Sunday, 28 November 2010

Macam Mane Terciptanya Peribahasa Bagai Melepaskan Batuk Di Tangga?

Bagai melepaskan batuk di tangge, maksud die, melakukan perkara yang sie sie atau pon buat bende yang tak habis atau pun separuh jalan. Contohnye, taip taip message, tapi tak hantar message. Itu contoh buat kerje tak habis. Contoh lain, mengadap depan laptop sambil rakam diri sendiri nyanyi lagu baby lepas tu upload kat youtube. itu contoh untuk melakukan perkare yang sie sie.

Kalian tau tak, maksud sebenar batuk dalam peribahase tu? batuk tu bukan batuk penyakit tu, tapi, batuk ni, macam gayung yang diperbuat dari tempurung kelape. Dulu- dulu, orang melayu kan selau letak tempayan kat rumah. Tempayan tu letak air. Dulu dulu, takde nyamuk aedes. Sebab tu boleh buat takungan air dalam tempayan. Kalau tak, mesti da lame kene saman dengan Jabatan Kesihatan. So, before nak naik tangge rumah, kene basuh kaki dulu pakai air tempayan. Nak cedok air tu, pakai gayung. Lepas gune gayung tu, kene sangkut balik kat tempat sangkut die. So, kalau main lepas je kat tangge batuk tu, so, kerje yang tak selesai la. Ha..so, jadi la peribahase bagai melepaskan batuk di tangge..

(Ni la die 'batuk')

Aku tau ni pon sebab mase makan kat kedai ais oyen kat seksyen 2, bersame dengan E dan W, tibe tibe W citer, die belajar sejarah peribahase. Time tu la die gitau aku dengan E...Ha, macam tu la citernye...

Saturday, 27 November 2010

Jom Meniage Jom!!


APBM, Batu Gajah

Hai!hai!hai!ceyh, da macam penyampai radio rtm pulak aku nih.hihi. kepade pembace budiman blog ni, sorry lame tak update, sebab balik kampung. ni pon online dekat akademi pembangunan belia malaysia(apbm), batu gajah perak. ade program sikit ni ha.ha..ni la yang nak habaq mai ni.

mulai hari jumaat, 26 haribulan, sampai la 29 hb ni, aku kene pergi kursus komunikasi perniagaan. secare ikhlasnye, memang terpakse pergi. bukan kerelaan hati ini nak pergi. so, tadi ade sesi suai kenal. boleh tahan la jugak.

Antare modul yang ade, aku tengok kat tentatif die, konsep komunikasi dalam perniagaan, bla bla bla. haha.malas nak tulis panjang panjang.

Ape motif aku gi kursus ni. hurm, sebab baru hari pertame, so blur blur lagi. aku dah la budak law, macam tak de kene mengene pulak nak pegi kursus business membusiness ni.

Tapi, ade abang ni cakap, bende ni dapat sijil. Sijil tu memang laku kalau nak mintak bantuan modal kat gov ke or kat bank. Ha, so, nanti, kalau aku nak bukak niage niage, boleh la kot dapat modal gune sijil yang aku gi ni ha.

Aku nak niage ape? Hurm, dulu aku pernah bagi cadangan kat group facebook bekas pelajar sekolah aku, batch 2003-2007, nak niage jual pau.haha.lawak?lawak?hei, serius ni kayh.haha.yela, u.s boleh bangge dengan burger diorang ngan donat diorang, nape, malaysia tak boleh nak bukak francais pau sendiri? tak pon, bukak francais kuih kuih melayu macam kuih apum ke, kuih karipap ke. Ha..kalau macam pau tu, buat la inti blueberry ke, pisang ke, ha..baru la gempak kan? haha.

Best tak pau ni? Lawa kan?Ni la pau perise tebu aku. Mesti ramai nak beli.haha


Tengok karipap ni. Kreatif La! Macam Kipas Cine!

So, takat ni je la. Esok, kene bangun pagi pagi nak dengar ceramah. Malam esok pulak kene buat promotion kat depan orang ramai. hurm..so, sekian, terime kasih sebab sudi bace!!=)

Saturday, 20 November 2010

Kisah Lorong Gelap

Pernah tak korang terpikir membesar dekat tempat-tempat yang penuh maksiat dan durjana?

Senang cite la kan, pernah tak korang rase macam mane agaknye kalau korang membesar kat kawasan Chow Kit?



