Tuesday 17 July 2012

Public Phone Meletup Ketika Ramadhan


Time nak dekat bulan puasa ni, tiba-tiba teringat cerita public phone dekat asrama aku kena letup dengan mercun bola.




Cerita dia camgini. Malam tu, aku rasa weekend kot. Macam biasa, budak-budak akan pergi beli Maggie or air kat kedai PCD or MCR. PCD tu bukan Pussy Cat Dolls. PCD tu maksudnya, Pak Cik Dawam. MCR tu pulak maksud dia, bukan My Chemical Romance, tapi Mak Cik Ros. Haha. MCR dengan PCD ni memang kalau time bulan puasa je, ada bukak gerai kat depan rumah diorang. Rumah diorang pulak setentang dengan Blok Green, blok aku.





(Inilah peta blok mengikut rumah sukan masing-masing)



Satu malam tu, tengah-tengah aku baca buku teks Chemistry Form 5 untuk menghadapi SPM yang bakal tiba, tiba-tiba, dengan tak semena-mena, bunyi meletup kuat gila. Aku ingatkan ada budak main mercun lepas tu putus jari ke ape. Yelah, masa tu annoying gila budak-budak ni main mercun. Rupa-rupanya, bila aku turun bawah, tengok-tengok public phone tempat budak-budak junior call mak bapak and call awek pakai reverse line dah meletup. Hancur, hitam aku tengok public phone tu. Dah macam roti kirai pun ada aku tengok. Haha.





(Sebelum dan selepas kejadian letupan. Haha)


Bila tengok betul-betul kat dalam public phone tu, rupa-rupanya ada mercun dalam tu. Aku rasa mercun bola la kot dah bunyi macam hape je ntah. Memang hancurlah public phone tu.




Masa tu, kitorang suspect budak form 3 yang buat. Melalui post mortem dan sesi interrogasi yang dijalankan, saksi kejadian mengatakan, suspek telah melarikan diri melintasi basketball court dan terus ke Blok Red untuk memboloskan diri. Tapi, sampai sekarang, still tak jumpa siapa yang buat.




Mula-mula, tension jugak sebab ingatkan, kitorang yang semua budak-budak Green, kena bayar denda untuk gantikan public phone tu. Nasib baik rupa-rupanya TM yang tanggung bayar. Kesian Telekom..

5 comments:

Wadi AR said...

normal lah kalo budak hostel yg menjahanamkan harta benda sekolah. macam aku. haha

::FAIZ:: said...

dah bg free, pg rosakkan, klu ada emergency bru komplen itu ini rosak.... itulah sikap sesetengah manusia

Kakzakie Purvit said...

Kalau Alexander Graham Bell tahu macam ini tingkah laku umat akhir zaman dia tak mahu kenalkan telefon agaknya. Tak tahu menghargai..

Anonymous said...

Tengok gambar tu macam pernah edit je, coba lihat dengannteliti, tak kan lah tempat hitam tuu sama ngan bayang?

yanmaneee said...

stone island
kyrie 6
supreme clothing
pandora
golden goose sneakers
hermes bags
calvin klein outlet
golden goose outlet
yeezy shoes
yeezy

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...