salah mencuba. Hurm, untuk permulaan, minggu yang pertama, aku kene makan 3 kali sehari. Minggu kedua, kene makan 2 kali sehari. Lepas 2 minggu, kene makan sekali sehari. Dalam tu ade 450 lebih pil. Boleh tahan lebih kurang 3 bulan. So, kira murah la yedak?

Aku start terase nak makan examo ni mase aku tengor Rancangan Apa Kata Wanita bersama Zamzarina kat RTM 1. Ha? Ape? Ingat perempuan je boleh tengok rancangan tu? Haha.

Mase rancangan tu, tetamu jemputan dia, isteri kepada Alllayarham Dr. Azizan, pengasas Examo ni. Mase tu, aku rase Examo ni macam best je makan. Si Kak Zamzarina tu pun pernah cube jugak lepas tu rase lebih bertenage la, ape la segala bagai. Tak tau la betul ke or saje je nak buat promosi and nak jage hati isteri pengasas Examo ni.

Mase time sekolah rendah dulu pon, ade kawan aku ni makan jugak bende ni. Alhamdulillah la, sekarang dah kat French, buat engineering.. So, makin terminat jugak la aku nak makan bende ni.

Paling penting, mase last sem, aku memang penat sangat yang teramat. Jadi, memang susah nak fokus mase lecturer mengajar. Mase masuk kelas je, penat la, mengantuk la, tension la. Semua yang negatif je. Ha.. So, kalau lepas makan Exami ni, boleh jadi segar-megar, bagus la. Pade aku, mase kelas tu penting nak fokus sebab nanti, sia-sia je pergi kelas kalau tak dapat ape-ape. So, dengar cerita, Examo ni boleh meningkatkan tumpuan. Hurm, Insya Allah..

Papepun, usaha, disiplin ngan tawakal tu paling utama. Wah, aku ni bukan ape, baru dengar senior cendekiawan cerita pasal study. Kene ceramah kau. Ha.. Bukan makan Examo, boleh terus dapat 4.00. Cuma makan Examo ni salah satu usaha je nak senang untuk belajar. Insya Allah..

Semoga keptutusan semester panjang ni lebih tinggi daripade keputusan sebelum sebelum ni..Insya Allah..Amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...