Kat post ni, saye nak cite sikit pasal golongan kanak-kanak ngan remaja yang tinggal kat chow kit ni.

Haritu, saye sempat pegi Rumah Nur Salam, tempat ni macam rumah perlindungan untuk budak budak sekitar chow kit. Rumah ni bukan tadika or tempat lepak untuk bergossip. Tempat ni macam playground or rumah untuk budak budak kat situ tinggal. Diorang boleh datang suke suke hati, tak kire waktu.

Ape yang saye difahamkan, bukan semue budak-budak chow kit ni sekolah. Lepas tu, parents diorang ade yang keje pelacur, mat pit(bukan nak memburukkan, tapi ni la realiti).Bukan la semue. Ade jugak yang keje meniage kat area situ situ jugak.

Tapi, mase saye pergi rumah nur salam hari tu, kesian sebenarnye tengok budak-budak ni. Diorang macam takde kasih sayang la. Saye ni dah la tak pandai layan budak-budak, tapi, diorang macam suke je kat saye. Semue pun berebut-rebut nak saye layan diorang. Tapi, nak buat macam mane. Saye tak boleh nak layang sorang-sorang sebab aktiviti hari tu, saye kene layan dalam 40 orang budak. Penat!! Sumpah tak tipu. Ade yang kene tumbuk sebab berebut color pencil, berlari sane sini. Maybe sebab susane kat chow kit tu memang macam tu, agaknye, pade diorang tumbuk menumbuk tu bende biase.

(Antare mural yang dihasilkan oleh kanak kanak kat sini. Korang boleh tengok lukisan ni mase on the way nak naik pegi rumah nur salam)

Sebenarnye, saye pernah pergi lorong haji taib pukul 3 pagi. Tapi bukan atas tujuan maksiat la. Ade hal sikit. Lorong Haji Taib ni dekat area area Chow Kit je. Memang hodoh gile pemandangan. Bapuk bapuk dengan pelacur pelacur bersepah sepah jual body. Lelaki lelaki gersang bersidai kat situ sebab kadang-kadang, bapuk-bapuk ni, kalau dah gian sangat, diorang offer free je. Tak payah bayar. So, lelaki ramai ramai tu tunggu bapuk tu offer free la.

(caption gambar : yang gambar atas sekali tu, bapuk yang nak try pancing brader dalam kete tu. Gambar kedua, family potret chow kit.
Gambar Ketiga, saye dengar cerite, budak budak kat situ terpakse merempat kat mane mane nak tidur kalau mak diorang bawak laki tidur dalam rumah. Hopefully keadaan budak budak tu tak macam lelaki dalam gambar)

So, time tu terpikir, kat mane la budak-budak yang saye jumpe kat rumah nur salam hari tu nak tidor? Sebab rumah Nur Salam tu bukan ade tempat tidur. Hanye kes kes khas je yang melayakkan budak budak ni nak tidur kat situ. Macam mane la tak rosak budak budak tu?

Masuk semester depan, saye dengan team members yang lain akan ke Rumah Nur Salam setiap 2 minggu untuk buat legal teaching kat KL Krash Pad. KL Krash Pad ni pusat komuniti remaje kat Chow Kit. Beze die dengan Rumah Nur Salam, Rumah Nur Salam, untuk kanak kanak bawah 12tahun, KL Krash Pad untuk remaje dalam 13-18 tahun.

Antare tema yang kitorang nak buat, remaja dan alkohol, jenayah siber, seks bebas, dadah, pelacuran, dan hak asasi sebagai rakyat malaysia. tahun lepas sempat ajar diorang pasal kepentingan ic dengan penderaan kanak kanak je. Tapi, tema tu semue baru letak dekat paperwork je. So, saye minte pembace yang ade cadangan yang bernas boleh la sumbangkan idea. idea anda sangat saye hargai. Akhir sekali, jike korang nak tahu lebih lanjut lagi pasal KL Krash Pad, boleh datang dekat event Chow Kit Kita yang diorang buat esok, 21 november. Nak tengok details die, boleh klik kat banner Chow Kit Kita dekat atas blog saye ni. Yang kaler kuning tu.

Wednesday, 17 November 2010

Nak Masuk SBP Ker?





