Friday 8 May 2009

Ratu Akhlak Arab Saudi

200 bersaing Ratu Akhlak Arab Saudi


RIYADH: Seramai 200 wanita mengambil bahagian dalam pertandingan Ratu Cantik Akhlak kali kedua di Arab Saudi, yang menjadi antara contoh cubaan negara Islam konservatif itu menyesuaikan idea yang diperkenalkan Barat.

Pengasas pertandingan, Khadra al-Mubarak, berkata berbeza dengan pertandingan ratu cantik biasa, hakim tidak mengambil kira kecantikan wajah atau ukuran bentuk badan.

"Apa yang kami cari dalam Ratu Cantik Akhlak ialah peserta yang menunjukkan ketaatan paling tinggi terhadap kedua-dua ibu bapanya," katanya.


Beliau berkata, asas kepada pemilihan ratu berkenaan ialah komitmen mereka dalam mempertahankan nilai Islam, manakala pemenang juga bukan semestinya seorang yang cantik.


Semua peserta yang bertanding akan menghabiskan tempoh 10 minggu akan datang menghadiri kelas dan disoal mengenai tema pertandingan, termasuk 'mencari kekuatan dalam diri' 'pembentukan kepemimpinan' 'Ibu, syurga di kakimu'.

Peserta yang berusia antara 15 dan 25 tahun, juga akan menghabiskan masa sehari di sebuah rumah di kawasan desa bersama ibu mereka, sambil diperhatikan oleh hakim wanita yang akan memberi markah mengenai cara berinteraksi dengan ibu.

"Berikutan pertandingan ini tidak disiarkan melalui televisyen dan tiada lelaki terbabit, peserta wanita boleh membuka tudung dan jubah yang biasa dipakai di khalayak ramai," katanya.

Keputusan pertandingan akan diumumkan pada Julai. Pemenang akan menerima hadiah SR2,600 (RM2,600), di samping pelbagai hadiah lain, manakala naib johan menerima hadiah wang tunai SR1,300 (RM1,300). � AP



6 comments:

IMANSHAH said...

saya pun nak masuk gak!!!huhu

Lutfee~ said...

jejaka hensem ada?? tu layak la untuk aku nie~

fikri FAUZI said...

n spe yg menang?
;P

- abdul hadi abdul muti - said...

to imanshah :
alamak cikgu..die untuk perempuan je ..huhu..name pernatndingan die pon dah 'ratu'...huhu



to lutfee :
ko nak yang jejake hensem???uik??(patut ke aku bagi reaksi pelik ni??)hahahaha



to fikri FAUZI :
die punyer result bulan julai.so just wait and see,k?? =)

Tinta Pemikiran said...

bgus prtndingan ni..persaingan yang memisahkan antara liberalisasi dengan konsep Islam.. :)

- abdul hadi abdul muti - said...

To youth_pr0decessor :
betol2..malaysia pon patut buat pertandingan macam ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...