Lepas je keluar result UPSR, parents yang anak diorang dapat 5A da mule nak pasang impian hantar anak masuk SBP. Begitu gahnya jenama SBP dikalangan rakyat Malaysia. Maka, timbul pule isu di mane kemasukan SBP tidak lagi mengikut niat sebenar sewaktu cadangan SBP ingin ditubuhkan. Nak tau sejarah die? Mule-mule, mase R.O Winsted jadiPengarah Pelajaran Melayu, kat Tanah Melayu ni ade satu sekolah yang name die The Selangor Raja School(sumer nak kat Selangor je. Jealous pulak aku) Then, sebab nak renovate sekolah ni, so, sekolah ni pindah dekat Maktab Melayu Kuala Kangsar(MCKK) Time DURBAR, Sultan Idris(Yes!, sultan negeri aku.haha) tak puas ati. Condemned kat Inggeris, budak budak Melayu ni belajar takat kalau bapak die nelayan, anak die cume jadi nelayan yang bagus sikit je. Lepas tu, dalam Penyata Razak, menubuhkan 6 buah SBP iaitu :

.1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956

2. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956

3. Sekolah Tuanku Abdul Tahman (STAR) - 1957

4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963

5. Sekolah Alam Shah (SAS) - 1963

6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968

Kalau nak bace sejarah penuh, sile klik di link di bawah :

http://bpsbpsk.webs.com/sekolahberasramapenuh.htm

So, objektif utame SBP ni nak tolong budak Melayu luar bandar yang berpendapatan rendah. Tapi sebab objektif makin lame makin kabur, tu yang kompelen kat surat khabar tu. Nak nak pulak ramai yang dapat 5A. Tempat pulak limited.

Sebenarnye, mase aku masuk "Sekolah Melayu Kedua, Ipoh", aku tak tahu pun ngan objektif ni. Sebab memang ramai pun anak-anak orang yang berada masuk sekolah aku tu. Pade aku mase itu, yang penting, kualiti, bukan taraf hidup. So, kalau dapat 5A je plus koku aktif, sape sape boleh masuk. Memang mind set aku macam tu. Sebab aku kira, tempat-tempat pelajar luar bandar dekat MRSM.(jangan marah,ini pandangan naif aku dulu-dulu)

Aku pun bukan datang dari keluarge yang senang. Mase aku masuk SBP, bapak aku dah pencen. Pencen driver JKR je. Mak aku je keje. Cikgu sekolah rendah. Hidup kat Sekolah Bintang(bak kate Inche Gabana) alhamdulillah, cukup-cukup. Tak pernah putus rezeki. Kehidupan yang sangat sederhana.

Tak dinafikan, aku rase, ramai je kawan-kawan aku yang berstatus anak anak orang kaya (AOK). Tapi, diorang takde la poyo ke, kerek ke pe. Mungkin ade la kot due tige tapi kadang-kadang je la. Sebab dekat situ, kalau siape yang agak-agak budget kaye or budget hebat, memang akan dikeji sehine-hinenye. As a result, akan dipulaukan. Ini memang pernah berlaku. Wa talal tipu punya.

Bagi budak-budak yang tak mampu, aku rase, walaupun diorang tak menunjukkan secare lahiriah, tapi aku rase mesti ade jugak effect kat self esteem diorang bile tengok mak bapak member sume bawak kete gempak gempak. Tiap tiap minggu bagi ration, bawaj pegi KFC bagai. Sebab aku pun pernah rase jugak macam tu. huhu. Aku ingat lagi, sorang kawan aku, "S", sanggup amik upah beli burger kat kantin sebelum prep malam semate-mate nak cari duit lebih. Bayangkan, time tu, form 1, kene pulak beli burger banyak-banyak dekat kantin yang sesak dengan senior senior yang besar gedang tu. Tapi, mungkin terdesak sangat, mungkin tengok kawan-kawan pakai baju adidas, turun rugby ngan boot nike, membuatkan die pon teringin setaraf dengan mereka.

Tapi, ape yang penting, pade aku, dekat sekolah berasrama penuh, ialah persahabatan. Subject 5 tahun yang aku belajar dekat sane tiap mase. Rasenye, sebab persahabatan la, yang miskin mampu bertahan. Yang berade tak berani nak mreriakkan diri. Sebab kat SBP, memang kene saling bantu membantu dan hormat menghormati antare kawan. Kalau susah, dekat kawan la mule mule tempat mengadu, baru parents, pastu warden, cikgu-cikgu, makcik kerani, driver bus, makcik library dan sebagainye. Yela, kalau tak cukup duit nak bayar baju house, mesti try pinjam(tempek dalam bahase sekolah aku) kat kawan dulu. Kalau lapar, tapi takde duit, mesti mintak kawan yang belanjekan dulu, tak pun, balik dorm, pau maggi die or biskut die ngan milo 3 in 1. Mungkin yang si pemberi tu, ade masalah tak paham paham subjek Madam Julie, yang selalu pau die pulak memang gempak subject tu, so, boleh la tolong.

Study sesame, tidor pun nak same.hahaha

Rasenye, itulah antare simbiosis duduk kat sekolah berasrama penuh. Walau pun miskin, tapi kalau pandai menjage persahabatan, Insya Allah, hidup akan menjadi senang dan bahagie.

n

Dalam gambar ni ade anak dato, anak itu, anak ini, tapi semue takde beze.

Tentang kerajaan nak implement balik objektif asal SBP, pade aku, ade baiknye. Dulu-dulu, SBP dah macam hilang objektif sebenar sebab sekolah sekolah SBP ni nak pakai banyak duit. Macam contoh, yuran untuk pelajar berbeze ikut pendapatn mak bapak. Kalau mak bapak banyak duit, banyak la yurannye. And vice versa. So, secare hipotesisnye, semakin banyak budak kaye yang masuk, makin banyak sekolah dapat duit. Yela, sekolah memang nak banyak pakai duit. Nak buat bengkel la, nak bayar kelas tambahan la and etc.

tapi sebab sekarang da ade sekolah kluster, sekolah berprestasi tinggi, rasenye, banyak jugak setiap sekolah dapat peruntukan. Jadi, bolehla nak gune ape yang patut.

Bagi yang tak dapat masuk SBP, peluang di mane mane. Yang penting, usaha. Jangan la down sampai nak terjun lombong kalau tak dapat masuk SBP.

Sekian saje kali ini. Assalamualaikum!!




Tuesday, 16 November 2010

Gigi Putih Memancar-mancar

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!

Haa..tengah tengah raye korban ni, time ni la makan banyak daging lembu, kerbau, unta, kambing dan sebagainye. Jadi bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurnikan.

Tengah makan daging tu, mesti ade sise sise daging yang melekat kat celah-celah gigi. Nak cungkil-cungkil dengan lidah tak mau mau pulak nak terkeluar. Ha, sudahnye, biar je. Ha, bende bende macam ni la yang buat gigi senang nak ade plag.

Jadi, untuk mengelakkan sakit sakit gigi, gunakanlah ubat gigi DARLIE!!!

Lihatlah model-model di atas yang telah menggunakan DARLIE. Putih dan bersinar bukan?hahahaha

Ni pulak iklan retro Darlie mase tahun 1990.

Sebenarnye,tujuan post kali ini ialah untuk bagitahu kat korang satu game yang dikelolakan oleh darlie.

Game die senang je. Korang akan diberi tugas untuk menghandle satu helikopter sambil mengangkut cube cube yang membuatkan gigi korang berkilat macam kepale Harith Iskander dalam mase yang ditetapkan. Korang jugak kene pandai mengelak daripade burung burung yang nak langgar helikopter korang. Selamat mencube!

Nak main, sila klik di imej yang berwarna biru di sesebelah kanan, di bawah imej My Constitution/Perlembagaanku



Monday, 15 November 2010

Ini Post Berguna.Anda Patut Baca.



Sebagai rakyat Malaysia, anda tahu tak ape itu Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

Pernahkah anda tahu, dalam Artikel 5 (4), jika anda ditahan polis, anda harus dibawa ke majistret dalam tempoh masa 24 jam?

Pernahkah anda tahu, dalam Artikel 40(1), YDPA tertakluk untuk mematuhi nasihat yang diberikan kepadanya daripada Perdana Menteri dalam membuat keputusan? Ini tidak lain menyatakan Perdana Menteri adalah orang yang paling berkuasa di Malaysia?

Jika anda ingin mengetahui lebih banyak tentang Perlembagaan Malaysia, anda boleh lah imej MyConstitution/Perlembagaanku di sebelah kanan atas blog ini.

Pragram ni Bar Council yang buat sebab rakyat Malaysia punye awareness about their own constitution masih lagi kat tahap yang sangat low giler.

Dalam program ni, Bar Council ade buat macam macam untuk membaje kesedaran terhadap perlembagaan dengan care bagi flyers, buku perlembagaan malaysia yang ade kaler kaler, demonstration kat street talks, baju yang sampaikan kandungan perlembagaan dan banyak lagi!!

Perlembagaan Malaysia Yang Lebih Mesre.Mesreee(macam Bob AF)




Antare Tshirt Yang Dijual.
Anda pasti akan nampak cool apabila memakainye.


Sebenarnye, penting rakyat Malaysia ni tahu pasal Perlembagaan Malaysia ni sebab dalam Perlembagaan ni la ade segale ape yang rakyat Malaysia boleh dan tak boleh buat. Termasuk juge hak hak sebagai rakyat Malaysia. So, in simple words, Perlembagaan ni macam document of destiny. Sebab untuk sesuatu negare tu merdeka, negare tu mestilah ade perlembagaan sendiri sebab perlembagaan tu menentukan bagaimane sistem undang-undang dan sebagainye harus berfungsi di dalam negare.

Jadi,klik la link kat kanan atas tu untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih

Saya yang berusaha menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,

Abdul Hadi Bin Abdul Muti

Sunday, 14 November 2010

Cerite Angan angan Saye Vol1







Time cuti cuti sem ni, aku selalu berangan. Memang aktif sangat serebrum aku yang belah kanan ni. Yela, takde buat ape pon kat umah ni. Selain makan, online ngan tengok tv, berangan la keje aku.haha.Bukan taknak keje.Dah parent aku soh dok umah diam-diam.So,berangan je la aku..

Cerite berangan aku yang pertame, majlis kahwin aku nanti. Macam mane la agaknye nanti kenduri kahwin aku? Sebelum ni asyik tolong kat kenduri kahwin orang je.

Aku tak pandai sangat sebenarnye bab bab agame ni. Tapi, setahu aku, bersanding ni meniru agame hindu. sebagai orang Islam, tak boleh meniru perbuatan penganut agame lain. Tapi, ade yang kate boleh, ade yang kate tak boleh. Senang citer,nak selamat, tak payah bersanding mase aku kawin nanti. Tak kisah pon...

Lagi pun, aku kan pengantin lellucky. So, kenduri rumah aku mesti la biase biase je. Yang penting, orang yang datang kenduri aku tu puas.

Teringin jugak melayan tetamu sambil berkepit dengan isteri baru. Ha,kehulu kehilir pegang isteri. Tak mau lepas.
Yela, bile lagi nak berkepit depan public??haha




Ni la die menu. Pucuk paku masak lemak, gulai tempoyak,agar2 kemenyan,limau ais dan tak dilupekan, kicap cap!cap!cap!cap kipans udang!!ahaha

Lepas tu, kitorang sembang sembang sambil gurau gurau sende dengan tetamu. Nak berlawan pantun sampai penat pon menarik jugak. Mesti meriah. Mesti aku ngan wife aku dapat title Pengantin Paling Meriah of The Year.Wahaha. Yela, selalunye, pengantin dok diam je. terkepit sane. terkepit sini.haha

Pakaian??Teringin nak pakai baju melayu hijau daun pisang sedondon ngan baju kurung isteri. Cewah. Ha, kalau hijau, maknenye, meje makan pon sume hijau la. Ha..ni bukan sebab sokong PAS. Ramai orang Malaysia suke sangat berpolitik sempit. Hijau je PAS. Merah sikit je UMNO. Mintak mintak la time aku kahwin tu, rakyat malaysia ni dah tak mengamalkan politik sempit lagi...huhu

Hijau macam ni la nak.Haha

Calon isteri??Hurm..Rasenye da jumpe. Cube main tarik tarik tali je. Agak agak dalam umur 30 tahun nanti, aku pinang la die menjadi suri di hatiku ini.Cewah!!haha

Hurm, mintak mintak la die memahami aku,sayang aku, bertanggungjawab kat aku ngan anak anak..Ha??Sebut pasal anak-anak. Aku rase nak anak 4 orang la kot. Selese la kan nak nek honda stream balik kampung 4 orang,kan? Tu pon kalau honda stream ade lagi la. huhu

Kalau sekarang ni,aku dah umur 30,aku kumpul duit,beli kete ni,buat kenderaan rasmi keluarge.haha

Hurm, itu la angan angan aku pasal bab kahwin nanti...Mintak mintak la jadi.Hihihihi



Aedes Yang Mandul



Saintis Di German sedang bertungkus lumus sedaye upaye mereke untuk cube menghalang pembiakan nyamuk aedes dengan cube memandulkan nyamuk aedes jantan.

adekah
situasi sebigini juge akan dilalui oleh spesies nyamuk aedes??

Saturday, 13 November 2010

Freaky Freaky (tajuk macam cute)haha


Yuhuuu...anybody home???home??home??(echoes)



Torlokek ha.Macam citor Pontianak Harum Sundal Malam



Friday, 12 November 2010

Crayon



Daripade layan citer hantu kat tv, bek tengok citer ni

ADAM dan RAFAAT adalah rakan sebilik yang sedang mengikuti pengajian di sebuah Universiti ternama di Singapura. Adam adalah seorang pelajar Asean berbangsa Cina Malaysia yang amat rajin dan Rafaat pula seorang pelajar Singapura berbangsa Melayu dan amat bijak di bahagian IT. Pada dasarnya, anda lihat kedua-duanya saling bertentangan dari segala segi, namun pada hakikatnya, semakin kita berlainan, semakin perlakuan kita sama. Adam dan Rafaat melambangkan perpaduan, toleransi dan penerimaan di antara perbezaan bangsa dan ini dapat dilihat melalui persahabatan mereka.

Sepanjang pengajian mereka, kedua-duanya dikehendaki menawarkan diri ke dalam program sosial semasa musim cuti semester. Mereka membuat keputusan untuk membantu di sebuah Rumah Anak Yatim di Malaysia. Mereka pun bertolak ke pantai timur Malaysia di mana mereka bertemu dengan MAK ENGKU, ketua Rumah Anak Yatim tersebut yang amat penyayang. Mereka juga bertemu dengan AFIQ, salah seorang penghuni anak yatim yang amat aktif dan nakal tetapi mudah disayangi. Perilaku Afiq yang lasak dan menyanjungi kehidupan telah membuka mata rakan berdua tadi untuk menghargai kehidupan. Semasa di sana juga mereka dapat melihat sendiri kesusahan yang ditempuhi para penghuni Rumah Anak yatim itu. Mereka juga memahami cinta tanpa batasan dan bagaimana untuk memperbaiki kehidupan masing-masing.

Walau bagaimanapun, keselamatan mereka terancam oleh pemaju tanah yang ingin mengambil alih hak milik tanah, di mana Rumah Anak Yatim itu didirikan, untuk keuntungan masing-masing. Adam dan Rafaat cuba untuk membantu Rumah Anak Yatim tersebut dengan mengadakan konsert amal, namun telah berlaku kejadian yang di luar dugaan. Rumah Anak Yatim itu telah musnah di dalam suatu kebakaran.

Kejadian mengejutkan tersebut membuat kedua-dua sahabat ini sangsi akan usaha mereka dalam memperbaiki keadaan. Erti sebenar keakraban dan persahabatan telah diuji melalui kesedihan dan kepasrahan yang terpaksa dilalui. Adakah segala kerja keras mereka sia-sia disebabkan tragedi ini? Dapatkah persahabatan mereka mengatasi halangan ini atau ianya akan musnah dan kedua-duanya hilang harapan?

Wednesday, 10 November 2010

Dialog Zaman Berzaman

Baby baby

mak : alololo cayang die. lampin basah yer, alololo....

baby : wuuekk euuueeekk...


Dalam umur 5 tahun.

ko buat ape tu? korek idung eah??

eh, takdela. kite seleseme la.

mak kite kate sape korek idung depan orang berdose. ha..!!aiyookk!!tak tau!!


Dalam umur 8 tahun

ko dah hafal sifir 5 belum??

dah tapi sikit sikit la.

Cikgu Norsiah mesti suruh kite diri atas kerusi nanti.

Erk


Dalam umur 13 tahun.

Mak, tak cukup duit la. Masukkan duit sikit boleh tak?

Nak beli ape?

Nak makan kat kantin takde duit...


Dalam umur 17 tahun

hai awak...wat pe tu?xoxo
hai awak...tengah makan. ngee. awak da makan?
belum..penat ade bengkel spm tadi.=(
alololo siannye die...


Dalam umur 20 tahun

Mati aku mati aku mati aku
Nape?
Esok da la kene present! Test lagi!! Adoh..

Dalam umur 24 tahun

Ko keje mane?
Kat Shah Alam ni
Owh..Best tak? Gaji sebulan ko bape?
Tak tau la. Aku fresh lagi. Sebulan, dapat la RM2900..lepas jugak la nak bayar rumah kete semue..

Dalam umur 28 tahun

Aku nak kahwin bulan depan. Jemput la datang rumah. Aku buat tunang dengan kahwin sekali.haha
Yeke? Alhamdulillah!!
Syukur syukur...ko bile lagi?Jangan tunggu lame lame..haha

Dalam umur 34 tahun

Yang, yuran nursery anak kite u dah bayar da?
Dah, petang tadi mase i amik die. I bagi kat Kak Fida.
Owh, Kak Fida tu cun kan yang?
Eh eh, anje jangan nak ngade ngade. ha... kalau tak malam ni tidur luar. biar ayang je tidur dalam bilik dengan anak kite!! wuek!!
Ayang ni, kate malam ni da janji...anje dah siap beli pati ikan haruan lagi..down...

Dalam Umur 50 tahun

ko patut beli air ni...Air ni bagus..Elok untuk kite yang dah masuk 50 ni..
Berape sebulan?
Tak mahal. Murah je. Aku selalu amik 6 botol. 6 botol ade la dalam RM100 macam tu. Ye la. Aku beli ni pon untuk isteri aku, anak anak aku. Bakal cucu aku..
Owh, da nak jadi atuk da ko?
Haah..anak aku yang baru kahwin aritu da tunggu mase je.haha
best la ko! Tahniah tahniah

Dalam umur 58 tahun

Alamak, aku tertinggal pulak ubat darah tinggi aku kat rumah. Ko ade ubat lebih?
La...nasib baik aku bawak.
Aku pau 2 bijik yek, nanti aku ganti balik. hehe

60 tahun
Sedap ceramah ustad tu tadi ye yang?
Tu la. Ustad tu belajar di mesir....

seterusnye, semoge Allah memberkati setiap saat dalam hidup kita.






Kesihatan



Final exam habis sudah. Tanpe membuang mase, aku terus blah balik Seremban. Sampai kat Seremban, abah aku amik. Abah aku bagitahu, Pakcik Meor dah meninggal. Innalillah... Al Fatihah untuk arwah..

Pak Meor ni meninggal sebab kencing manis. Sempat la jugak aku pergi ziarah die mase die sakit dulu. Seram.. Insaf jugak. Hidup kat dunie ni tak lame.

Mase time exam week, kawan aku sorang ni, takde la gemuk mane pon. Tapi nak diet jugak sebab nak nampak lagi kurus. Pelik betul aku. Dah la diet gile gile punye. Bayangkan, tak makan nasik seminggu. Makan capati dengan roti bakar je. Kalau aku, dah boleh masuk wad dah. Tak makan nasi time lunch pon da cukup buat aku muntah muntah dalam ktm, inikan pulak nak diet tak makan nasi sampai jadi kurus. Dah tu, die langsung la tak tergode dengan nasi ngan lauk lauk yang aku makan depan depan dengan die. Mak die pulak yang masak. Ade ayam masak merah, nasi mentega, kek pisang, nugget, karipap, putu mayam, sate. Semue sedap sedap. Tapi tak tergugat langsung keazaman nak kurus.

Aku tanye die. Nape nak kurus? Tak hine pon jadi gemuk ni. Die cakap, tak selese jadi gemuk ni. Payah nak duduk. Kawan aku lagi satu pulak, yang nak kurus same same nex sem, cakap, kalau nak jalan, malas gile. Penat. Tu yang nak kurus tu.

Makan ni je hari hari?Tak sanggup tak sanggup...

Aku bersyukur sebab so far, orang sekeliling aku cakap, aku kuat makan. Lepas makan nasi setengah jam, mesti kene makan something macam kuih ke, biskut ke, roti ke. Tapi, alhamdulillah la, berat tak pernah lebih 55 kg. Average 50-55kg je.hehe. Bentuk badan pon takde la kurus sangat. Ok ok la. haha. Bak kate Ziela Jalil dalam iklan Kayla, berat badan tak penting, yang penting bentuk badan. haha

Tapi, risau jugak bile makan taak jage ni. Sebab asyik makan je, tapi exercise haram tak pernah buat. Yela, mane ade mase nak buat bende tu semue. Keturunan aku dah la ade darah tinggi. Mintak2 tak kene kat aku.

Kesimpulannye, jagelah kesihatan anda. kesihatan itu penting. Ianye tidak dapat di beli dengan wang ringgit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...